Hari kedua – 25 November 2015
Mengikut jadual yang Cik Fazz sediakan yang mana telah mendapat persetujuan daripada si Ayung, pagi ni kami akan menuju ke Tangkuban Perahu. Jam 8.30 am kami bergerak ke Tangkuban Perahu. Dan sampai di sana pada jam 10.30 am. Lebih kurang 2 jam perjalanan menyelusuri gunung-ganang yang indah permai. Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui kisah disebalik nama Tangkuban Perahu ini. Cik Fazz malas nak taip panjang2 dalam entry ni, so mengkome search lah sendiri ye sejarah Tangkuban Perahu tu ye. Harga tiket untuk memasuki wisata ini adalah sebanyak IDR 200,000 per pax, manakala untuk mobil pulak sebanyak IDR 25,000 per mobil.
taken this pic before breakfast
muka semangat 1st day nak pegi berjalan2 
tiket Tangkuban Perahu per pax tiket Tangkuban Perahu per mobil Sesampainya kami di Tangkuban Perahu, supir kami memberikan pesanan penaja. Iaitu mohon berhati2 ketika bergambar dan tolong hiraukan penjual a.k.a ZOMBIE (gelaran yang diberikan oleh Ayung) yang kerkeliaran di situ. Disebabkan telah menerima nasihat yang sangat berguna, Cik Fazz memaklumkan kepada ahli rombongan untuk meninggalkan beg dan barang2 berharga di dalam van dan memaklumkan kepada Ayung yang kami tinggalkan beg di dalam van mohon untuk menjaga barang2 kami.
Lepas meninggalkan beg di dalam van, kami terus keluar untuk melihat keindahan wisata volcano yang masih aktif tu. Kami bergambar di bawah cahaya mentari yang terik. Akan tetapi, angin ketika itu bertiup sejuk walaupun cuaca agak panas. Kami hanya sempat bergambar tak sampai setengah jam kerana tidak tahan dengan bau sulfur yang sangat kuat. Setelah bergambar dan melihat keindahan wisata, kami terus masuk ke dalam van kerana tak tahan dikerumuni oleh zombie2 yang ada di situ. Supir kami siap tegur, bayar mahal2 tapi 15 minit je kat sini. Rugi2…

muka mula2 sampai TP
Inilah Tangkuban Perahu (TP)

terik kan cuaca harini
gaya bebas


















Kemudian, kami bergerak ke ladang teh yang berada di bawah Tangkuban Perahu. Ladang teh ini tidak termasuk di dalam tentatif hari ini. Akan tetapi, dah alang2 lalu jadi kami singgah la sebentar. Tak naik sampai kat atas pun. Just bergambar di kaki lereng ladang teh je. Buat pengubat rindu teh di Cameron Highland hihi… Kat sini pun ada jugak tersesat beberapa zombie yang menjual strawberry dan blueberry. Tak banyak macam kat atas tadi.






Selesai bergambar di ladang teh, kami meneruskan perjalanan ke Rumah Kain Pesona, Bandung. Ini lagi satu tempat yang tak masuk dalam list tentatif hahaha… Dah namanya ladies dan berada di bandung, tak sah kalau tak singgah ke Rumah Kain untuk memborong kain pasang dan kain ela. Supir kami kata, kain di sini sangat berkualiti dan harga agak mahal sedikit berbanding di tempat lain. Kalau kita convert dalam duit Malaysia, paling mahal pun dalam RM60 sepasang. Standard harga kain di Malaysia la kan. Yang penting tidak semahal di Jakel/Kamdar/Nagoya. Asalkan kainnya berkualiti, harga tiada masalah bagi kami. Setelah menyambar beberapa pasang baju yang berkenan di hati, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Maaf la, shopping kain sampai terlupa nak amik gambar kat kedai ni.
Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market untuk makan tengahari di situ. Kami tak sabar nak beli makan tradisi Indonesia di sini. Untuk masuk ke Floating Market, kita perlu membayar sebanyak IDR 15,000 per pax, dan IDR 10,000 per mobil. Untuk membeli makanan mahupun barang dan permainan di dalam Floating Market, kita perlu menukar dahulu duit kepada coin khas. Sampai sahaja kami di tempat membeli makan, masing2 dah rambang mata. Jadi kami berpecah kepada 2 kumpulan, 1 tukang beli makanan, dan 1 lagi tukang chop tempat makan. Kami memilih untuk duduk makan di meja terapung. Apabila nak duduk, kena susun dulu ikut keseimbangan supaya kami makan dalam keadaan stabil. Tu la, gatal sangat pergi cari meja yang terapung kan… So, rasalah azabnya hihi


air free



Add caption 





pasar terapung
pasar terapung
pasar terapung
meja terapung
Selesai menunaikan hasrat perut masing2, kami menunaikan dahulu perkara yang wajib, iaitu solat Zuhur dan jamak sekali dengan Asar. Ini part yang paling kelakar! Kalau nak solat, kena la cari tempat solat yang sesuai kan? Kami Nampak signboard Surau, dan terus cari kedudukan surau dan tempat wuduk. Surau untuk muslimah kami dah jumpa. Tapi yang tak bestnya, surau dia agak open untuk kaum wanita. Sebab surau itu berdindingkan kaca. so, for sure orang luar akan nampak apa yang orang dalam buat kan. Kami agak pelik kerana surau Muslimin tertutup, manakala surau Muslimat agak terdedah. So kami terpaksa mencari surau lain, dan terjumpa juga surau yang agak tertutup. Cumanya, surau tu terapung di atas air. So, bila kita solat akan terasa terumbang-ambing la dalam surau tu hahaha Nak tak nak kena jugak solat dalam surau tu sebab itu saja surau yang tertutup dan tidak terdedah. Agak mabuk kepayang juga la kami bersolat dalam surau tu. Nasib baik je tak termuntah apa yang baru dimakan tadi semasa menunaikan solat, kalau tak haru dibuatnya hehehe
Makan sudah, solat sudah, bergambar pun sudah di Floating Market. Disebabkan juga hari masih muda, maka kami meneruskan perjalanan kami ke Trans Studio Bandung. Ini juga merupakan wisata yang tidak termasuk di dalam tentative kami sebelum ini. Akan tetapi, orang kata kalau ke Bandung kalau tak ke Trans Studio ni, maka tak lengkaplah perjalanan anda di Bandung. Trans Studio Taman tema Trans Studio Bandung ini bersebelahan dengan Trans Studio Mall. Harga untuk masuk ke dalam theme park ini sebanyak IDR 170,000 per pax. Disebabkan si Ayung ni kenalan ramai, maka kami tak perlu beratur untuk membeli tiket masuk. Siap ada yang jemput dan hantar sampai ke lokasi theme park. Dengan bayaran sebanyak IDR 170,000 dan anda boleh main sampai lebam segala permainan yang ada kat dalam tu. Sebelum Ayung meninggalkan kami di Trans Studio tu, kami dah berjanji akan berkumpul semula pada jam 8.00 pm di mana Ayung turunkan kami tadi sebab kami takde internet untuk menghubungi Ayung.



