♥ Detik² Kehidupan ♥
13 Februari, 2013
10 Februari, 2013
Kau Ditakdirkan Untukku
Kenangan lama didalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu.
Kelembutan dan kenakalan Nuranis Fatihah sering mengusik hati Akmal Ikram. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.
Akmal Ikram berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Nuranis Fatihah yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan yang menanggungnya. Kerana tidak sampai hati untuk menghampakan harapan Datin Kamariah, tidak terluah kata penolakan di bibirnya. Bermula saat itu, Akmal Ikram mula berazam untuk menawan hati Nuranis Fatihah.
“ Kenapa awak tak terus terang aje ? Tadi bukan main berani lagi nak berterus terang sendiri. Sampai nangis²,” sindir Akmal Ikram tersengih nakal.
“ Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak !” bidas Nuranis Fatihah geram.
09 Februari, 2013
Jodoh Itu Milik Kita
" Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah tetapkan sejak azali... "
Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.Jodoh Itu Milik Kita |
Cinta High Class
Alhamdulillah, baru jer lepah bace Novelet Tarbiah 2 dalam 1 tp dop dang hbs ag.. InsyaAllah de mase sambung ag pah² ni.. Dop rugi beli Novel nim, bnyk pengetahuan & pengajaran hok kite boleh. Biarlah semua hok kite buat tu krn ALLAH, insyaAllah ALLAH akn tlong hamba-NYA..
CINTAKU KERANA AGAMAMMU
Selain drp tu jgk, dlm novelet nim diselitkan dgn pelbagai Hadis² utk kite nok dpt CINTAKU KERANA AGAMAMU & CINTA HIGH CLASS . Antara kandungan hok ade dalam buku :
Novelet Pertama
Bab 1 : Cintakan Ilmu dan Perjuangan
Bab 2 : Cintakan Majlis Ilmu dan Insan Beragama
Bab 3 : Cintakan Istikharah dan Perbincangan
Aku.........
Aku insan lemah…
Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi
Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat
“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…
Yakin dan Mohon kpd-NYA, sesungguhnya hanya DIA lah yg Maha M'getahui segala. |
Langgan:
Catatan (Atom)