apalah ertinya amal ini jika kerana manusia |
jadi hari ini.. ana nak berbicara berkenaan ikhlas dengan sahabat2 semua... insyaAllah yer...
Belajar menjadi ikhlas ? Ya . Kenapa saya katakan demikian , coz ikhlas ini perlu belajar dan ikhlas juga mesti dilatih pada hati kita !
Bukan senang untuk dapatkan keikhlasan hati . Berapa ramai dalam kalangan kita melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAH . Anda ikhlas ? Saya tidak kata anda salah satunya . Baguslah kalau kita yakin kita melakukan kerja dengan ikhlas . Tapi semakin kita katakan yang kita ikhlas , semakin keikhlasan itu lari daripada kita .
Ikhlas ni adalah sesuatu perkara yang sangat susah untuk kita dapat . Hatta kalau kita dapat sekalipun , ikhlas itu takkan kekal lama , 'dia' akan datang dan pergi . Keikhlasan hati itu akan sentiasa berperang dengan diri kita .
Andai kita sedang yakinkan diri ketika kita tengah berperang antara ikhlas dan ria' , itulah ikhlas . Contohnya , kalau kita tersedar apa yang kita buat bukan kerana ALLAH , tapi ada unsur-unsur duniawi atau kerana manusia , kita pon try untuk ubah niat 'aku buat kerana ALLAH' . Masa kamu melawan ria' itulah ikhlas , kerana kamu berusaha menjauhkan diri kamu daripada ria' .
Apabila kita melakukan sesuatu untuk kepentingan diri , hawa nafsu dan dunia , keikhlasan itu akan lari daripada kita . Contohnya , seseorang yang berdakwah di bawah jamaah , boleh jadi apa yang dia buat bukan kerana ALLAH tapi kerana jemaah itu sendiri . Sebab itu kita kena berhati-hati dengan niat . Sentiasa tajdid niat kerana ikhlas itu datang dan pergi .
Orang yang dah berkali-kali melakukan kebaikan yang sama pun kena sentiasa tajdid niat , kerana apa yang saya katakan , IKHLAS DATANG DAN PERGI !
Contohnya wanita yang memakai purdah , pada mulanya memang niat kerana ALLAH . Sampai satu masa , dia perasan bahawa ramai orang yang memandang dia bila memakai purdah , mungkin timbul perasaan bahawa dia adalah orang yang 'alim' dalam kalangan mereka yang lain atau dia kelihatan cantik bila memakai purdah dan semenjak itu si dia suka sangat memakai purdah tanpa sedari sudah lari dari niat asal . Ikhlas tu lagi lah hilang . See ? Betapa pentingnya kita untuk tajdid niat setiap hari .
Salah satu ciri orang yang ikhlas , dia akan lupa pada kebaikan yang pernah dia buat pada waktu lepas dan tidak pernah mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukannya kepada orang lain . Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 264 ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat"
Niat kita juga tidak boleh dicampurkan antara akhirat dan duniawi . Saya bagi satu analogi , terdapat satu gelas air kosong yang sangat jernih airnya , kemudian kita mencampurkan air itu dengan air teh . Pasti kejernihan air kosong tadi tercemar akibat warna air teh yang dicampurkan tadi . Nampak tak kesannya apabila kita campur-adukkan sesuatu perkara . Buatlah sesuatu perkara kerana ALLAH sahaja . InsyaALLAH kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat
Nak menjaga niat ini merangkumi semua perkara , sampaikan kita sedih pun ALLAH menilai niat kesedihan kita itu . Adakah kamu menangis kerana ALLAH atau kerana dunia semata-mata ? Apakah sebab kesedihan kamu dek kerana gagal dalam peperiksaan ? Adakah malu pada kawan-kawan ? Atau sedih sebab akan lambat untuk habiskan madah ? Maka , kamu hanya mendapat kesedihan sahaja , tidak memberi apa-apa manfaat pada ALLAH .
Pada zaman nabi , terdapat satu kisah para sahabat menangis kerana ALLAH .
"Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah)
[at-Taubah : 92]
Betapa hebatnya mereka menangis kerana ALLAH . Pernah tak kita sedih sebab sesuatu perkara kerana ALLAH ? Apabila kita gagal dalam peperiksaan , pernah tak kita menangis sebab kita akan lambat habis belajar untuk berdakwah pada masyarakat ? Astaghfirullah al'azim . Saya sendiri tidak pernah terfikir .
Ketahuilah , setiap musibah yang ALLAH beri pada kita ada 3 sebab ;
- menguji kita samada kita beriman dan sabar dengan ujian ataupun tidak .
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"
[al-Baqarah : 214]
- sebagai kafarah dosa-dosa kita yang dahulu .
- ALLAH rindu permohonan dan doa hambanya .
Saya nak kongsikan satu hadis yang bagi saya sangat memberi kesan pada diri .
Dari Umar bin Khattab meriwayatkan bahawa pada suatu hari dia pergi ke Masjid Nabawi dan mendapati Muadz bin Jabal sedang duduk dekat kubran Rasulullah SAW sambil menangis . Umar bertanya padanya , "apa yang menyebabkan engkau menangis?" Muadz menjawab , "aku menangis kerana sesuatu yang telah ku dengar dari Rasulullah SAW bersabda , "sesungguhnya seringan-ringan ria' adalah syirik , dan sesngguhnya barangsiapa yang memusuhi wali ALLAH , maka sesungguhnya ia telah menyatakan perang kepada ALLAH . Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang suka berbuat amal solih , yang selalu takut (kepada-Nya) , dan yang tidak terkenal . Apabila mereka tidak hadir , mereka tidak pernah dicari , dan apabila mereka hadir , mereka tidak pernah dipanggil dan tidak dikenal . Hati mereka laksana peliya-pelita hidayah , mereka keluar dari segala debu-debu kegelapan ."[Ibnu Majah,Thabrani,Hakim]
Pada zaman dahulu , kebanyakan mereka yang menulis buku tidak meletakkan nama mereka kerana dikhuatiri akan timbul ria' . Mereka lebih mementingkan niat mereka iaitu untuk berdakwah tanpa ingin dikenali . Berbanding dengan zaman sekarang ini , berapa ramai yang belajar dengan ikhlas ? Berapa ramai yang pergi ke majlis-majlis ilmu kerana ALLAH atau hanya ingin dikenali sebagai orang yang alim ? Ingatlah , penyakit ria' itu sangat-sangat ditakuti Rasulullah SAW .
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata:” Syirik khafi(ria') iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”[Riwayat Ibnu Majah]
benarlah ikhlas itu sukar.. kerana ganjarannya syurga.. subhanAllah.. cubalah.. walau pun payah... semata2 kerana Allah... Pencipta kita yang Maha Besar.. peringatan bersama.. terutamanya pada diri yang sangat2 dhaif ini..
wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment