Mencari Sinar Baru
"“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad)"
Saturday, January 28, 2012
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin untuk Anak Muda
1)Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.
2)Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
3)Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
4)Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
5)Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
6)Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
7)Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
8))Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
9)Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.
10)Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
11)Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
12)Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
13)Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan
membuat perancangan untuk masa depan.
14)Berpeganglah kepada agama kalian.
Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
Friday, November 5, 2010
Rokok oh Rokok,
Majoriti ulamak dunia sudah berfatwa mengatakan rokok haram, tapi masih ramai yang buat tak endah
Majoriti pakar perubatan mengatakan merokok menbahayakan kesihatan, tapi masih ramai yang sengaja membahayakan kesihatan
Tak pernah ada lagi orang yang merokok boleh menyembuhkan penyakit, malah berlaku sebaliknya
Pernah terfikir kenapa orang-orang kampung yang menanam tembakau tak pernah memagari tanaman tembakau mereka, juga pernah terfikir kenapa orang kampung melepaskan dan membiarkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing untuk meragut rumput di sekitar tanaman tembakau.
Rupa-rupanya sebab semua haiwan dah tahu mereka memang tak boleh makan tembakau sebab tembakau membahayakan kesihatan.
Rupa-rupanya orang kampung dah tahu semua haiwan memang takkan makan tanaman tembakau sebab tembakau mengandungi racun yang boleh membunuh secara perlahan-lahan.
Percaya atau tidak, lembu,kambing,ulat,hatta babi pun tak pernah menjadikan tembakau sebagai makanan mereka, kerana mereka sudah maklum apa itu tembakau.
Friday, October 8, 2010
Thursday, September 30, 2010
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustai?
1) Buta itu lebih baik andai mata yang celik digunakan untuk melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
2) Bisu itu lebih baik andai mulut yang bercakap itu selalu membicarakan perkara-perkara fitnah,mengumpat dan yang dilarang sewaktu dengannya.
3) Pekak dan Tuli itu lebih baik andai telinga yang bisa mendengar itu dibiarkan mendengar perkara-perkara yang melalaikan tuan punya telinga.
4) Kudung itu lebih baik andai tangan yang sempurna itu dibiarkan menjangkau dan mengambil, dan melakukan benda-benda yang dilarang Allah.
5) Kudung itu lebih baik andai kaki yang sempurna itu selalu dibiarkan membawa diri ke tempat-tempat maksiat dan ke tempat yang dilarang Allah.
6) Gila itu lebih baik andai otak yang berakal sempurna itu dibiarkan memikirkan benda-benda dan perkara-perkara yang dilarang Allah.
-Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustai? -Surah Ar-Rahman (ayat 13)
Monday, September 27, 2010
Sistem Pendidikan Negara Sedang dicabul?
Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.
Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.
Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.
Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.
Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.
Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.
Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.
Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.
Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.
Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.
Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.
Mampus lah kita macam ni...
sumber :http://malaysiakini.com/letters/143370
Tuesday, September 7, 2010
Hukum Solat Jumaat Jika Solat Hari Raya Pada Hari Yang Sama
HUKUM YANG BERLAKU DALAM MAZHAB SYAFI’I
Hukum yang berlaku dalam Madzhab Syafi’i andai kata terjadi Hari Raya pada hari Juma’at, baik Hari Raya ‘Idul Fithri atau Hari Raya Haji, maka sembahyang Jumat wajib dikerjakan sebagaimana biasa, di samping pagi-paginya sunat melaksanakan sembahyang Hari Raya.
Hal demikian dijumpai dalam kitab-kitab fiqh Madzhab Syafi’i sebagaimana tersebut di bawah ini.
Kesatu:
Tersebut dalam Kitab Umm karangan Imam Syafi’i:
Artinya:
Tidak boleh bagi penduduk kota meninggalkan sebahang Jumat, walaupun pada hari raya sekalipun, kecuali kalau ada ‘udzur yang membolehkan meninggalkan Juma’at. (Lihat Kitab UMM, Juz I Hal 239).
Yang dimaksud dengan perkataan “kota” di sini ialah suatu negeri yang punya syarat yang cukup untuk menidirikan Jumat dan biasanya Sholat Jumat didirikan di situ.
Kedua:
Tersebut dalam Kitab Syarah Muhadz-dzab:
Artinya:
Adapun hukum maka berkata Imam Syafi’i dan sahabt-sahabat beliau: Apabila bersamaan Hari Raya dengan Hari Jumat, dan hadir ke kota penduduk pinggiran yang wajib sembahyang Jumat baginya karena kedengaran Adzan, lantas semuanya mengerjakan Shalat ‘Ied tidaklah gugur Jumat bagi penduduk negeri. Hal ini tidak ada perbedaan pendapat. tetapi bagi penduduk pinggiran tadi ada dua pendapat: Yang satu gugur Jumat dan pendapat yang kedua yang sah dan yang telah ditetapkan oleh Imam Syafi’i dalam Kitab Umm dan di dalam kata Qadim, bahwasanya Jumat gugur bagi orang itu. (Syarah Muhadz-dzab Juz IV Hal. 491)
Jelas dalam nash ini, bahwa bagi penduduk negeri wajib mengerjakan sembahyang Jumat pada Hari Raya sesudah zawal, walaupun mereka sudah sembahyang Hari Raya pagi hari.
Adapun penduduk dusun yang tidak ada sebahyang Jumat di dusunnya, terdapat dua fatwa dalam Madzhab Syafi’i:
1. Mereka wajib juga sembahyang JUmat pada Hari Raya itu, sebagai biasa, karena mereka mendengar adzan orang negeri.
2. Bagi mereka tidak wajib lagi sembahyang Jumat.
Fatwa yang kedua ini difatwakan oleh Imam Syafi’i di kitab Umm dan juga kitab-kitab “Qaul Qadim” (Syarah Muhadz-dzab Juz IV Hal. 491).
Kesimpulan hukum dalam Madzhab Syafi’i:
a. Wajib juga sembahyang Jumat bagi orang kota (negeri) sebagai biasa, walaupun mereka sembahyang Hari Raya pagi hari.
b. Orang dusun yang sudah sembahyang Hari Raya pagi-pagi tidak wajib lagi bagi mereka sembahyang Jumat, tetapi kalau ia sembahyang Jumat sah juga.
Merek diberi keringanan, karena kalau mereka diwajibkan kembali kekota tentu sulit bagi mereka dua kali ke kota dalam satu hari. Merek boleh sembahyang Zuhur saja di dusun mereka.
Bagi orang di kampungnya biasa ada sembahyang Jumat, maka tidak boleh meninggalkan sembahyang Jumat, waluapun pagi harinya telah sembahyang ‘Ied.
Terkait Khutbah ‘Id Sayyidina Utsman:
Yaa ayyuhannaasu qodijtama’a ‘iidaani fii yawmiku, faman arooda min ahlil ‘aaliyati an yusholliya ma’anaal jumu’ata falyusholli wa man arooda yanshorifa falyanshorif.
Artinya:
Hai manusia, sesungguhnya telah berhimpun dua hari raya (maksudnya Hari Jumat dan Hari Raya Id), maka siapa-siapa diantara orang-orang “Aliyah” mau ikut sembahyang Jumat dengan kami silakan ikut, dan siapa yang hendak pulang boleh pulang. ( Kitab Muhadz-dzab Bab Sembahyang Jumat)
Yang dimaksud orang-orang “aliyah” atau “Awali” ialah orang-orang pinggiran Kota Madinah yang terdiri bukit-bukit. Ada yang mengartikan “aliyah” ini suatu kampung di bukit di sekitar Madinah yang jaraknya lebih kurang 6 kilometer.
Sayyidina Utsman ra. memberi rukshoh (keringanan/kelonggaran) kepada orang-orang itu, sehingga barang siapa mau pulang ke dusunnya sesudah Sembahyang Hari Raya ‘Id boleh saja dan teka perlu lagi kembali untuk sembahyang Jumat ke Masjid Madinah. Tetapi cukup dengan mengadakan Sembahyang Zuhur saja di dusunnya.
Mengapa sebab Sy. Utsman ra. memberikan kelonggaran?
1. Mereka pada hakekatnya tidak wajib juga sembahyang Jumat, karena Jumat tidak didirikan di dusunnya. Sesudah sembahyang Hari Raya di Masjid Madinah pagi-pagi mereka diberi kelonggaran pulang, tak perlu menunggu sembahyang Jumat di kota.
2. Kalau mereka sudah kembali ke dusunnya dan disuruh lagi kembali ke kota Madinah untuk Sembahyang Jumat di waktu Zuhur , tentu sangat musyaqat baginya. Maklum dusun-dusun di ‘Awali itu ada yang jaraknya 6 km dari Masjid Nabi.
Musyaqat adalah salah satu udzur yang menggugurkan Jumat. Orang-orang Qoryah (dusun) yang macam itulah yang diperbolehkan Nabi tidak mengerjakan Sholat Jumat di Hari Raya (desa/dusun terisolir atau terpencil). Dan itulah dalil bagi Imam Syafi’i untuk memfatwakan bahwa penduduk Qoryah (dusun) yang datang sembahyang Idul Fithri ke Masjid Madinah boleh tidak datang lagi untuk sembahyang Jumat, kalau kebetulan hari raya bertepatan dengan hari Jumat.
Lain halnya bila di kampungnya biasa didirikan sembahyang Jumat, tidak boleh meninggalkan (wajib) sembahyang Jumat, walau telah sembahyang ‘Ied di pagi harinya.