;

Sunday, February 5, 2017

Penantian 'Sabar itu Indah'

Segala puji bagi Allah dan junjungan Nabi Muhammad saw.

Bismillah.
Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahuakbar.

Hati mana tak gembira selama apa yang dinanti bakal tiba. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. 26 Januari 2017, genap usia perkahwinan ku dengan suami tercinta Amshar. Gembiranya kami kerana dah 4 tahun bersama.
 Jumaat penuh barakah 3 Februari 2017, hati tergerak memikirkan sesuatu. Mencari upt, cari punya cari akhirnya jumpa. Tapi sedih sebab dah expired bulan 12 tahun lepas. Allahuakbar, I still wanna try. Sekali positif tapi tak berapa clear. Cepat-cepat beritahu en hubby. Dia pun kat hospital. Disebabkan dah malam dan on the way balik kerja, singgahlah beli upt kat klinik.
Test kali kedua, still ada garis tapi samar2..
Esok after balik kursus, terus pergi klinik.
Doctor said, adik u pregnant. Alhamdulillah, bersyukur sangat.
Nanti kita update entri baru..👼🏻❤️💑

Saturday, February 7, 2015

Pengorbananmu

Aku selalu melihat pengorbananmu
Dikala susah hadirnya dirimu

Aku selalu melihat pengorbananmu
Dikala aku jatuh sakit hadirnya dirimu

Aku selalu melihat pengorbananmu
Dikala aku menangis adanya bahumu

Aku selalu melihat pengorbananmu
Dikala aku buntu hadirnya dirimu

Tuesday, December 30, 2014

Bunga-bunga Cinta

Entri pertama dan terakhir tahun 2014.

Assalamualaikum. Lama betul tak update blog ni. Kisah suka duka tak banyak dikongsikan. InshaAllah tak lama lagi kena buat rph guna blog. So, aktive balik la blog ni..heee..

Sepanjang hampir 2 tahun usia perkahwinan bersama suami tersayang inilah bunga-bunga yang encik suami bagi. Walaupun layu dan kering, cinta dan sayang tetap mekar disanubari.. Cewaah..hihi..

Moga tahun baru lebih diberkati dan diredhai Allah swt..inshaAllah,
Aamiin ya rabbal alamin❤️

Thursday, February 14, 2013

Dah kahwin??

Syukur alhamdulillah..dah bernikah dgn lelaki yg dicintai..Cewah,ayat power ni..hee.. Syukur pd Allah swt yg telah mengizinkan dan segalanya telah dipermudahkan. Lama tak update blog pasal kena hacked.ni tak tau la kalau kat laptop boleh bukak ke tak.. Post kali ni ringkas,pjg umur inshaAllah nak coret pjg lebar..moga Allah memberkati entri kali ni.Tungguuuu...hihihi

Tuesday, July 24, 2012

Dia mengingatkan tentang rezeki..

Assalamualaikum..lama dah tak update entry nih. Blog yang agak terbiar. Sunyi jer kan. Tapi tak apa. Sunyi itu indah, dia kata macam tu. Tak perlu nak cerita semuanya yang berlaku dalam hidup kepada semua orang. Dia pesan lagi. Betul gak tu. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Tapi bila datang bulan yang mulia bulan Ramadhan memang terasa rindu sangat kat blog nih. Iznkan saya berceloteh diruangan ini? 

Ramadhan penuh barakah. Betul tu..dah macam-macam aku lalui sepanjang tahun ini. Syukur pada Allah swt kerana masih memberikan nafas yang pendek ini untuk terus menghela nafas panjang walaupun selalu diberi bantuan untuk terus berfungsi. Terima kasih sistem pernafasanku terutamanya peparu dengan izin Allah swt dia masih berfungsi.

Disaat ini aku ingin berkongsi mengenai rezeki aku dalam beberapa bulan kebelangan ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt yang diberi kepada memerlukan sedikit tapi yang dapat balik berganda. Maha Suci Allah, aku amat bersyukur. Dengan berkat membaca Surah Al-Waqiah diwaktu malam dan beberapa doa, rezeki bagaikan mencurah-curah. Syukur....

