Monday 29 November 2010

Bila Isnin je, mulalah demam..huhuhu

hari ni mama selesema.
ekceli, dari semalam lagi.
agaknya sebab cuaca sejuk tak menentu kot.
asek lah hujan, berhenti, pastu hujan balik.
hidung ni takleh nak tune agaknya.hehe
bile isnin je, demam.asal isnin je demam.
tapi, mama kerja cambiasa aineh sbb 1hb hingga 3hb Dec, mama kena cuti sbb ibu zahra nak cuti.
bile ibuzahra cuti, mama kena cuti lah sekali sbb takkan nak biar cik Zahra jaga diri sendiri pulak kan.
apa nak buat eyh?3 hari tu...
rabu, mama ada BSP test, so terisi lah sikit.cuma boleh ke mama nak handle cik Zahra masa kat klinik??
khamis, mama ada appointment kt klinik kerajaan.kena bawak cik Zahra, boleh ke zahra behave.haih, risau tul mama.
jumaat nak lepak-lepak ngan cik Zahra la.kalo duit banyak, boleh gak gi Sunway Pyramid shopping barang lil DZ.tapi, kalo duit banyak lah...kalo takde duit, lepak kat rumah jek la.huhuhu

Sabtu lepas, SEPATUTNYA mama ada Maternity Photoshoot dgn geng cyberphotog.
punyalah semangat, pepagi bangun. mekap cantik-cantik.cantik kerr masalahnya??hikhik
pastu, gigih bangunkan zahra dan mandikan dia.sbb photoshoot start kul 9pagi.
elok jek, on the way nak gi shah alam.mama check henpon.dapat sms dari kak moon, bagitau PS cancelled. sbb kak moon sakit mata. meraung mama dalam hati.sedih sgt2, sbb dah excited gila babas.
tapi, nak buat camne kan???redha jek la, mungkin ada hikmah disebaliknya...
so, terus gi bekfes kat Restoran Khulafa Sek.7.pekena roti naan cheese & milo ice.
lepas tu, terus menghala ke Hospital Umra tuk check up 31weeks.
sekejapan masa berlalu kan??dah 31weeks usia kandungan mama. ada lagi 9minggu sebelum melahirkan lil DZ.berdebarnya...hehe
Lil DZ dah seberat 1528gm.semangat tul anak mama.hehe.but Dr Ummul cakap, berat normal.
kedudukan plasenta OK, air ketuban mencukupi.hasil scan tu menunjukkan baby 100% boy.tapi, mama masih kurang yakin. Kuasa Allah, tak siapa tahu kan. Lelaki atau perempuan mama tak kesah, yang penting baby sehat sempurna sifat dan akalnya. hasil check tu, pendek kata, semuanya OK.Alhamdulillah.
cuma Dr tak dapat nak print sebab ada problem sikit.huhu

mama masih hutang hasil 3D/4D scan lil DZ kan???
sok-sok, bile PC mama dah OK mama update.janji!!!!
skang ni, entry tanpa gambar sbb mama masih tak bleh nk upload gambar guna lappy papa.tatau nape.jangan tanya mama, sbb mama ni lembab sket bab komputer neh.hehe



love: mamazahra ^__^

Friday 26 November 2010

Blogspot ada problem atau Laptop papa ada problem?

lamanya tak mengupdate blog.
rindu-rinduan jadi kenangan gitu.
dah berapa hari nak update, bile kat rumah jek. asal malam sakit kepala, kalo tak sakit kepala, tenet lak slow cam siput.
banyak tul halangan nak update.
banyak nauu citer nak share.
pasal bb DZ, pasal jalan-jalan cari makan, pasal kenduri kawen.
semua entry dah draft, tunggu nak upload gambar jek.
PC mama buat hal lagi, memang nak kena reformat la tu.mujur dah back up isi kandungan pc tu.
dari semalam online guna laptop papa, tapi langsung tak bleh nak upload gambar.
tatau apa pasal, blogspot ada problem atau laptop papa yang bermasalah?? ntah.
remuk-redam hati ni, punyalah semangat nak upload gambar.pastu hampeh jek.
asek lah loading..... tak abes-abes.tapi nak sukses, mmg janganlah diharap.
nyampah tul.membantutkan semangat nak update jek.
jeles tengok kengkawan update tau!!!geram geram geram!!!
hari ni pun, mama try upload gambar lagi guna laptop papa. tetap tak boleh.
so, nampak gayanya kena tunggu PC mama OK la neh.huhuhuhu
malam tadi, gigih ajak papa gi hantar cpu kat kedai cina tu.tp, pas baca yassin mlm tadi papa cancel. malas nak keluar katanya, geram sungguh mama.
tapi nak buat cemana, mmg kena tunggu papa gak. mama mana lah larat nak angkut cpu yang besar gabak tu.
nak bawak perut seniri pun cam payah.
haa, nak bagitau. mama punye penyakit 'morning sickness' yg tak bertempat ni dah mula lagi.
asal malam jek, pening. asal pening jek, malam.
belakang badan pun aseklah sakit. especially, tang pinggang ramping mama.
papa semestinya jadik tukang urut mama setiap malam.hehehe
plan nak berurut, tapi mama ada TERbaca kekerapan berurut time peknen bleh menyebabkan uri lekang. betul ke???seram lak baca artikel neh. mama baca dari pamplet yg mama amik kat klinik kalo tak silap. ke dalam buku "40minggu nan indah".ntah. tak ingat pulak mama. nanti mama update.
betul ke berurut leh lekangkan uri???
mama tengah sakit badan ni, tak puas lah papa urut. mana nak puas, baru papa urut mama sikit, papa lak mintak mama urut. letih. ngengada papa zahra tu. cam dia pulak yg berbadan dua.hehe
dan lagi satu, aktiviti masak-memasak pun mama dah tak bleh nak buat. macam early stage peknen aritu gak.mama tak leh bau masakan yg mama masak, terus tak lalu nak jamah.
so, papa lah amik alih tugas masak-memasak.ekeke


