Sunday, January 1, 2012

X-P-RIANS

"pengalaman aku takkan sama dengan sape-sape pun - melainkan mereka yang perangai macam aku."

hai all..
banyak perkara yang kita alami... tak kisah sebesar gajah, dan sekecil semut ia tetap jadi satu tulisan. satu corak anyaman dalam melukis perjalanan hidup kita. jauh mana kita buang kepahitan itu. sedekat mana cuba kita tidak melupakannya. semua dah jadi satu ikatan dalam memori. kadangkala kita akan terlupakannya sebentar dan kadangkala ia akan tiba-tiba menerjah dalam kepala kita. memori-memori tu buat kita tersenyum dan menangis sendiri. kita tak sedar kita tiba-tiba mengukir senyuman akibat kesan KUAT DAN KUKUHNYA memori kita. dan kita akan merindui saat dimana pengalaman gembira tu datang.

dan begitu sebaliknya. keperitan memori tu mampu buat kita menangis sehingga kita rasa sebak didada gara-gara memori. dan memori itu datang kerana kita melaluinya pada ketika dahulu. dan memri adalah sebuah pengalaman

pengalaman.
kehidupan yang penuh liku-liku bukan semua orang boleh lalui..
it already stated.. "....hanya yang mampu dan teguh utk diuji... " " diuji berdasarkan kesediaan dan kemampuan seseorg... "
biasanya pengalaman...
berat dan ringannya kita yang tentukan dan pandangan orang lain terhadap saiz takkan mereka tahu.. kerana ia dikaitkan dengan soal hati kita..

mungkin berat tapi ada yang lebih berat...
mungkin ringan tapi itulah yang terberat..
hati rohani akal minda kita yang doing those judgement..
jadi jangan sesekali lemah dgn pengalaman yang perit itu disebalik perkara itu telah diselitkan "ini adalah ujian utk kita" mengapa lagi masih ada yang mengeluh, putus asa dan lemah semangat.... dan jangan hanyut dalam kegembiraan yang dialami

jadi dari situ kita lihat mengapa akar hati kita masih belum kuat utk tahan dan resist dgn "coolnya"..
deep to the truth itu semua adalah utk KITA juga..

jadi bertahanLAH!~~
MENGAPA MESTI TIDAK???...

kita patut 'gembira' kerana kita istimewa.. tiada siapa yang akan lalui seperti kita..
'DIAM tak bermakna putus' kita cuma BERHENTI SEKETIKA..kerana kita perlukan masa utk menerima satu talian atau satu mesej tersirat BUAT KITA yang disampaikan dengan cara itu... ah!!~~ sekali lagi pesanan -- pedulikan apa yang dicelah oleh manusia-manusia sekeliling. mereka tidak tahu satu lubang apa pun yang bermain-main dalam isi HATI kita.. dan yang cuba "menghuru-harakan".. jadi luangkan masa anda utk KUTIP apa yang diberi secara percuma..

pengalaman itu harganya sama seperti mutiara.. "dikutip untung.. dibuang rugi"
tanpa pengalaman tiada kita pada dewasa hari.
tanpa pengalaman tiada petahnya bahasa kita,
tanpa pengalaman tiada kita sebagai tenaga pengajar pada yang muda,
tanpa pengalaman,, tiada kita pembentuk DUNIA,,

DAN KERANA ITU pengalaman biasa dikaitkan juga UMUR DAN MASA...
dan PENGALAMAN adalah satu asset YANG MERUBAH manusia..

p/s =manusia berubah setiap saat. DAN PENGALAMAN DARI PANCAINDERA MEREKALAH yang ubah MEREKA..


pengalaman ku kebanyakannya adalah PAHIT dalam 2011 ...jadi aku akan simpan ia dalam kotak ingatan dan hati ku....
dikala masa yang mengizinkan setiap yang perit itu ku cari tersiratnya dan ku beri pada yang memerlukan ...
indahnya jiwa jika kita MAMPU TENANG dgn perkara yang bukan dalam urusan kita..
dan kau patut tahu... sebenarnya kau mampu...dan jgn kata tidak... jgn dgr pada bisikan yang boleh menghancurkan kau...

sekian.. ;)
ok chou!~~

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda