Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 6 April 2015

Laporan Kursus Manikayu di Sandakan Sabah Sesi April 2015

Alhamdulillah

Kursus 3,4,5 April 2015
Scout Nature Park
Pengerusi Kursus Skip Lasama Lai (Jurulatih Antarabangsa)
Ketua Kursus Skip Barmuli (Jurulatih Kebangsaan)














Segalanya berjalan lancar.

Kursus yang diadakan bermula pagi Jumaat hingga petang Ahad membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

Dengan kehadiran 52 orang peserta kursus dari Telupid, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau menjadikan kursus kali ni lebih meriah dengan sambutan yang menggalakkan.

Lebih dari 10 orang Jurulatih yang datang menyertai kursus kali ini.

Cuaca dan suasan yang amat baik, menjadikan kursus ini lebih berjalan lancar dan ditambah lagi dengan peristiwa yang jarang ditemui iaitu Gerhana Bulan pada malam terakhir kursus.

Beberapa amal dilaksanakan dengan bimbingan peserta kursus yang terdiri daripada 3 orang ustaz.

Saya boleh katakan bahawa kursus ini membawa keunikan yang tersendiri.

Selain dari mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berpengakap, namun perkara kerohanian dan kepentingan dalam melaksanakan sesuatu ibadah tidak ditinggalkan dan diberatkan lagi.

Begitu juga dengan sambutan Good Friday bagi mereka yang menyambutnya dibenarkan untuk terus laksanakan ibadah dengan meninggalkan sementara sidang untuk teruskan amal ke Rumah Ibadah.

Kongsi gambar sikit....

*Saya sampai sakit urat kepala dan hadir ke sekolah (isnin) seperti biasa tetapi dinasihatkan oleh para guru untuk jumpa doktor kerana muka nampak pucat. Alhamdulillah, petang tadi jam 2pm tersedar dari tidur selepas makan ubat. Terima kasih kawan-kawan yang banyak bantu kelas ganti ni hari.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails