Ibnu Mas’ud Al Anshari Al Badri r.a meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bersabdanya: “Orang yang paling berhak menjadi imam dari suatu kaum adalah orang yang terpandai membaca Kitab Allah diantara mereka. Jika mereka sama taraf dari segi bacaan. maka yang lebih mengetahuai tentang sunnah.”
(riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a , katanya:
 “Adalah para pembaca Al Quran hadir di dalam majlis Sayidina Umar r.a bermusyawarah dengannya, terdiri dari orang tua dan pemuda.”
(Riwayat Bukhari )

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
(Riwayat Muslim)

?َ?ْ ?َ?ِ?ْ ?َ?ٍّ ??? ???? ??? ??? : ??? ????ُ ???? ??? ???? ???? ???? : ?َ? ?َ?َ? ?َ?ٍّ ، ??َ?ْ ?َ?ْ?ُ?َ ?َ???َ?َ?َّ?َ ?َ???َ?ً ?ِ?ْ ?ِ?????َ??ِ ????ِ ?َ?ْ?ٌ ?َ?َ ?ِ?ْ ?َ?ْ ???ُ?َ?ِّ?َ ?ِ????َ?َ ?َ?ْ?????َ?ٍ . ??َ?ْ ?َ?ْ?ُ?َ ?َ???َ?َ?َّ?َ ?َ????ً? ?ِ?َ ??ْ?ِ?ْ?ِ ، ?َ?ِ?َ ?َ?ْ ?َ?ْ ?َ?ْ?َ?ْ ، ?َ?ْ?ٌ ?ِ?ْ ?َ?ْ ???ُ?َ?ِّ?َ ?َ ?ْ???َ ?َ?ْ?????َ?ٍ 
(???? ??? ???? ???? ???)
Daripada Abu Zar ra berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Wahai Abu Zar , hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 100 rakaat… Hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu bab (tajuk) ilmu, sama ada engkau dapat mengamalkannya atau tidak mengamalkannya, adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 1000 rakaat”
(riwayat Ibnu Majah)

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.
(Riwayat Muslim)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

?? ???? ?? ??? ???? ?? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ??? ???? ??? ??????? ?? ???? ??? ?? ??? ???? ?? ????:" ????? ???? ???? ??????". ???? ???? ?? ??? ?????? ???? ?? ?????، ???:" ??? ???? ??? ?????". ???? ?????? ??????? ??? ??? ????? ??? ?????? . (???? ????? ?????? ??????? ???????? ???????? ???????? ???? ????)

Daripada Jabir bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya :
“yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah s.a.w bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah s.a.w memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali .

3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga .

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat .

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela .

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga .

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat .

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin .

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka .

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit .

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu .

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran .

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat .

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup .

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti .

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan .

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah s.a.w keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka baginda bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah s.a.w: “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”.
(Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
Hit: 38 Laman Asal