Saturday 29 January 2011

Doa tuk Lil DZ in mama's belly

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranyauntuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. , dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin, Ya Rabbal Alamin...

p/s: Doa ni kekal disini sehingga Lil DZ lahir, InsyaAllah

kalo nak tengok entry baru, scroll bawah K...

love: mamazahra ^__^

Wednesday 26 January 2011

Memperkenalkan ahli baru ~ Our Lil Sweet Home ~

MasyaAllah, lama betul mama tak update belog ni kan.
windu sangat2, tapi masa tak mengizinkan.sungguh ni.bukan malas tau.
For info, Alhamdulillah.hari ni,genap 12 hari lil DZ lahir ke dunia.
macam tak percaya, baby yang dok dlm tummy mama dah selamat mama lahirkan secara NORMAL di HOSPITAL UMRA, 18hb January 2011, jam 7.01pagi seberat 3.0kg.
sepatutnya lil DZ dijangka bersalin end of this month, tapi dia dah tak sabaw nak jumpa mama,papa dan kakak zahra. tu yg awal 2minggu tu.hehe
ekceli, mama pun tak sabaw nak ketemu dia.heee :D
dan sehari selepas Lil DZ lahir, nama tuk dia dah pun selamat didaftarkan.
inilah dia lil DZ... Muhammad Dayyan Zharif Bin Md Zahari

inilah video yang papa rakam selepas Dayyan Zharif selamat mama lahirkan.

since hari ke-4 lahir, nurse datang check dan Zharif kena jaundis.sejak jumaat tu jugaklah mama berulang-alik gi klinik kesihatan setiap pagi tuk check darah Zharif. tu yang tak menyempat nak update belog.
macam-macam petua orang lama mama cuba, dari mandikan baby dengan air inai, air durian belanda, air ubat cina.tapi, kuning baby makin naik.
pastu, mama cuba gak bagi baby susu kambing 2,3 titik.masih gak tinggi bacaan jaundis dayyan zharif. risau sgt mama.sampai mama sanggup minum susu kambing tu.supaya bila breastfeed zharif, kuning akan turun.
Since Ahad lepas bile kuning zharif capai bacaan 253, mama bertambah risau.so, bile ada kawan cadangkn guna air dukung anak tuk mandikan baby, dan mama cuba.Alhamdulillah, since isnin kuning baby dah turun ke 200 dan selasa 178.Doktor suruh mama repeat check darah Zharif lagi tuk pantau kuning dia. Alhamdulillah, Khamis bacaan dah turun ke 161. dan semalam nurse dari Klinik Desa datang lagi. dan dia suruh pergi check sekali lagi darah Zharif kat KK Bukit Kuda.bacaan dah turun ke paras normal, 150.
mama bukan pe, kesian tengok Zharif asek amik darah.sampai merah padam muka dia tahan sakit. Alhamdulillah, lepas ni dah tak payah harungi tu semua.Syukur sangat-sangat.

setakat ni, mama breastfeedkan zharif every one hour dan mandikan zharif dengan daun dukung anak je.
so, setakat ni.mama takde lah berpantang sangat sebab jamu takleh mkn lg.air kunyit adalah dibanned sama sekali selagi baby masih kuning.parem pilis semua tak pakai takut menyebabkan kuning makin tinggi.so, bile baby zharif dah tak kuning nanti.baru lah mama berpantang sungguh-sungguh.hehe.yo lah tu!!!hikhik
skang ni, mama berurut 5 hari je. bertungku pun selama 5 hari gak, bertangas setiap pagi dan petang, mandi daun serai wangi setiap pagi & petang, berbengkung jek. parem, pilis segala akar kayu belum usik lagi...
lepas hari ke-20 nanti, baru pantang yang betul-betul punya. risau gak mama. ye lah, masa berpantang Zahra dulu, genap sebulan jek mama berjaya turunkan berat sebanyak 10kg. yang ni, ntah lah.macam susah jek.
bile tengok diri sendiri kat cermin, rasa risau jek.sbb macam masih mengandung.muahaha.
ye lah, nak pantang betul-betul takut lak Zharif makin kuning.so, mama berkorbanlah. kalo berat taknak turun gak, terpaksa cari alternatif lain.samada gi slimming program atau cuba pakai PB.ada sesapa nak offer good price tuk mama???

sementara tunggu nak mandi ni, boleh lah update ini jek.nanti kalo rajin, mama update lagi...
mintak doakan Zharif terus sembuh dari jaundis eyh...

gambar-gambar Zharif nanti mama update, tak sempat nak edit bubuh watermark langsung. kalo nak tengok gak, bleh jenguk FB mama.mama ada tepek sikit gambar Muhammad Dayyan Zharif.


