Senarai Blog Saya

Sabtu, 18 Disember 2010

APA NAK CERITA NI

Sudah setahun rasanya selepas blog ni aku lancarkan ,aku tak dapat buat apa-apa.Ni bukan apa tengah memerah otak  apa nak aku paparkan disini.Sebenarnya banyak yang boleh aku paparkan cuma masa yang tak kecukupan. semakin senja ni kudratnya semakin mengurang.terutama bebola mataku semakin kecut,kurang pemfokusan terhadap PC ni.

Tapi oleh kerana ilmu pengoperasian komputer masih menebal aku tak akan sesiakan, masa lapang mesti diisi
dulu masa di sekolah datok sulaiman akulah guru pengasas kelab komputer sekolah,yang menjaga bilik IT, yang menjadi  guru penasihat kelab IT, yang menyenlenggarakan laman web sekolah. hari-hari kena upload bahan aktiviti sekolah SMKDS.

Ramai juga ahli-ahli kelab komputer yang telah berjaya aku bimbing antaranya Mohd .Faiq Bin Hj. Sidik... kabarnyasekarang DR.Md.Faik.... entahlah di mana dia bertugas sekarang. Beliau sangat gigih fasal komputer,, saya ajar sikit dia tahu banyak... saya baru tunjukan bagaimana nak buat laman web, dia dah buat dulu....dia  rajin mencuba dan berusaha ..
Dr.Faiq... awak dimana sekarang kalau terjumpa blog saya ni tolong hubungi saya di email,mohdsindi@yahoo.com.my atau jbm2097@gmail.com.. atau telefon HP : 0177100576...okey

Dulu nak buat web site punyalah susah bukanya ada buku panduan kalau ada, pun buku bahasa Inggeris server yang popular hanya geocities,tripod nak uplod gambar kena scan dulu gambarnya.Hari ini macam-macam panduan  di internet mintak tolong aje deng Pak Googele tekan keyword "belajar buat blog"  dekat seach....menyerbu datang web site blog nak tunjuk toturial, bahasa indonesia pun banyak

Sekarang ni kalau pandai buat blog dalam bahasa Inggeris pulak boleh dapat duit, Pak Google adsense bagi duit kat kita.Ada ramai orang yang jadi jutawan kerana buat blog saja , tak payah kerja kerajaan kerja kat rumah saja senang lenang duit USD masuk kedalam paypal kita ...uuuuuh untungnya , tap kena rajin bersemangat tinggi macan Saudara Irfan Khairi tu.


Rabu, 19 Ogos 2009

Selasa, 18 Ogos 2009

YANG BERSARA "YB"

RABU : 19.08.2009 :11.00 
 Aku dah lama bersara dari pekerjaan ku  seorang pendidik.,kira kira 6 tahun lamanya.Dulu masa menjadi pendidik  kerja bertimpa-timpa banyaknya, hari-hari memikirkan apa nak aku ajar besuk. Itu belum aktiviti kokunya lagi Hari ni lapang  rasanya dari segala bebanan kerja. Tapi lama-lama jadi "YB" ini bosan juga. Untuk menghilangkan kebosanan aku pernah cuba untuk memohon mengajar semula melalui program guru  secara kontrak yang di panggil KGSK (Kesatuan Guru Simpanan Kebangsaan) Seronok jugak mengajar semula walaupun cuma dua bulan kekadang sebulan bergantung kepada guru yang kita ganti atau kekosongan.Gajinya lumayan juga , satu hari kerja RM110.00 , kalau sebulan  mengajar 20 hari banyak juga.Sekolah yang pernah aku  bertugas selepas jadi "YB" ialah  SK Parit Bilal, tahun 2004 selama 2 bulan, SKTIB  tahun 2004 selama 1/2 bulan, SMK Tongkang Pecah tahun 2005 selama 2 bulan, SMK Penghulu Saat Tahun 2005 selama 2 bulan, Smk Tun Ismail 2005 selama 2 bulan dan SMK Tun Aminah 2006 selam satu tahun.