love: mamazahra ^__^

Tuesday 23 November 2010

sakit kepala

mama diserang sakit kepala lepas solat maghrib td.
so, nak berehat jap.sambil lelapkan mata.
nanti je, mama update K!!

love: mamazahra ^__^

Sibuk sangat ker?sampai perlu kerja lebih masa...

ekceli tatau nak bubuh tajuk apa.
kepala dah tak boleh nak pikir, badan letih, mata mengantuk.
dalam otak dah terbayang bantal & 2 buah hati yang dah lena tu.
hari ni letih sangat. dah lama sangat tak stayback kat opis sebenarnya.
rasanya, dalam tahun 2010 ni hari ni lah pertama kali mama balik lewat.
tak plan pun nak balik lewat. kiranya cam TERPAKSA balik lewat lah.bukan mama sengaja nak stayback kat opis tu pun.
kalo tak kerana, boss dah sound walopon kena gi training atau EL atau MC sepanjang assignment berjalan, jadual assignment tak berubah, deadline tetap sama.
so, oleh kerana team leader mama kena gi training selama 2 hari, esok dan lusa makanya, mama TERPAKSA stayback tuk siapkan kerja.sbb takut tak dapat nak kejar deadline.
tak cukup ke masa 8am smp 5pm tu?? bukan tak cukup, tapi takkan dpt kejar masa yg terpaksa mama abeskan tuk 2hari ni buat keje sorang-sorang. lagi pun, siang tadi bz dgn stock-count. dengan berpeluh-peluh dok kat store room.tak sempat nak buat keje-keje lain dah.tu pasal kena stayback tuk baca dan reply email, buat draft report dll.
kesian sangat-sangat kat buah hati pengarang jantung mama tu.
masa papa ambik mama tadi, kul 9.30mlm zahra dah nak hampir terlelap.
masa singgah kat KFC tuk tapau dinner, zahra dah lena diulit intan.
mujur, sampai rumah masa nak makan tu zahra terjaga. sempat dia makan 2bekas kecik whipped potato tu, terus sambung tidur lagi.
langsung tak sempat nak main-main ngan mama.huhuhu
sementara tunggu face mask kat muka ni selama 15-20minit, sempat type entry ni laju-laju.
pastu nak tidur dah.ngantuk sgt!!!
dah lama tak pakai masker atau pakai face mask sekalipun, muka pun dah naik kusam dan tak berseri.
oleh kerana nak kasi muka ni rehat sikit, pakailah face mask malam ni.pasneh, bleh tidur lena.

entry tuk cerita wiken dan tentang shopping brg lil DZ coming soon, K :)

nite all~


love: mamazahra ^__^

Saturday 20 November 2010

Maternity Wear Collections

tajuk cam gempak jek.
macam lah banyak nauu mama punya koleksi baju maternity.
ekceli, mmg nak bagitau pun yang mama tak banyak koleksi...
rasa cam malas jek nak beli, sebab perut tak berapa nak besar kan.walopon banyak gak yg cakap pewot mama besar.
tapi, mama ni mana baju biasa yang boleh dipakai, mama sarung jek.
okeh...meh kita tgk apa yang mama pakai sepanjang 30weeks++ peknen ni...

ni 1st maternity t-shirt yang mama beli. mama beli kat scarlet, tak mahal pun RM19++ rasanya.
unplanned purchase. nampak murah jek, terus rembat.hehehe
tapi, mama tak berapa suka nak pakai baju ni bile keluar.
bukan sebab material dia tak bagus. tapi...
kat lengan dia tu, ada cekak. so, susah nak amik wudhuk.tu yg malas pakai.leceh amat...

sepanjang peknenkan lil DZ, setakat ni mama suka sangat sarung t-shirt biasa.maksud mama, t-shirt yg mama beli before peknen.
contoh cam kat bawah ni...

walaupun kakak mama cakap, mama nampak macam sarung nangka kalau pakai camni.tapi, ini yg paling selesa.so, bedal jek la...

baju kurung, masa 4-5mos tu, masih lagi boleh sarung. skang ni, walaupun dah bubuh belly belt tetap tak selesa.
baju kurung raya yg mama beli tu, mmg lepas deliver lah baru bleh pakai semula.
skang elok tersimpan dlm almari.
bukan tak boleh pakai langsung, tapi tak selesa lah.baby pun susah nak gerak sbb ketat kan...

ni pakai time raya jek :P
raya tahun depan, pakai semula.insyaAllah..hehe

dan..selain t-shirt biasa, mama suka pakai baju Na-O-Mei neh.lebih selesa.
cuma, dress labuh ni kan tak berlengan.leceh sikit lah sebab mama perlu pakai cardigan kat luar.
cuaca Malaysia yang panas terik neh menyebabkan mama tak selesa pakai lapis-lapis.hehe
setakat ni, ada lebih kurang 4helai baju dress labuh ni. ada yg mama beli online, dan ada yg beli kat pasar Tani, Stadium seksyen 13.

dan baju corporate company mama....
mujur buat longgar sikit, so, masih boleh pakai walaupun butang tu dah macam nak tercabut.ekeke

terjungkit semacam jek baju ni kan??hehe

dan...blouse ni pun menjadi febret mama sepanjang peknen ni.
blouse dr kain lycra. selesa walaupun perut makin ke depan.hehehe
ekceli, blouse ni bkn maternity blouse pun.tp, sbb dia guna material lycra pompuan mengandung pun boleh sarung. jimat! sok, pas deliver boleh pakai terus.hehe

dan...jubah moden ni pun febret mama gak.
walopon nampak buruk bila mama pakai.tersembul tang perut, tang nasi lemak & muntot.
but, sbb material lycra.rasa sgt selesa dipakai walopon tak selesa dipandang.hehe

dan..baju maternity masa peknenkan zahra dulu...
mama boleh pakai baju ni sampai sarat mengandungkan zahra, tapi sekarang walopon baru 30weeks baju tu dah terjungkit. sok time sarat, mmg kompom dah takleh nak sarung ni.huhu

blouse labuh ni pun mama suka pakai walopon bkn tuk maternity. tp sebab dia mengembang, pompuan muncit jugak boleh pakai.jimat lagi disitu.hehehe

dan..sepanjang kat rumah, baju sarung nangka ni lah menjadi pujaan hati mama.
sampai sendat-mendat tang perut tu, mama tetap pakai gak.hehe
selesa sesgt, mama tak suka pakai t-shirt papa.besar gabak.t-shirt mama ni jugak paling selesa.
jangan sok pas bersalin, baju-baju t-shirt mama jadik longgar dah ler..tak pasal-pasal kang, kopak poket nak beli baju baru.haha

[Zahra tgh sayang adik baby.mama baru nak posing, zahra sesebok nak kiss adik baby.hehe]

korang masa peknen, suka tak kumpul koleksi baju maternity?
mama tak suka lah. sbb nanti terpaksa simpan baju tu tuk next pregnancy yang ntah bila kan. takut time peknen yg baru, baju tu semua dah out-dated. tu yg takmo beli tu.hehehe

sepanjang peknenkan lil DZ, mama cuma beli sehelai maternity jeans Scarlet,sehelai maternity pants kat 9month dan sehelai lagi kt Scarlet. itu jek. yang lain, recycle seluar masa peknenkan Zahra. tu pun, sehelai jek rasanya. cukuplah bagi mama. dok ulang pakai selama 9bulan mengandung.hahaha
tatau lah kalo ada orang perasan, mama dok ulang pakai 3 seluar tuk seminggu kerja. hehehe



love: mamazahra ^__^

Friday 19 November 2010

Tungku Herba, brand apa jadi pilihan?

tadi time lunch, mama gi carrefour ngan kak siti.
pas lunch kat KFC, terus jek jalan-jalan survey tungku herba.
aritu ada survey kat internet pasal tungku herba dan khasiatnya.
so, gigihlah nak try lepas deliver lil DZ nanti. masa dalam pantang.

ni antara yang mama survey...


tungku herba opah
Harga: RM30/pc
cara nak guna: kukus jek dlm pengukus 10-15minit


tungku herba leesa formula
harga: RM40/pc
cara guna: kukus dlm pengukus selama 10-15minit

yang berbeza cuma harga, mebi sebab jenama kot.hehe
tapi, mama kalau boleh nak cari tungku herba yang tak perlu kukus. cuma masukkan dlm microwave dan boleh guna, kan senang tuk ibu dlm pantang. leceh lah kalau nak kukus bagai.
korang tahu tak mana nak cari tungku herba yang tak perlu kukus?

masa survey-survey tu, nampak plak tungku herba muka ni...
tungku tuk kecantikan muka...
tapi, takde mama berminat.
dan..ada gak tungku herba tuk baby...
khas tuk baby yang kembung perut... kecik comel jek tungku herba baby ni, siap dimasukkan dalam beg uncang. lagipun kain yg diguna gambar kartun yg fancy, sesuai lah tuk baby kan...

tapi, mama tak plan pun nak beli tuk lil DZ.rasanya, minyak telon dah cukup kot.hehehe



love: mamazahra ^__^

mamazahra dan 'anak'nya :P

bukan nak citer pasal mama lah. takde apa yang menarik tentang mama yang nak dikongsi.huhu
aineh nak citer pasal anak dara kesayangan mama, zahra. apesal bubuh tajuk tu? sbb mama nak cerita pasal mama zahra jr dgn 'anak'nya neh.hehe

ni semua gambar masa Raya Korban hari tu.
kan mama tak keluar gi mana-mana, sehari suntuk dok kat umah.
bile anak dara ni dah boring, macam-macam dia buat.
ni lah antara hobi zahra...melayan 'anak'nya..hehe
siapa lagi anaknya, kalau bukan bebear...


[ni mamazahra jr tgh nak tidurkan anak dia..hehe]

kelakar tgk zahra jadik mama, abes diangkutnya kain selimut segala sampai depan TV gara-gara nak bobokkan 'anak'nya. tapi kan, sikit punya garang mamazahra jr neh.ni ikut sapa lah neh?ekeke
rasanya, mama takde lah marah-marah kalo nak suruh zahra tidur, melainkan tgh 'hangin' satu badan.
mama ni moody sikit, kadang kalau tgh marah pada seseorang, terbawak-bawak.
tak pasal-pasal budak tecik ni 'kena' sekali.hikhik

[mamazahra jr tgh tukarkan diaper 'anak'nya]

ni dia siap marah cakap kat 'bebear'nya tau, "eee...biyak da ar busyuk, jom tukar pempes cepat!!!heppp!!!"
wakaka...gelak jek tgk aksi dia. garang sungguh!!! mak borek, anak rintik kot.ekeke
ni zahra guna diaper lama dia size S yang ada tinggal, dah tak muat dah. skang zahra pakai size XL.
siap abes dia bawak baju & seluar dia suruh mama pakaikan kat bebearnya...

[mamazahra jr tgh tetekkan susukan 'anak'nya]

kelakar tau tgk zahra BFkan bebearnya.penuh perasaan gitu.
siap tanya kat bebear, "dah ke?keyang dah?". hikhik
rasanya, dah lama benar mama tak BF dia. takkan dia ingat kot cane mama BF dia.pelik gak mama. mama stop BF zahra masa Zahra 8mos. tu pun sbb susu dah kering kontang.sampai payah nak pump.
tp, zahra bleh tahu how to BF baby.hehe


nampak sangat anak dara mama dah besar panjang kan??hehehe...
cepat betul masa berlalu...


dah, itu jek nak share :)




love: mamazahra ^__^

Thursday 18 November 2010

Raya Qorban 2010 adalah yang paling menyedihkan :(

korang dah baca kan entry NI. kalo kowang baca, nampak cam OK jek kan... nampak takde menda pun yg menyedihkan kan. kan?

tapi, korang baca tak plan baeekk punyee mama tuk raya korban tu??

 satu apa dari plan tu tak berlaku pun.
kami tak balik umah mertua...
kami tak pergi makan juadah raya kat umah kak ngah...
dan kami tak join pun BBQ raya yang kak lang buat....
huwwaaaaaa!!!!!
sepanjang hari kami dok kat umah jek, pakai baju raya beriya-iya tapi dok depan TV layan apa jek cerita yang ada. dan part yang paling menyedihkan.....
kami tak makan juadah raya pun.
mujurlah Andak hantar nasi himpit, rendang ayam pencen dan kuah kacang dipagi raya tu. hilanglah rasa pilu hati ni.
lunch pulak, kami makan maggie kari yang papa masak sbb mama mogok taknak masak.sedih tak sedih tak?
dinner lak papa masak nasi putih, goreng ayam dan masak cendawan.mama memang mogok takmo masak sbb mama punyalah beriya-iya nak makan ayam panggang kat umah kak lang.huhuhu
yang paling menyedihkan, Zahra dari pagi beriya-iya berbaju kurung dan ajak gi beraya. tapi papa dia buat dono jek.geram sgt2!!!!
udahnya, mama dan zahra layan TV dengan berbaju raya.hukhuk :(
gambar raya adalah takde walau sekeping pun.uuwwwaaaa!!!
kenapa jadik cenggini?
sebab.....


^


^


^


^


^


^


^




^




^





^




^




^
biarlah RAHSIA. masalah rumahtangga mana bleh citer kat orang...hikhik
dalam belog kena citer yang best2 jek, yang bahagia2 jek, yang gaduh-gaduh simpan dalam hati.hahaha
takde lah...
papa malas nak keluar katanya...nak rehat puas-puas. so, kami layankan aje.... walopon dalam hati, pilu sepilu pilunya...
mujurlah pagi ni mak bawak balik juadah raya dari umah Atam. hilang dah rasa sedih pilu..huhuhu




love: mamazahra ^__^

Tuesday 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam...

..terutama sekali kepada Emak kesayangan mama, Puan Hajah Siti Fatimah Mansor...
tuk keluarga mama, adik-beradik, anak2 sedara, menantu sedara, cucu-cucu mama...
dan....tuk korang semua, kawan2 mama samada blogger ataupun bukan.
asalkan korang anggap mama kawan korang, ucapan ni tuk korang lah.hehe

ada ke ahli keluarga korang pergi tunaikan haji tahun ni? mak-bapak korang ke? adik-beradik? nenek?
keluarga mama takde yang pergi tahun ni.
tapi, parents kawan2 mama, suami Nor Azrifah my BFF...
harap mereka mendapat Haji yg mabrur...

teringat 10 tahun lepas, masa mak mama gi tunaikan Haji. itulah kali pertama mak jauh dari mama.
maksud mama mak yang pergi jauh, bukan mama. kalau mama tinggalkan mak dah banyak kali sebab mama mmg study kat arau masa matrik dulu. tapi, masa musim haji tu, itu lah kali pertama mak mama pergi jauh.
sedih sangat time tu...
dengan dapat berita mak ditahan kat Hospital sbb cuaca sejuk kat Minna, mak mama kan ada asthma, cuaca sejuk mmg buat mak lelah.
time tu, hanya Allah yg tahu betapa risaunya mama. mak tunaikan Haji dgn sepupu mak, Wak Leman dan isterinya, Wak Anah. yelah, ofkos Wak Leman tak dpt jaga mak kan kat sana.mmg risau.
bila mak call bagitau dia dah sehat, baru lega rasa hati kami kat Malaysia.

korang buat ke korban tahun ni?
mama tak buat lagi, insyaAllah ada rezeki tahun depan nak buat.
niat nak buat tu dah ada, cuma rezeki belum cukup lagi.
apa pengorbanan korang tuk tahun ni/sebelum ni?
samada berkorban masa, tenaga, wang ringgit atau nyawa?
berkorban tuk keluarga, agama atau bangsa?

mama setakat ni, belum pernah lagi. pengorbanan yang kecik-kecik ada lah.hehehe

apa menu raya korang?
mama tak masak pape pun.
tahun ni beraya kat umah mertua. malam kang baru nak ke sana. umah mertua mama bukan jauh mana pun, sekangkang kera jek dari umah mama ni. hehe
mak mama kat umah kak lang sekarang ni, since semalam lagi. esok plan nak ke umah kak lang jenguk mak. malam esok kak lang buat BBQ.bestnya!!!
pas maghrib kang, nak gi umah kak ngah makan ketupat kat sana.hehehe





love: mamazahra ^__^

Cheesy Wedges style Sweetmama

wedges yang melimpah dengan cheese.yummehh!!!

inilah cheest wedges style sweetmama.
wedges buat seniri.
mama sendiri boleh makan abes sebiji kentang tau.hehehe
mudah jek nak buat neh.
tapi, tak dapek lah nak buat pejam mata kan.kang terpercik lak minyak panas.hehe
ayam tu lak, ayam drummet segera jek.
ni menu minum petang semalam dan hari ni.
2 hari berturut-turut makan cheesy wedges.
tapi, masih belum jemu lagi. dah kata, ch33sy lov3r kan.ekeke

mana nak dapat cheesy sauce tu?
mama mintak tolong kawan baik mama, Nadhra beli kat kedai frozen kat Banting.
mak mertua kesayangan dia yang recommend cheesy sauce neh.
memang terbaekkk!!!! tiada tandingan.hehehe
kiranya, cheesy wedges buatan sendiri ni lebih hebat dari keefsi la..
sos ni kena bancuh sendiri tau.bukan beli siap dah jadi sos.
beli dalam bentuk serbuk. pastu bancuh dengan air hangat. kacau sampai sebati.
dan dah boleh makan ngan fries atau wedges.
boleh dijadikan dipped sauce atau curah atas wedges jek.
mama lagi suka curah atas wedges, baru lah nampak cam kat keefsi.

selagi stok serbuk cheese ni ada, mmg takde lah nak ke keefsi, baik buat sendiri tuk anak dan suami. lagi sedap.
sajian kebahagiaan gitu!!



ok, gambar ni saje jek tepek. gambar PS tu masih lom mama terima lagik dari photog.
bak kata papa, benda free kan, janganlah ditagih. kalo orang tu nak bagi, dia akan bagi. kalo tak, tak payah. amik jek gambar sendiri, senang!!hehe


mama plan nak buat maternity PS. masih mencari tarikh sesuai. dah call my febret photog, tapi dia cam bz jek.
hope dpt buat before deliver lil DZ....


love: mamazahra ^__^

Monday 15 November 2010

Bintang Sidewalk Cafe

inilah tempat lunch kami (mama+kak siti) last week, tak ingat dah hari apa.hehehe [nampak sangatlah cerita dah basi]
memula plan nak gi jalan-jalan cari makan kat sek.9, tetiba rasa nak makan sate padang.
ada member citer kat FB, tapi tak sebut nama kedai pulak.
so, gigihlah pusing-pusing carik kedai sate padang tu kat sek.9.tapi tak jumpa.huhuhu
sudahnya, kami lunch kat Bintang Sidewalk Cafe Sek.7 jek
tu pun selepas kat siti yakinkan mama yang makanan kat situ bleh dikategorikan sebagai 'boleh tahan'.hehehe
so, inilah menu pilihan mama...
Oreo Milkshake

Oreo milkshake ni sedap cuma kurang sejuk jek.
patutnya, dia blend oreo+susu+ice sikit.
tapi, malangnya hanya oreo+air kosong.so, langsung tak sejuk.
dan...kureng sedap lorr.but, Oreo dia mmg terasa...kalo sejuk ni, mmg mabeles lah.hehe
dan..
mama pilih nasi goreng ayam

boleh tahanlah rasa dia, sebab lapar kan so bedal jek la...

kak siti lak makan Nasi Bukhara Ayam+limau ais.kak siti ada cakap, nasi dia kureng sikit.mama tak rasa, so tatau kureng macam mana.hehe
pastu tapau lak karipap pusing panas-panas.nyum-nyum


love: mamazahra ^__^

Aksi melampau dalam kereta

weh, mama bukan nak cerita pasal remaja buat benda tak senonoh eyh...
yang rata-rata orang dah tgk video aksi ganasnya kat tepi jalan.sangat melampau kan???
hari ni mama nak cerita tentang anak dara mama ni.
makin besar, makin banyak lak peel dia...
ni salah satu dari yang lain-lain.
skang ni, susah tul nak 'tegur' budak ni, manjang merajuk jek kalo ditegur.gerammm!!!
kalo dia buat sesuatu dan ditegur.terus merempan, campak apa jek yg dia pegang then lari masuk bilik.hikhik.kelakar pun ada tengok dia.
tapi, tu lah. mana bleh nak buat diam jek kalo dia buat salah.tegur tetap tegur walaupun dia suka merajuk. nanti bertambah mengada-ngada pulak kan...

okeh, ni mama nak tunjuk aksi melampau Zahra kalau dalam kereta. pantang papa keluar dari kereta jek, laju je dia gi tempat driver.
bukan dia nak drive kereta cam biasa tu...
tapi...dia buat aksi ni..

^


^


^



^


^


^


^


^

siap muncung-muncung mulut lagi.penuh perasaan.
ni Zahra siap buat bunyi enjin mengaum, cam kereta F1 tuh...
nampak tak zahra bubuh kaki dia kat mana??
nampak??
ok, tengok gambar bawah ni plak...


^


^



^



^


^



^

jelas tak?
ke kabur?

ok, tgk yg mama dah edit ni...kompom bleh nampak aksi melampau Zahra...


^



^



^



^



^

see???
Zahra bubuh kaki dia kat stereng, dan buat tangan cam tengah pegang stereng padahal tak pegang pape. pastu bukan duduk kat seat, tapi duduk kat penyandar seat.
serius tak senonoh kan??
mama sempat amik pic sbb nak tunjuk kat papa betapa tak senonohnya anak dara papa ni...
dia bleh buat khusyuk jek 'drive'...
geram tul mama tau...

p/s: mama tukaw template blog.so, blog jadik tunggang-langgang. dari 3 column jadik 2 column. bile nak tukaw jadik 3 column balik, dah tak reti plak.huhuhu. amma akan teruskan aktiviti mengubah-suai belog sampai puas hati, so buat sementara waktu ni.ni jek yg mama mampu.agak serabut sikit.almaklumlah, mama kan rabun IT.hehehe



love: mamazahra ^__^

Saturday 13 November 2010

Sakit pinggang, sakit betis dan sakit kaki..dah macam orang tua dah.haih!

Ya Allah, bb dalam tummy baru masuk 29weeks tapi mama dah mula sakit-sakit badan.
sakit kaki, betis dan pinggang... baru jalan sana-sini, semua dah sakit.
macam orang tua kan?
orang yang umur 48tahun pun mampu nak buat keje berat.
tapi mama semua benda dah tak mampu nak buat.
janganlah 39weeks sok, langsung tak boleh berjalan dah. nak kena papah pulak. haish!
geram ngan diri sendiri, dah macam mak nenek.baru peknen 7mos++ lom cukup bulan lagi.
tatau apa jadik lah...
since semalam rewang kat rumah kakak sedara mama.
balik keje terkocoh-kocoh tolong apa-apa yang patut kat sana.
kudrat mama hanya mampu duduk kupas bawang&potong2 sayur. belah malam lak, tolong isi kerepek.kuih dalam bekas dan tolong kupas & hiris halia & lengkuas jek. kul 12mlm balik rumah, terus tergolek tak sedar diri.huhuhu
pagi tadi, niat hati pas solat subuh terus nak gerak gi rumah kak hendon, haramms..
kul 8 baru hegeh-hegeh sampai sana. tolong kupas&hiris mangga tuk buat kerabu, tlg buat pelamin tuk khatam Quran & tolong benda yang ringan-ringan jek. tuk tolong jadi pelayan tetamu mmg tak daya lah...
baru berdiri 1/2jam senduk nasi tuk tetamu, kaki dah start sakit. baru jalan 2-3 meja tuk kutip pinggan dan gelas kotor, dah sakit pinggang... sudahnya, duduk saje. buat malu jek.
sedara mara ingat mama dah tunggu hari nak bersalin, sbb cam tak larat sangat.huhuhu.malu sangat!!!
kalo ikutkan hati, mmg nak buat semua benda tuh cam selalu. tapi, dengan adanya lil DZ dlm tummy terus punah harapan. asal berjalan ke sana- kemari jek, manjang nak terkucil je. kaki asek lah sakit, betis cam cramp jek kalo jalan banyak sangat. pinggang toksah cakaplah, aseklah sakit.
risau tengok keadaan diri.huhuhu

nak berehat lah.badan letih sangat. esok jek update!!


love: mamazahra ^__^

Friday 12 November 2010

Craving Ayam Penyet lagi..dan lagi...

Lately, mama asek lah ngidam nak makan ayam penyet.
paling tidak, dalam seminggu mesti sekali gi belasah ayam penyet.
tak kesah lah, Ayam Penyet APi atau wong solo. janji ayam penyet.
walopon rata-rata kawan-kawan mama dok cakap sambal kat ayam penyet ni pedas berapi, tapi mama tetaplah suka.memang sedap kat tekak mama.heee :D


inilah set wajib kalo tiap kali datang ke Ayam Penyet Wong Solo.

Ayam Penyet ini menu  lunch mama last monday.
gigih ajak opismet gi mkn ayam penyet gak walopon waktu rehat hari Isnin cuma sejam.
sanggup drive dari northport ke seksyen 7,shah alam.
ekceli, tak sampai 20minit pun kalo ikut highway.
tenkiu kat opismet yang sentiasa memahami tekak ibu mengandung yang super mengada-ngada neh.ekeke
tenkiu sgt2 kepada geng makan mama...
my dearest kak siti yang baik hati lagi kiut-miut :)

see....kiut kan? sopan santun gitu.senyum pun shy-shy cat jek..ekeke
dan..

^


^


^


^


^


^


^


^
ahli baru geng makan kami...yang baru 5 bulan join..hikhik

kak sharipah F1
...sbb pe mama panggil kak pah F1 sbb kalo kak pah tak bawak laju Alza kesayangan dia tuh, takkan dapat nak makan ayam penyet wong solo time lunch.hehehe
juz kidding!!!melawak jek... sowi kak pah eyh....memain jek :P

dan...Pengerusi geng makan

^

^

^


^

^

^


^

peace yooo!!!

kalo lah opismet tak layan tekak mama ni, kompom lah terliur jek nak makan ayam penyet sbb papa tak bape layan ayam penyet, pedas katanya.hehehe

kowang dah try ke??
baik korang try, kang terliur baby dlm tummy..hehehe
tak pun, tidur malam pasti termimpi-mimpi..tapi kalo korang masih dalam pantang, tunggu baik sok la eyh.ekeke [khas tuk eida mama danish n mya]

Isnin lepas, mama & kak pah order set ayam penyet dan sirap limau.kak siti lak order ayam bakar wong solo & ais kosong, pastu gado-gado as appetizer, ni kami bedal bertiga...mmg mabeles! makan sampai kekenyangan.hehehe


love: mamazahra ^__^

Menyampah!!!

pehal pulak mak buyong neh.pepagi dah menyampah.
buang tebiat ke apa?ekeke
mama nyampah ar ngan blogspot neh, ape kehal takleh nak upload gambar. adekah sebab mama guna lappy? tak mungkin lah kan...
jenuh dah click kt ikon insert image.langsung takleh nak upload.
fedap!!!
beriya dah save sume picca yang nak upload masuk dlm pendrive. gigih tu.
tapi, hampehss.tak bleh pulak nak upload.
dah la byk entry jalan-jalan cari makan neh.
nampaknya tunggu malam sikit baru upload lah.
malam ni, nak gi rewang umah kakak sedara mama, kak Hendon. dia buat majlis khatan anak dia hari sabtu. so, dari malam ni lah kena rewang. tolong lah pape yang patut. tak sedap pulak kalo tak tolong, tiap kali kenduri umah mama mesti dia dtg menolong. kadang tu, bila mama wat openhouse atau besday zahra yg kecil-kecilan tu pun dia tetap datang menolong. walopon kami cuma sepupu, tapi dah macam adik-beradik dah. mmg rapat.
jadik, kalo berkesempatan baru mama update. kalo tak, tunggu Ahad lah baru update. kalo mama update pun, ada ke yang nak baca? hihihi. mmg tak lah kan... belog mama ni bukan best sangat pun, entry pun cam sampah.hehehe

ok, mama nak chow dulu!! nak sambung buat keje.kang kata mkn gaji buta lak kan...hehe


love: mamazahra ^__^

Thursday 11 November 2010

Tom Yam Pok Tek

[inilah antara isi dlm tomyam poktek...ikan, ketam, udang, cendawan dll...nyum-nyum]

ni lah menu kami malam semalam.
bukan mama masak pun, makan di kedai jek.skang ni sikit punya malas nak masak.walopon papa berkali-kali bagi hint suruh mama masak.hikhik
ntah la, lately malas moody manjang. tatau nape.
pasal benda kecik pun boleh melenting. teruk sungguh. langsung takde kesabaran.huhuhu
so, dapur adalah tidak berasap dah lebih seminggu. sbb mood yang bercampur-baur. (alasan munasabah tak?)
malam tadi, request kat papa nak makan tomyam poktek.
papa kan dah abes exam, so kenalah belanja mama makan sbb mama dah berkorban jiwa-raga sepanjang papa exam.(ye lah sgt kan..hehehe)
so, papa layankan aje.
kami gi makan kat AFNAN Tomyam jek. dekat dan sedap.
poktek mlm tadi takde udang besar, kureng sikit.tapi, ada ketam besar.nyum-nyum.

puas makan tomyam satu mangkuk besar 3 beranak.
tugas melayan Zahra adalah tugas papa.tugas mama?makan lah..hehehe
selain tomyam poktek, kami order gak telur dadar & sayur campur.

Alhamdulillah, kenyang.


love: mamazahra ^__^

Karipap untuk dijual

ye, tajuk entry betul-betul ni, bukan main-main.
bukan 'karipap' tipu, bukan mainan, ini karipap betul-betul.
mama nak promote frozen karipap buatan anak sedara mama.
dia sedang berjinak-jinak dlm bidang frozen food ni.but, dia punya karipap takde bahan perisa tambahan atau bahan pengawet.
dia buat karipap biasa dan sejukbekukan.. tu jek.selamat tuk dimakan...
mama cuma nak bagi sokongan jek.hehehe
siapa taknak tengok anak sedara maju kan...
so, mama tolonglah dia promote kuih karipap dia ni.
bukan sebab dia anak sedara mama, maka mama akan puji melambung karipap dia neh.
tak, mmg sedap karipap dia. ekceli, mama pernah cadangkan dia buat frozen currypuff ni. so, dia baru nak mula la ni...
mama ni mmg suka kuih karipap,peminat tegar karipap gitu. tu sebab mama cakap camtu, ckp karipap ni sedap.bukan sayang!!! karipap ni mmg rangup, inti pun sedap.tak berapa pedas, tak berapa manis.orang kata, cukup rasa lah. budak-budak pun boleh makan.
karipap berinti kentang.
zahra pun suka kalo mama goreng karipap ni panas-panas.


RM3.50/10biji... murah jek...
kalo nak PM mama k...sms pun boleh.no hal lah!!
yang penting korang bleh pick up sendiri, sbb mama takde bagi khidmat penghantaran percuma.
kite bleh jumpa kat mana-mana simpang tuk ambil karipap ni.
kat shah alam boleh, bukit tinggi boleh, klang atau bukit raja...
tapi, kena ikut kelapangan masa kita lah...

dan...

ni lah karipap yang dah siap digoreng.
korang boleh goreng ikut suka korang, nak putih melepak jek ke, atau nak garing cam mama goreng.
korang bleh goreng tuk bekfes, atau minum petang
mama suka goreng tuk minum petang. pekena plak dgn teh O panas.mabeles!!!



love: mamazahra ^__^

Wednesday 10 November 2010

Beg pertama Zahra

comel tak???

Ekceli, beg ni dah lama mama order. kononnya sebagai hadiah hari jadi tuk Zahra.
payment pun dah buat since order lagi.
tapi, mama hanya terima beg ni 4/11/2010 sbb stock mmg smp early Nov. owner appleofmomseye pun mmg dah bagitau awal-awal.tp, sebab mama mmg dah niat nak beli tuk Zahra sempena besday Zahra, mama bantai setuju jek.
biasa lah, mama beli online jer.
beli di appleofmomseye.bleh klik SINI kalo nak beli gak tuk si kecik anda.hehehe
 semua beg adalah sgt cantik.
kalo duit mama berkepuk, mmg dah beli 2,3 biji tuk Zahra.
satu beg gi jalan, satu bawak gi sekolah & satu bawak gi rumah ibu.
tapi, malangnya...
hanya SATU mampu mama beli tuk sekarang ni, sok-sok tatau lah.
kalo ada rezeki, nak gak beli yg baru tuk Zahra bawak gi sekolah.

beg COMEL ni dah jadik cam belacan walopon baru seminggu Zahra terima.
sekejap dia kendong naik basikal, sekejap kang bukak letak kat lantai, sekejap kang dia campak kalo marah, sekejap kang bukak ambik buku, sekejap kang ambik pulak color crayon dia.
beg ni dah jadik cam sketch book dia dah.comot-momot.hehehe

tapi, Zahra excited sangat bile mama bagi beg ni.
terus jerit-jerit.. " mama nak gi skolah, mama nak gi skolah!!!".hehehe
dah besar anak dara mama....




love: mamazahra ^__^

Musim mengawan ke sekarang ni??

ganaz tak tajuk??
bukan pe, skang ni mmg musim mengawan ke?
untunglah mak andam/pak andam kan, 'masyuk' lah.sure byk job dpt kan...
tauke catering, photog & tauke canopy pun seronot bile tiba musim mengawan kenduri neh.ekeke
musim cuti sekolah kan sinonim ngan musim kenduri-kendara.
tapi, lom start cuti sekolah musim mengawan kenduri dah start.hukhuk
alahai, jemputan kenduri sikit lah punya banyak.
sampai ada yang tak terpegi... sowi lah ye,mana yg jemput dan kami  tak dpt attend.jgnlah serik jemput kami.huhuhu
last week, dari malam Sabtu dah start attend kenduri sampai ke Ahad.
letih sangat.
bukan kenduri kawen jek, kenduri khatan, kenduri cukur jambul pun ada.
malam Sabtu, kami attend 2 kenduri kawen. jiran sebelah-menyebelah...
Hairul Nizam a.k.a Buyong & pasangan
dan satu lagi..
Juwita & pasangan
dua-dua ada gak pertalian bau-bau bacang ngan mama. tak patut lah kalau tak gi kan.
pastu, terus ke Kg Sementa attend kenduri khatan+cukur jambul pulak.
malam tu, tidur dlm keadaan kekenyangan.hehehe
mana taknya, kat umah Buyong mama mkn roti canai.kat umah juwita mama jamah nasi minyak sikit, pastu kat umah khatan, mama mkn yong tau foo dan kuih-muih. tu pon yong tau foo tu kongsi ramai-ramai. tak larat nak abeskan dah.kenyang sgt...

sowi, nan ado gambar walau sekeping sbb cuaca tak mengizinkan.klang dilanda gerimis.
elok jek kat umah khatan, terus hujan lebat.
balik umah, terus terbongkang 3 beranak.heeee :P

Ahad pulak, gi wedding kawan sekampung papa...Mazlan & pasangan dan adik Mazlan & pasangannya.
kirenya, pengantin 2 pasang terus.

Zahra :)

papa :)

mama yg bambam :)

kami :)

tema kami putih da pepel ye...caca-marba sikit. mama dah xmuat nak pakai baju putih.pewot dah semakin membesar.hehehe

gambar pengantin pun nan ado.walopon dah berniat nak amik gambar tapi cancel sebab keletihan, parking sikit punya jauh, jalan nak masuk ke rumah pengantin lak, lecak.berselut dgn tanah merah.abes kasut kami.huhuhu
Zahra langsung taknak jalan sendiri, so papa kendong dia. sampai berpeluh papa.hehehe
tu mujur zahra jek yg mintak dokong, kalo mama???mmg papa tak layan lah, mama kan dah gemuks.mana papa larat nak dokong dah.ekeke
so, mood tuk bergambar adalah ke laut.hahaha
cik Persona abes comot-momot. tayar tebal ngan tanah merah lembik.yekkss!!!


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!