Sunday 18 January 2015

Majlis Perpisahan Pengetua & PK KOKO

15 Jan 2015, 1230 tghri....Salam perpisahan kepada mantan pengetua Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh dan En. Wan Zaludin bin Wan Hussain mantan Pk KOKO kerana telah bertukar ke sekolah lain setelah menabur banyak bakti kepada SMKPP. Tn. Hj. Khadri telah bertukar ke SMK Tunku Putra dan En. Wan Zaludin ke SMK Bakai .....Semoga perpindahan itu akan memberi nilai positif yang lebih lagi kepada kedua-dua insan yang hebat ini......Tahniah dan Syabas
 
 
 


Majlis Serahan Wang Bantuan BRIM RM100

15 Jan 2015, 1000 pg......Satu majlis serahan wang bantuan RM100 telah berjaya dilaksanakan kepada hampir 850 orang pelajar dengan jayanya....Sesi serahan telah dibuat melalui guru kelas masing-masing dan proses serahan telah berjalan lancar...Syaba kepada unit HEM dan semua yang menjayakan hal tersebut.Semoga bantuan tersebut akan memberi manafaat yang terbaik kepada seluruh murid.
 
 

Ceramah Maulidur Rasul 1436H

15 Jan 2015, 1100 pg.  Tahniah dan syabas kepada panitia islam sekali lagi dibawah pimpinan usta zakri telah menganjurkan satu sesi ceramah berkisarkan sempena kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.....Banyak perkara yang telah ustaz jemputan iaitu Ustaz Zulkifli Ahmad sentuhkan dgn mengambil ibrah ataupun tauladan sirah yang berlaku pada zaman rasulullah untuk digarapkan dengan kesesuaian hal kehidupan dewasa ini.....Ternyata mereka-mereka yang sentiasa mengamalkan sunnah walaupun sekecil perkara akan mampu meraihkan syafaat dari Baginda Muhammad s.a.w....Semoga pengaajaran yang besar dapat diambil oleh setiap warga SMKPP





Saturday 17 January 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436H

 15 Jan 2015 ....Tahniah dan syabas kepada panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan ceramah sempena maulidur rasul dan telah menjemput Al Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ahmad. Beliau telah membawa ceramah yang berkisarkan kehidupan dan ibrah rasulullah yang relevan kepada kehidupan dewasa ini. Semoga semua yang mendengarnya telah memdapat sedikit sebanyak pengajaran yang bernas insyallah.

 




Sunday 11 January 2015

Selamat Melangkah Semula Ke Sekolah 2015

Syabas dan tahniah kepada semua warga smkpp yang telah kembali semula ke sekolah setelah penangguhan selama 1 minggu akibat musibah banjir di negeri-negeri pantai timur.Pelbagai kenangan yang pahit, manis telah dilalui bersama pada 2014 yang penuh nostalgia...semoga dengan kehadiran 2015 yang ceria, dengan kehadiran tuan pengetua yang baru, juga beberapa orang guru baru akan dapat menambahkan lagi keceriaan dan seterusnya dapat melakar kecemerlangan akademik seterusnya....Selamat Memacu Kejayaan SMKPP.
 
 
 
 


Wednesday 7 January 2015

Ekplorasi Petrosains KLCC 16-18 Dec 2014

 
 
 
 Syabas dan tahniah kepada 24 orang murid dari SMKPP bersama dengan 3 orang guru telah membuat lawatan sambil belajar serta mengenali suasana bandaraya Kuala Lumpur yang serba canggih dengan kepesatan teknologi pengangkutan keretapi ringal (LRT) dan lain-lain lagi. Semua murid telah merasa akan suasana utk menguruskan kehidupan sekiranya tinggal di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 2 malam 1 hari yang mana mereka tidak menginap di mana-mana tetapi cukup sekadar melelapkan mata di dalam keretapi malam dan menikmatan perjalanan seharian di Kuala Lumpur amat-amat mencabar minda dan fizikal mereka...Namun begitu mereka merasakan amat berpuas hati dan seronok.

Sunday 4 January 2015

Ahlan Wahsahlan PT Baru 2015

Tahniah kepada 2 orang Pembantu Tadbir yang telah ditempatkan di SMKPP mulai tahun 2015..
Semoga dengan kehadiran mereka ini dapat melicinkan pengurusan di SMKPP untuk melakar kecemerlangan dari segala sudut...Syabas...

Siti Norhuda Bt. Abdullah
Berasal dari Kg. Sungai Limau Mukim Pulai Baling
Berpengalaman di Pej. Kesihatan Baling, Hospital Baling, Klinik Kesihatan Parit Panjang dan Kedah Medical Centre.
Pendidikan : Diploma Pengajiaan Perniagaan Politeknik Arau Perlis
Falsafah Hidup : Ingin Berjaya Dalam Apa Jua Bidang Yang Diceburi



Rozana bt. Mansor
Asal : Johor
Pengalaman bekerja : Pembantu Editor (menyediakan manuskrip, mereka letak bahan dan menyediakan bahan hingga lengkapnya menjadi sebuah buku/produk. Membuat buku/rujukan latihan untuk pelajar dan guru.
Pendidikan : STPM di SMK Datuk Menteri , Johor.
Falsafah: Ingin Memberikan 100% komitmen pada perkara yang dilakukan dalam hidup ini.

Salam Tahun Baru 2015 (Mesyuarat Diambang 2015)

Tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik SMKPP kerana telah berjaya menghadirikan diri untuk melaksanakan mesyuarat untuk kali pertama sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan diabad ke 21 ini pada tahun 2015.
SMKPP juga bertuah kerana untuk memasuki tahun baru 2015....pengetua baru yang akan menggantikan Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh iaitu Tn. Hj. Yusof b. Yahaya...juga merupakan antara guru yang amat berpengalaman untuk menerajui tompok kepimpinan SMKPP agar terus maju .
Disamping itu 4 orang guru baru juga serta 3 orang pembantu tadbit di pejabat sekolah juga akan sama-sama membantu untuk memajukan pencapaian akademik SMKPP bagi tahun 2015...
Syabas......semoga dengan kedatangan orang-orang baru dalam bidang pengurusan dan pengajaran akan dapat membuahkan hasil yang lebih cemerlang pada tahun 2015 seterusnya...
Tn. Hj. Mohd Yusof b. Yahaya