Dia juga yang menghadiah buku doa dan sentiasa mengingatkan diri ini untuk bersedekah ke jalan Allah. Memberi kepada sesiapa yang memerlukan. InsyaAllah, tidak pernah dilupakan. Antara doa yang selalu dibaca selepas solat yang 

DOA MOHON REZEKI DAN NUR HIDAYAH

bermaksud:

"Segala pujian bagi Alla yang menjadikan siang hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki yang baik pada hari ini,dan jauhkan dariku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hatiku dengan nur hidayah, sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Bukan susah untuk berdoa tapi janganlah hanya berdoa tanpa usaha. Carilah rezeki yang halal. InshaAllah diberkati. Lagi-lagi bagi duit kat mak ayah. Memang berganda-ganda rezeki Allah swt akan berikan pada kita. 

Itu sahaja untuk entry kali nih..nanti ada masa update lagi...;) selamat berpuasa:)




Tuesday, June 19, 2012

Semua yang berlaku kehendakNya..

Banyak yang telah berlaku dalam hidup aku. Bermula daripada kemalangan abah dan mak. Itu episod pertama dugaan dan kesedihan yang terus berlaku sehingga berakhirnya sebuah kemanisan yang aku rasai sehingga hari ini..Semoga akan terus manis dan tiada lagi pahit yang akan aku rasakan. Sekiranya Allah swt ingin menduga dan menguji aku lagi, aku redha dengan mehnah dunia. Lumrah hidup sebagai hambaNya yang lemah.


Aku mengambil iktibar dan menjadikan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup aku. Selepas abah dan mak kemalangan, aku pula ditimpa musibah. Aku mengalami kemalangan jalan raya juga. Aku melanggar kereta akibat brek kereta tidak berfungsi dengan baik.Kejadian berlaku pada bulan Januari. Mak dan abah masih di hospital.


Bulan Februari pula mengisahkan aku yang asyik demam dimasukkan ke dalam wad akibat demam yang berlarutan sehinggalah aku pengsan di bahagian kecemasan. Lelah aku juga semakin teruk. Aku dipindahkan ke bahagian separa kritikal. Aku disyaki demam denggi. Setelah 2 hari di wad, aku didapati mengidap demam campak dan jangkitan kuman pada paru-paru. Pada masa yang sama Angah melahirkan Ammar. Ammar sempena gabungan nama aku dan Amshar. 


Bulan Mac di sambut dengan penuh debaran. Akhirnya kemanisan bermula apabila abah sudah boleh dibawa kerumah. Kemanisan terus dirasai dalam hidup aku. Amshar menyuntingku sebagai tunangnya. Meriah majlis pertunangan kami. Amshar setia dan sentiasa ada semasa aku menangis dan gembira. Insan yang sentiasa memahami keadaan aku, Walaupun jauh, dia sentiasa menenangkan jiwa ini. 


17 Jun 2012, Genap tiga bulan kami bertunang..18 Jun 2012 dia melaporkan diri di Hospital Selayang. Doaku telah Allah swt kabulkan. Semoga dia dapat bekerja dan meninba ilmu serta pengalaman. Itulah yang terbaik buat dirinya dan juga aku bakal isterinya satu hari nanti, inshaAllah. Kebahagiaan dan kegembiraan milik Allah tapi aku sebagai hambaNya berdoa untuk mendapatkannya. 


Semoga selepas ini, banyak lagi sinar dan kemanisan dalam hidup ini.. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya. Alhamdulillah,syukur dengan nikmat kuniaanMu..Amin

Friday, May 11, 2012

I do not know..

"Why? give me the answer..
I said I do not know. It just happened without my control.
I'm sorry. I hurt you this time but I promise it never happen again"
Manusia takkan lari daripada buat salah dan silap.
Tapi hati masih tak dapat menipu.
I'm still waiting for you but you never give me any chances about it.
That is about time and my future. I know that I did the decision about this.
But please understand my heart for this timing. not only this time but forever.
Please think it again..please..
I do not know. full stop.
No..no.. you still the same person.
I admit I did wrong but
I will be the person that always in your heart.
Please give me the feeling again.
You are such kind women I never had met before.
Never change.

Apa salah aku?
I do not know..the best statement..

I'm so sorry..never think about you..I'm happy when you are happy..
Never change..love..


Related Posts with Thumbnails