Jom join izan

Wednesday, October 26, 2011

Gulai Lemak Cili Api Jering

Hanya yang sezaman aje meminati .... untuk Gen XY zaman sekarang memang dah tak pandang jering power sepanjang zaman ni .... hehe.

Inilar penghabisan ubi jering yang dibagi oleh abang ipar aritu .... abe zul suka betul dengan kuahnya yang pekat dan lemak ... bukannya selalu



kadang bila kita nak cepat masak cili kita blend dengan minyak .... ia tidak menyebabkan masakan bersatu antara bahan blend dengan santan ... mengurangkan rasa masakan.

jadi jika kisar bahan jangan cuba campur dengan minyak ... selalunya tujuan untuk menghancurkan biji cili .... tukar kepada garam dan kisar lama sedikit ...



bayangkan makan dengan nasi panas2 ..... cuba bayangkan banyak mana cili api harus digunakan ..... ini kena dengan kicap tamin sikit ... gorengkan ikan kembung ....

Bahannya ... di sini : GULAI LEMAK CILI API JERING

Tapi kali ini cili bertambah .... santan jadi sebiji kelapa ... letak kan halia .. 2 batang serai ketuk ... daun kunyit .. tak guna minyak kelapa pun.

letakkan aje semua bahan dalam periuk panaskan atas api ... dah masak dikacau letakkan jering ... bagikan perasa ....



No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas

warna warni ijan

Flag Counter