 


love: mamazahra ^__^

Saturday 15 January 2011

Chef at Home

Salam Sabtu semua :)
korang sehat? mama masih batuk. ubat batuk dah makan, antibiotik dah abis, fisherman's friend lozenges dah sepaket habis tapi masih lagi batuk.seksa sesangat.
tak larat dah rasanya nak berlari gi bilik air buang kahak setiap kali batuk. tp hari ni batuk dah tak berkahak, tapi tekak terasa gatal. kalo boleh nak garu-garu jek kerongkong tu.ekeke
kadang tu, batuk punyalah dasyat sampai boleh terkencing lah. dasyat tak dasyat lah kan.hikhik

hari ni mama dah masuk 38weeks peknenkan lil DZ.masih belum ada tanda-tanda yang lil DZ nak lahir. dia masih syok dok dalam tummy mama kot. masih nak ikut mama ke hulur ke hilir.hehe
takpe lah, asal kamu sihat dalam perut mama ni, cukuplah. sampai waktu nanti, keluarlah dengan selamat ye!!!!
mama tak sabar nak ketemu kamu, wahai anak!!!
keperluan mama & kamu dah mama siapkan dan elok jek dok dalam kereta. sampai waktu nanti, senang.takde lah mama menggagau carik barang nak ke hospital kan.

sabtu macam ni, korang ada ke yang keje?mujurlah company mama&papa memang tak keje sabtu & ahad. cuma, kadang-kadang papa terpaksa kerja kalau ada barang urgent nak naik kapal sabtu atau ahad.redha jek la. kalau tak pun, papa ada kelas hari ahad cam last sunday,9/1/2011. tu pun kami kena redha jugak la...hehe

apa menu breakfast korang hari ni? mama breakfast nasi lemak kat kedai jek, manalah tahu next week dah bersalin. tak dapat lah makan nasi lemak cempaka sari tu. 2bulan tu, lama wohhh!!!hehehe

lunch plak korang masak apa? mama masak sup ikan merah dan bendi goreng cili. plan asal nak masak ketam cili, tapi takde pulak ketam kat kedai. so, bantai masak ikan merah. pastu mama ada beli sotong, kononnya nak buat sotong goreng tepung tapi cancel lah. banyak sangat lauk nanti, tak terhabis pulak kan.membazir jek.
so, mama gantikan sotong goreng tepung dengan puding jagung. boleh dijadikan dessert ye tak??

tajuk tu cam poyo jek kan???hehehe
sebenarnya, mama tak tahu nak letak tajuk apa. oleh kerana mama nak cerita menu lunch kami hari ni, makanya mama bubuh tajuk tu. bajet mama hari ni masak cam Chef at Home tu lah...hahahah
okeh, mempersembahkan...
menu lunch kami anak-beranak....

sup ikan merah....
ikan merah tu tinggal sekeping jek kat kedai sayur tu, tu yg bantai tambah tomato, carrot & cendawan, kasi semak sikit mama punya sup.hehe :D
 mama tak guna lada putih, mama ganti dengan lada hitam. bajet nak praktis makan lauk pantang lah ni.hehehe

bendi goreng cili yg sempoi :)
dan...

puding jagung yg extra lembik.ekeke


puding jagung ni maybe terlebih air kot.tu yg lembut jek. walaupun boleh dipotong but tak cun sangat lah. tapi, mujur masih boleh dimakan.hehehe

malam pulak, makan lauk balance lunch jek. malas nak masak. dengan batuk yg masih ada. dengan perut asek menegang, dengan zahra yang batuk selsema. tak larat lah wehh, bukan malas tau.hehehe

k, nerukben sangat slow. so, mama malas nak bayaw bil. lantak situ. kalo bayar pun dia lembab sama macam tak bayar, baik tapayah bayar.betul tak??hehehe

k, nak tidur awal lah malam ni. tata!!!

