Syawal telah pun berlalu meninggalkan kita semua beberapa hari lepas...Terasa amat sekejap saja masa berlalu...tup...tup..dah masuk bulan Zulkaedah dan seterusnya bulan Haji bgi umat Islam seluruh dunia iaitu Zulhijjah....

Sebut pasal bulan haji ni...tetiba datang idea nak menulis pada haji nieh pulak.... Tapi kali ini agak berlainan skit...Ia berkisarkan kisah orang zaman dahulu mengerjakan haji...tentu ada di antara pembaca semua mengetahui dan ada yang tak mengetahui....

Yang mengetahui tu, mesti tau kan, jemaah haji ni, dulu sebelum adanya kapal terbang, mereka akan ke tanah suci dengan kapal laut, tabangnya takdelah mahal sama mcm zaman sekarang ni, hanya RM2,500.00 sahaja...makan masa berbulan-bulan lamanya, makanan dan keperluan harian perlu di bawa secukupnya termasuklah brg2 memasak...malah kalau ada jemaah haji yang meninggalkan, jasadnya disemadikan di dalam laut sahaja....



Selepas 3,4 bulab mengerjakan haji, jemaah akan pulang ke tanah air dengan Haji yang Mabrur..Jemaah akan memakai serban sehinggalah akhir hayatnya...begitu lifestyle orang zaman dulu2...kalau tak silap, nenekku pernah alami zaman ini...sekarang umurnya dah pun mencecah 80 lbh dan alhamdulillah, masih sihat lagi...






Berbagai buah tangan di bawa balik dari Tanah Suci Mekkah terutamanya Air Zam Zam untuk diberikan kpd sanak saudara.... Yang penting niat untuk ke sana hanyalah menjadi tetamu Allah utk beribadat kpdNya shj....yang lain2 tu hanyalah sekadar sampingan sahaja....
Hit: 31 Laman Asal