Resepi surf kat Google.. hehe..

Bahan2:

UNTUK KEK
6 biji telur ayam (2 biji telur dibuang putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong/ tepung blue key superfine/ tepung gandum pun boleh
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanila (x letak pun xpe)

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (atau 250gm cream cheese)
1/2 tin susu pekat manis
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparutkan)

Cara2:

Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Hasilnye.....
zoom out cket..
Selamat mencuba..
Hit: 22 Laman Asal