Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
Allah dah berjanji, maka janganlah kamu meraguinya.. sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janjiNya.
Teruskan berdoa. Akan Allah makbulkan. Cuma masa untuk dimakbulkan itu yg tidak pasti bila. Yakinlah.
Tahukah anda, bahawa, berkemungkinan, kesejahteraan, kesenangan, keamanan yang kita nikmati sekarang ini, berkemungkinan hasil dari doa orang-orang terdahulu, nenek moyang kita? Allah yang Maha Mengetahui, Ia yang maha berkuasa jua untuk memberi atau mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita.
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, kelewatan dimakbulkan doa juga ada hikmahnya. Doa yang tidak dimakbulkan, mungkin bersebab. Doa terhijab juga ada sebabnya...carilah semua itu.
Apa yang dapat saya fikirkan, kemungkinan Allah tidak makbulkan doa saya, kerana kemungkinan saya akan menjadi lalai dan lupa bersyukur pada Allah setelah doa saya dimakbulkan. Maka kekal lah keadaan saya begini.
Berkemungkinan juga,.Allah mahu kita sentiasa mendekatkan diri dgn sentiasa mengharap dan berdoa. Jika semua doa dimakbulkan, maka ada di antara kita yang tidak lagi akan mahu menadah tangan.
Perhatikan lah, kebanyakan mereka yang hidup susah, diuji, sentiasa berdoa, menghampirkan diri dengan Allah, bangun malam, solat sunat, solat hajat. Berapa ramai pula yang hidup senang, namun makin jauh dengan Allah. Bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki dan nikmati sebelum ini, sekarang, dan akan datang.
Terima kasih tuan guru kuliah umum di Msjid Putra, Dr. Zulkifli Muhamad Al Bakri yg memberi ilmu pada kami.
setiap doa akan di makbilkan Nya..
ReplyDeleteinsyaallah..
jom..kita terus berdoa..
ReplyDelete