Assalamualaikum.. .. Selamat Sejahtera.

DIALOG 1.

A: Wei!, Jom pi shopping kat SOGO... AKu dengar ada sale skrg ni...
B: Ok.. Bab shopping2 ni, tak payah ada sale pun aku belasah.. Boleh lepak ngan geng.

DIALOG 2.

A: AKu dengar ada filem baru JAckie Chan ditayang kan Rex.
B: JOM!!!

DIALOG 3.

A: Jom hanging kat starbucks... Lepak jap minum kopi, borak2 pasal M.U menang smlm.
B: Jom!!!


Bila tiba dialog-dialog ni...

DIALOG 4.

A: Aku dengar ada kuliah maghrib la kat masjid Al-hidayah. Jom...
B: Errrmmm.... Aku sibuk la. Hang pi la dulu. Ok nanti aku datang.

DIALOG 5.

A: Eh! Ada pesta buku la kat PICC. Jom! Kot ada buku terbaru
B: mmmmmmmmm...... Aku tengah pokai ni.

DIALOG 6.

A: Ptg ni ada pelancaran Selamatkan Palestin kat Dewan Orang Ramai.
Dengarnye ada penerangan, tayangan video, kutipan derma...

B: Issshhh... (Dalam hati: apa lagi alasan aku nak bagi ni...) Nantilah kalau aku senang...


Kan ini antara dialog yang sering diucapkan di kalangan kita. Mungkin terkena juga batang hidung penulis...

Allah beri segala nikmat mata, hidung, telinga dan anggota badan. allah beri nikmat makanan, kemewahan, kemudahan.... Kita sanggup tengok filem hindustan, bolapsepak berjam-jam...Tapi, nak luangkan masa untuk Allah secara khususnya, betapa kita bongkak, angkuh, malas dengan Allah untuk bermunajat menghadapnya...

ZALIMNYA KITA!!!
Hit: 30 Laman Asal