love: mamazahra ^__^

Thursday 13 January 2011

Puan punya belog tak sihat :(

lamanya tak berupdate belog ni kan??
mama tak sehat skang ni.
batuk kung-kang-kung-kang since Selasa lagi.
Rabu pun mama terpaksa MC sebab tak tahan asyik batuk non-stop sepanjang malam.kononnya nak amik neb kat Klinik Dr Shima, tapi bila Dr check lung takde bunyi dan takde masalah, Dr bagi ubat batuk jek. dan antibiotik sebab mama batuk berkahak.
sejak Zahra sekolah, kul 9.30mlm kami anak-beranak dah tarik selimut.tuk elakkan Zahra kurang tidur dan mengamuk nak pergi sekolah.
tak pasal-pasal mama dan papa pun terjebak tidur awal.
sebab, selagi mama dan papa tak tidur. selagi tu lah Zahra main.
so, langkah selamat...semua tidur awal secara berjemaah.heee :D
lately, langsung tak boleh tidur malam dengan lena. walaupun tidur awal, tapi tetap tak lena jugak.
dengan batuknya, dengan lil DZ yang asek mengeras jek.
ntah bilalah si kecik ni nak keluar agaknya. mama dah tak sabar.
bila batuk dan dalam masa yang sama, perut mengeras, memang seksa. nak nangis dibuatnya.huhuhu
 tadi pagi, ada 37w++ check up kat Klinik Kerajaan. semua OK.Dr suruh teruskan catat gerakan baby.
next wednesday ada check up lg, seminggu sekali sampai deliver.
harapnya, cepatlah lil DZ ni keluar. tak payah mama berulang gi klinik lagi kan.hehe
tapi, bila dah makin dekat waktunya ni nervous lah pulak kan. walaupun pernah bersalin, tapi tetap nervous. harapan mama, biarlah dipermudahkan segalanya.
setakat ni, mama masih lagi kerja cambiasa dan drive sendiri. malas nak susahkan papa.
selagi boleh buat seniri, buatlah. walopon officemate mama memasing cam pelik tengok mama masih kerja dan boleh drive sendiri.hehehe
mama perlu kuat, supaya lil DZ dalam tummy pun jadik kuat.betul tak?

okeh, malas nak merepek panjang lebar.
paling tak suka, menaip sambil batuk. seksa sangat-sangat.
mama nak rehat dulu!!!
sok pagi, kena bangun awal. letih lah menyiapkan Zahra gi sekolah. nak pujuk suruh mandi pun 1/2jam, belum pujuk pakai baju sekolah lagi, pakai tudung lagi.aduyai, sabar jek la bebanyak.hikhik



gambar candid masa Maternity PS :)


love: mamazahra ^__^

Monday 10 January 2011

Good Girl

alkisah tentang anak dara mama nan sorang tuh.
Hari ni kan Isnin, Zahra mula sekolah tuk minggu ni.
sepanjang minggu lepas, Zahra masih menangis setiap pagi amma hantar gi school.
mama bajet, hari ni pun Zahra akan nangis sbb dah 2 hari kan tak sekolah.
bangun pagi-pagi tadi, cambiasa susahnya nak pujuk Zahra mandi.
merengek-rengek, tapi mama berjaya mengguna segala skill yang ada tuk pujuk Zahra mandi.heeee :D
praktis kan make perfect, so setelah hampir 4hari praktis bangunkan zahra..mama dapat skill cemana nak pujuk Zahra mandi tanpa nangis.hehe
so, pagi tadi, Zahra tak nangis pun masa mandi.Alhamdulillah.
tapi, masih tak berjaya pujuk Zahra pakai tudung. dia cuma nak pakai anak tudung je.
so, papa pancing zahra dengan gi carik nasi lemak tuk dia.
balik dari beli nasi lemak, pujuk sekali lagi baru zahra nak pakai tudung.hehe
Sampai kat PASTI, mama bajet Zahra akan nangis cam selalu siap mintak papa dukung masuk kelas.
tapi..
ajaibnya, Zahra sikit pun tak nangis. cuma dia merengek mintak mama hantar sampai dalam kelas.
lepas dah letak beg, botol air & nasi lemak zahra atas meja. terus kiss pipi zahra dan ajaibnya dia langsung tak nangis.
sangat good girl zahra hari ni.
so, mama rasa sangat senang hati gi office pagi ni.
kalo tak, aseklah susah hati dok pikirkan keadaan zahra kat sekolah. berhenti nangis ke tidak. menangis meraung ke dia.
satu keje pun tak jadi nak buat.

mama masih hutang gambar zahra pakai baju sekolah kan?
mama tak sempat nak amik gambar zahra Jumaat lepas, tu 1st time Zahra pakai uniform. Khamis baru dapat uniform Zahra.tu pun cuma sepasang. lagi sepasang, hujung bulan baru dapat kot. PASTI dah kehabisan stok baju size S. ramai sangat budak yang langsing kot tahun ni.ekeke
mama tak dapat amik gambar zahra pun pagi Jumaat tu sbb zahra menangis meraung . hari ni pulak, mama lupa bawak henset.so, tak dapatlah nak amik gambar zahra.esok, mama amik eyh!!!!

p/s: hari ni, mama dah 37weeks 2day. sakit cam senggugut since jumaat dah terasa. tapi tanda2 lain belum muncul lagi. tak sabar menanti si kecik dalam perut ni keluar dengan selamat.

love: mamazahra ^__^

Maternity Photoshoot

Dalam n3 INI mama ada cakap nak buat maternity shoot kan??
Tapi cancel last minutes sbb photog sakit mata.ingat tak??
So, mama ingat plan tuk maternity PS tu akan berkubur jek la.
Rupanya, ada hikmah disebaliknya…
Masa mama blogwalking, jumpa lah website serinditphoto ni.
Punya lah eksaited tengok ada promo tuk shoot kat studio.
Masa tu hati dah berbunga-bunga cinta.hikhik
Tapi promo tu sampai end of Nov jek..terus hancur luluh hati..hehehe.masa tu terus doa dlm hati, harap2 tauke serinditphoto akan buat promo lagi.

Tetiap hari sepanjang bln Dec tu dok ulang-alik jenguk website serinditphoto.
Pada hal kan, dah lama benor hasirol, si tauke serinditphoto ni add mama kat FB, tp mama ni tak perasan pun yg selama ni hasirol ni ada studio gambar.hehehe
Bila asek ulang-alik website dia, baru perasan.heeee :D. hampehh kan??
Bila ulang-alik tanpa jemu, 2nd week of Dec'10 tu….
Sekali...

^





^



^



Ada plak promo tuk Dec’10.happy nye!!!! Terus loncat-loncat.hehe
Terus sms tauke serindit photo,Hasirol. Dan book time.
Kononnya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan lah.hehe
Masa dah booked tu, tak bagitau papa lagi.tapi, dah plan nak amik cuti dan bagitau papa yg mama dah plan something tuk anniversary.dan, papa setuju jek..hehe

Seminggu before PS tu, gigih cari baju yg sesuai dan tema warna pilihan.
Kebetulan, anak sedara mama Ain mmg suka bergambar. So, ajak dia join sekali tuk PS tu.kire Ain ni tumpang-tumpang amik gambar lah. At least, dia bleh guna gambar ni tuk portfolio dia.

oleh kerana promo serinditphoto ni tuk weekdays jek, maka mama terpaksa lah amik cuti. Kebetulan 27/01 tu papa cuti ganti tuk xmas kan.
So, mmg cantek sgt lah…
Plan asal, Ahad mmg nak bawak Zahra gi zoo. Tp, memandangkan studio serinditphoto tu kat setapak dan dekat plak nak ke ulu kelang, maka batalkan plan nak ke zoo ahad tu dan postpone ke isnin.hehehe

[gambar kat zoo entry lain eyh…]

kononnya, teringinlah nak buat PS cenggini..
sexy kan??

kiut kan?
best kan?
tapi, malangnya tak dapatlah nak buat cenggini.
kalo perut tu cantik suci murni cam model kat atas tu, takde hal lah. ni perut lawa sikit jek dari buntot kuali.hehe
so, toksah nak berangan!!!
buat photographer muntah jek nak shoot gambar perut mama yg ada strech mark tuh.hahaha

so, dengan rendah dirinya...mama nak mempersembahkan…
Gambar sepanjang PS di studio serinditphoto…
layan gambar jek, malas nak type entry..hehe
TQ hasirol!!!sgt awesome lah awak punya hasil tembakan. i likeee~











okeh, cukup tak?
kalo nak tengok banyak2, sila ke FB mama eyh...

mama plan nak print photobook tuk Maternity PS ni. korang tahu tak, mana nak buat photobook dgn harga berpatutan??
nak simpan sebagai kenang-kenangan jadi rinduan gitu!!hehhe 



love: mamazahra ^__^

Wednesday 5 January 2011

Hari Ke-2 Zahra kat Pasti Al-Mawaddah

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua Zahra sekolah.
hantar pagi tadi, masih nangis cam semalam.
mujur ibu tolong pujuk Zahra masuk kelas.
masa papa,mama & ibu tinggalkan sekolah, Zahra masih nangis meraung.
tapi, Cikgu Rohani suruh mama balik jek sebab hari ni parents tak dibenarkan menunggu. biar cikgu-cikgu handle bebudak yang nangis.
risau gak mama tinggalkan Zahra dengan menangis meraung camtu. dahlah Zahra demam. malam semalam, 4kali Zahra muntah, badan pun hangat sikit.
tapi, biarlah Zahra belajar berdikari. sampai bila nak berkepit ngan mama jek kan.
walaupun berat hati nak tinggalkan Zahra kat sekolah, tapi mama keringkan gak hati ni.huhuhu
sampai kat rumah, mama yang macam nak demam.
mungkin sebab letih tuam zahra malam semalam atau sebab tak sanggup tinggalkan Zahra kat sekolah.hehe
kul 9.30pg, mama drive gi sekolah Zahra. kononnya nak pantau Zahra.
waktu tu, rehat. dari jauh mama nampak Zahra & kazen dia, Fitri berdiri kat tepi pagar. bukan menangis kat pagar, tapi tengah main.hehehe
sejuk sikit hati tengok Zahra dah berhenti menangis.
mama tak keluar pun dari kereta, perhati Zahra dari jauh jek.
tak sampai 10minit, mama drive balik, dalam kereta airmata dah bercucuran. mama lak yang buat drama airmata.hukhuk
sebak pulak hati bila tengok Zahra dah "big girl". dah sekolah dan tak menangis lagi.
lama gak lah, nak bagi airmata tu stop.masa singgah umah Andak pun, dia siap gelakkan mama.baru anak masuk tadika dah nangis, belum masuk darjah 1 lg.ekeke
walaupun hati dah lega zahra dah stop nangis. hati masih tak tenteram, dok teringat Zahra jek.huhuhu
kul 11.30pg, masa jemput Zahra dari jauh nampak Andak dah pimpim Zahra.
rasa sebak sekali lagi bila nampak Zahra menghala ke arah mama. ntah, rasa semacam. rasa cam, Zahra betul-betul dah besar.rasa cam tak percaya jek.hehehe
balik tu, bawak Zahra singgah kedai. bagi dia happy.
pasrt paling seronok, bila sembang ngan Zahra. cerita kisah kat sekolah.
harao-harap, esok Zahra tak meragam. plan esok nak bayar yuran pendaftaran dan beli uniform Zahra.
walopon ibuzahra suruh tunggu next week, tapi gerak hati mama cakap...Zahra nak sekolah. so, redha jek la. kalo dia meragam sekali pun, kena pujuk gak lah.
Zahra mesti belajar sesuatu. even lom pandai membaca sekali pun, at least Zahra belajar berdikari.itu dah cukup bagi mama.
so, sok pagi kena pujuk Zahra gi school. harap tak mogok dah.

gambar???takde. tak sempat nak snap. esok lah, tunggu Zahra dah pakai uniform sekolah eyh...


love: mamazahra ^__^

Cerita Anniversary.... impian menjadi realiti

ececeh!!tajuk tak hengat kan...
macam nak show off jek..no..no..no..
tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk.
nak riak apetah lagi kan...
tapi, cam motto rancangan TV realiti pun ada gak kan.hehe
tapi, mama sedang berada dalam mood "happy+bersyukur" sbb apa yang mama impikan tuk tahun 2010, semuanya menjadi realiti..
walaupun, tidak seindah mana bagi sesetengah orang.hehe :P

walaupun semuanya sederhana je, tapi mama bahagia sgt-sgt.
apa yang mama nak buat, menjadi.heeee :D

jom kita layan cerita anibeseri mama dan papa, 24-12-2010 hari tu.layyyaaannnn!!!!

(i) Bonus akhir tahun
1st of all, nak panjatkan syukur pada-Nya, atas limpahan rezeki hujung-hujung tahun.
Alhamdulillah syukur...Company mama bagi setiap seorang bonus tuk 2010 ni.
yang paling bestnya...
mama terima Bonus akhir tahun aritu bersempena hari ulangtahun perkahwinan mama & papa 24-12-2010.
jumlah yg diterima adalah lebih sikit jek dari tahun lepas, tapi bagi orang yang bergaji kecik cam mama ni, bila dapat duit selonggok cenggitu opkos lah happy kan. pada orang lain, 4-1 bulan bonus yg mama terima ni sama dgn derang punya sebulan gaji jek, orang kata, "celah gigi jek".hehehe. nape 4-1?? sbb 1bln tu dah terima masa nak sambut raya puasa as festival advance. so, total mama terima lebih kurang 3bulan jek.
tapi, mama bersyukur sesangat dah.ini lah rezeki anak-anak. rezeki zahra dan lil DZ. at least, dengan bonus yang mama dapat ni boleh lah kurangkan sikit beban papa tuk sediakan keperluan sekolah zahra tuk next year dan keperluan tuk menyambut kehadiran lil DZ dalam keluarga kecil kami ni.
setakat ni, persiapan adalah 90% siap tuk lil DZ dan persediaan sekolah zahra by this week kami cuba setelkan.
24-12-2010 tu, bukan mama jek yang terima bonus. papa pun dapat jugak. Alhamdulillah lagi sekali.walopon cuma 1bulan bonus, itu pun dah mencukupi tuk meringankan perbelanjaan kami.
ye lah, tahun baru tanggungjawab baru. anak semakin bertambah, zahra pulak dah nak masuk sekolah. yuran tadika sekarang bukan cam dolu-dolu, mahal setanding sekolah rendah jugak tau. lagi pasneh, si kecik dalam perut ni pun nak kena hantar nursery. harap-harap, tahun 2010 nanti gaji naik lebih sikit lah.amin :)

okeh, cerita pasal anibeseri eyh..
mama plan nak buat surprise tuk papa kan???
jadi ke tak??

ofkos lah..

^

^

^

^

^

TAK MENJADI!!!hehehe
malam tu, mama pening kepala. tatau nape ntah. ye-ye jek plan nak potong kek tengah-tengah malam buta.bajet nak beromantika d amor lah.hehe
sekali, kul 11mlm mama dah terlelap.ekeke
mama pulak yang surprise, bila mama terjaga jek, dah pukul 3pagi.wakaka
padahal dah pasang alarm nak bangun kul 12.sekali tak tersedar lah.sedar jek, pukul tiga pagi.muahaha
so, cancel lah surprise sbb papa pun dah lena kat sebelah.kesian plak nak kejutkan dia.
mama bangun tuk tulis kad besday & buat entry tuk anibeseri kami... susah tu nak buat kata-kata jiwang cenggitu..bukan selalu.hehehe

so, mama hanya wish happy anniversary plus besday wishes lepas subuh jek.hehe
kek anniversary pun kami potong sebelum gi keje... tak best langsung kan??hehe


(ii) Anniversary cake
Red Velvet kek tuk 4th anniversary mama & papa jadi kenyataan.Alhamdulillah.
TQ aunty nani rostam. Sedap sgt kek tu!!!
mama sms aunty nani pun dah lambat, kalo tak silap hari selasa lepas. then mintak nak amik kek khamis petang. sure aunty nani tungkus lumus siapkan kek mama.Terima kassih banyak-banyak.
semua yang makan kek tu, suka sgt sbb kek tu tak berapa manis tapi sgt2 sedap.
inilah rupa red velvet cake with mascaphorne cheese [eh, betul ke mama eja mendalah ni.hantam sajalah.hehe]
hasil tangan Aunty Nani, mama Hanis Zalikha.
terbaeeekkkk!!!!

kami dah 4tahun bersama.amin :)

mama dah cam hape ntah kan??buwok benor rupa mama.ekeke
dan....

inilah red velvet cake...siap ada stoberi fresh tau.

maaf, warna dlm gambar tak sama kat luaran.maklumlah, guna kamera henpon papa jek.
syukurlah dari takde.hehehe :P


p/s: n3 ni dah berkali2 dok edit, tp xdpt nk publish coz tenet sgt slow cam siput sedut.gerrammm!!!tunggulah n3 basi dari mama.hikhik

update: 2-1-2011, masih lagi takleh nak upload gambar anibeseri ni.gerraaammmmm!!!!!blogspot punye masalah, atau berukben ni yg lembabs?????hadoi la!!!

p/s: Alhamdulillah, dapat gak update n3 ni :D [gaya bahasa entry ni cam sedang berlaku jek kan??padahal dah berlalu almost 2weeks.hantam sajalah.anggap jek ini entry fresh dari oven.ekeke]

love: mamazahra ^__^

Tuesday 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan Nur Dhia Zahra

Salam.
dah lama tak bersiaran kan, siaran tergendala sementara lah.puan punya belog busy melayan anak daranya yang baru masuk sekolah hari ni.hehehe
mama amik cuti since Isnin [punyalah excited wehh.hikhik], tuk buat persediaan sekolah Zahra.
Hari ni, hari pendaftaran sekolah Zahra kat PASTI Al-Mawaddah.
actually, dari malam semalam lagi mama dah agak akan berlaku drama air mata kat sekolah sbb Zahra taknak try pakai tudung.
nangis-nangis taknak cuba tudung yang baru beli tu.
kalo korang perasan, zahra memang dari kecik tak berapa suka pakai topi or tudung.
bukan mama tak cuba, tapi zahra boleh bertahan 5minit jek,pastu topi/tudung dah campak ntah kemana.
so, awal pagi tadi. masa bangunkan Zahra cam senang sikit.
mebi sbb Isnin tu dah praktis bangun pagi.
pagi tadi, bangun siap bleh gelak-gelak sebab mama sakat dia.hehehe [tektik neh.ekeke]
tapi drama airmata bermula bila mama suruh pakai tudung.
sampai kat sekolah kul 8pg, ramai parents dah Q nak daftar.
time tu airmata dah berjurai-jurai sbb Zahra takmo pakai tudung gak.
sampai mama dah naik fed-up nak pujuk.sudahnya pasrah.ajak papa balik jek.
otw balik umah, sempat singgah gi beli bekfes.
masa tengah bekfes, ibu zahra suruh pergi sekolah semula. Ibu pujuk Zahra pakai tudung, baru Zahra nak.
so, pas bekfes pergi sekolah zahra semula.
pujuk Zahra masuk, tetap nanges.
mama slowtalk ngan cikgu pengetua.
then, Cikgu Laili cakap try seminggu as trial period. if zahra OK, dan nak sekolah.baru bayar yuran since budak 4 tahun cuma 3 orang jek. so, Cikgu terpaksa combine kelas 4tahun dgn kelas 5tahun since kekurangan cikgu buat masa ni.
kalo Zahra still meragam after a weeks, tahun depan jek sekolah.hehehe
mujur cikgu paham.
so, pas cikgu suruh masuk kelas, zahra dah start menangis meraung.
buat leceh betul, malu kat parents lain.walopon ada gak budak lain yg nangis.
since sepupu Zahra, Harith Fitri ada dalam kelas 5tahun tu, ingat senang lah nak pujuk Zahra.
tapi, takde maknanya. tak makan saman. nangis non-stop.
sudahnya, mama surrender. call ibuzahra mintak dia datang pujuk.
Alhamdulillah, pas ibu pujuk Zahra nak masuk kelas dan duduk belajar.dengan syarat ibu ada depan mata.
mama dan papa dah nyorok dalam kereta time tu.
sebab cikgu cakap, kalo zahra namoak mama dan papa lagi dia meraung nanti.so,kami nyorok.hehe
kul 10.50pg, ibu terpaksa balik sbb nak jemput Angah Irfan balik sekolah agama.
so, mama amik alih tugas jenguk Zahra.
bila Zahra nampak mama, terus berlaku drama airmata lagi.
langsung berlari keluar kelas dan dok peluk mama.aduhai.time tu jenuh pujuk Zahra masuk kelas semula sbb kelas abes kul 11.30pg.
tapi... tak makan saman. taknak masuk kelas langsung.
so, selama 1/2jam tu Zahra dok kat luar kelas ngan mama.huhuhu
harapnya., sok zahra dah OK. khamis mama dah start keje, jangan dia meraung kat kelas lagi udah ler.
terpaksalah ibu masuk kelas sekali gamaknya.hehehe
tapi, Zahra dah nak pakai tudung tau.
hari ni, masa teman mama check up 36weeks kt UMRA pas abes sekolah, Zahra dah nak pakai tudung.itu pun selepas diugut, if tak pakai tudung, takleh ikut.hahaha
so, sampai petang tadi nak ke playground dan malam ni kuar gi dinner pun, zahra nak pakai tudung. Alhamdulillah... harap berterusanlah...pasneh, gigih carik stok tudung tuk cik zahra plak.ekeke

gambar zahra kat sekolah tadi, sok jek lah mama update eyh!!!!
mlm ni cam tak larat dah nak menunggu upload. itupun kalo bleh upload lah kan.hehehe




love: mamazahra ^__^

Sunday 2 January 2011

Goodbye 2010 and Happy New Year 2011 u ols!!!!

makaiih, dah 2nd day of new year baru mama hegeh-hegeh nak wish.
takpe lah kan, orang kata 'jangan tidak', ye tak???ekeke
sorry lah, biarkan belog ni berkepam tak berupdate.
bukan azam tahun baru mama eyh, nak tutup belog.hahaha
1st of all, nak say bye bye kat 2010 yang dah kita tinggalkan 2 hari lepas.
banyak woh kenangan sepanjang 2010. pahit manis masam masin, semua ada.
tapi, tu semua lah yang mematangkan kita.betul tak?
diharap 2011, akan lebih baik dari 2010. dan 2011 akan menjanjikan kebahagiaan, kejayaan, kegembiraan dan kekayaan kepada kita semua.amin.
lately, banyak sebenarnya cerita nak dikongsi. cerita anibeseri mama & papa, cerita Maternity Photoshoot yang berjaya mama buat.Alhamdulillah...
cerita 'rombongan cik kiah pekasam' ke Zoo Negara dan cerita shopping barang sekolah Dhia Zahra dan kelengkapan menyambut lil DZ.dan macam-macam lagi lah.
mama dah draft, tapi gambar takleh nak upload. tatau apesal ntah. so, tangguh lah dulu segala entry tu eyh..
at least, bleh gak nanti kita imbau apa yang kita buat sepanjang 2010.ye tak??
apa-apa jek lah, mama.belog mama, ikut suka mama lah nak cerita apa.
entry ni pun, kosong je. tak bergambar. jenuh lah dok google gambar Happy New Year 2011, siap ada bunga api segala, sekali takleh gak nak upload. simpan tuk tahun depan jek la.hehe
agaknya sebab berukben mama (cik selkom) dan berukben papa(cik massiss) lembabs cam siput sedut, tu yang mama tak dan nak update. dah capai max capacity katanya. saje lah tu, nak suruh mama upgrade. boleh jalan daaaa!!! nak terminate ada. namun nak upgrade, mmg tak de lah. susah-payah jek bayar bil tenet, tapi sekali-sekala jek boleh online. kalo boleh connect pun, slow lembab bab bab.buat sakit hati jek...


apa pun, nak wish sekali lagi HAPPY NEW YEAR 2011!!!! moga kamu,pembaca belog mama terutamanya akan bertambah bahagia tahun ni...amin.

love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!