So, masuk je kami ke dalam kawasan theme park, Cik Fazz pesan siap2 dekat semua geng supaya masuk dan main semua permainan atas sebab kami telah bayar mahal untuk masuk (sampai lari bajet shopping kot hahaha). Untuk penegtahuan korang semua, terdapat 21 permainan yang ada dalam Trans Studio ni tao. Tapi macam biasa, mesti ada beberapa orang yang tak main beberapa permainan termasuk Cik Fazz sendiri. Sepanjang keberadaan kami di Trans Studio Bandung ini, terdapat beberapa peristiwa lucu yang jadi seperti ketika memasuki Dunia Lain dan ketika menaiki Vertigo Trans.
Mengingati aksi kami pabila masuk ke dalam Dunia Lain, mahu terkencing dibuatnya. Cik Fazz tak pernah masuk rumah hantu. Tapi disebabkan dah bayar mahal punya pasal, terpaksa gagahkan diri masuk ke dalam Dunia Lain ni. Tengok daripada luar macam tak seram, dan kami pun meneruskan perjalan sehingga terpaksa menaiki keretapi yang akan melalui seluruh rumah hantu ni. Akan tetapi,  Cik Fazz dan geng yang naik 1 keretapi dengan Cik Faz iaitu Miss Jane, Cik Aryani, dan Cik Saidah kami ni sejenis penakut yang tahap gaban. So, Cik Fazz cakap siap2 dekat dorang dari mula perjalanan sampai akhir jangan bukak mata sanpai Cik Fazz soh buka. So, sampai kesudah kami tak buka mata dan tak tahu apa yang jadi sepanjang perjalanan yang dialami (dalam kepala dok pikir yang bukan2, dalam hati dok zikir macam2) hahaha Sebab tu bila adik2 Cik Fazz bercerita, kami buat muka takde hati dan perasaan, sebab kami tak tahu apa yang jadi kat dalam tu kih3….
Manakala permainan Vertigo Trans ni pulak, sampai sekarang kalau dengar nama atau tengok gambar terasa nak termuntah!!! Serius nak muntah!!! Mana taknyer… Inilah satu2nya permainan yang kami dibuli oleh pekerja di situ. Bapak giler lah. Rasa menggeletar lutut lepas main kot. Nak dijadikan cerita, Cik Fazz tak pernah naik permainan seangkatan dengan permainan ini sebelum ini di Trans Studio ni atau kat mana2. Masa masuk Trans ni pun, Cik Fazz just tengok adik dan kawan naik permainan yang lain. So la ni Cik Fazz macam tergerak hati la nak naik. Masa mula2 pekerja dia pasang  belt dan mula mengira, dalam kepala hotak ni dok pikir yang mainan ni mungkin pusing2 gitu jerrr…. Sekali hamik ko!!! Berputar 360 darjah. Tertonggang-terbalik kami main benda alah tu. Menjerit tak hengat dunia tu takyah cakaplah. Rasanya suara kami je yang bergema dalam studio tu… Semua mata rasanya mengadap kat kami. Mana taknyer, masa naik tu takder orang pun yang tengak kami main. Elok je jeritan kami yang bersahut-sahutan tu, terus ramai yang berkumpul kat Vertigo Trans tu. Menjadi bahan tontonanlah kami berlima dihayun dan diterbalikkan oleh permainan tu. Duration permainan tu mungkin dalam 5-10 minit. Tapi kami terasa lama sebab pekerja tu bantai kami 2 kali pusingan. Ye, sekali lagi cakap. 2 kali pusingan!!! Rasa macam nak mati je naik benda alah tu. Tu pun sikit lagi pekerja tu nak pusing untuk kali ketiga. Menjerit2 kami tak nak main pusing2 dah… Surrender dah… Lepas ni taubat takmo naik lagi benda alah ni… hoho

ni la Vertigo Trans tu ye
muka dok cover kengkonon tak takut
Elok je lepas kami main benda tu dan nak makan popcorn yang Nampak macam best je nak makan lepas main, kami pun pergilah topup kad yang diberikan semasa masuk Trans tadi. Elok je pergi cari tempat nak topup kad tu, terperasan someone was missing. Rupanya Cik Da takde dalam group tu. Tanya2 rupanya Cik Da pi toilet. Balik je Cik Da dari toilet terus dia kaborkan yang di muntah. Lah, kesiannya la dia main Vertigo Trans tu sampai muntah2. Nasib baik tak lembik je huhu Habis pusing 1 kawasan Trans Studio dan main semua permainan yang ada, kami terus keluar dan menunggu Ayung mengambil kami untuk makan malam pula.



nak tengok movie Marvel Superheroes



budak ni buat kami takut je la
Dragon Ride


Trans Science Centre



Trans Car Racing
















Untuk makan malam pula, Ayung membawa kami ke Restoran Belacan. Pada yang suka menikmati dinner sambil dihidangkan dengan alunan music yang best, di restoran ini ada live band yang mana kita boleh request lagu. Restoran ini juga mempunyai kawasan yang cantik seperti dalam taman. Tak rugi dinner kat sini sebab ala2 romantik gitew. Disebabkan kami macam masih mabuk2 ketum lagi, so kami hanya order sup ayam, kangkung belacan dan ikan masam manis beserta air minuman. Yela, mana la tahu, order banyak2, sekali tak habis sebab masing2 mabuk dan letih. So, siap je makan kami terus pulang ke hotel sebab dah capek dan nak kumpul tenaga untuk hari esok pula.

memasing muka letih + mabuk

resit makan kat Restoran Belacan

#Bersambung...


Tambahan:

Lupa pulak, lepas balik makan daripada Floating Market kami ada jugak pergi ke Rumah Mode. Tapi tak amik gambar,, tu yang lupa nak masukkan dalam entry ni hihi Rumah Mode ni sape2 yang suka nak shopping barang branded bolehla ke sini ye. Masa kami sampai tu tengah gerimis, Elok je sampai kat pintu gerbang dia, terus hujan selebat2nya. Nasib badan la... Kat sini harga beg dan baju branded tak jauh beza dengan di Malaysia. ada la potongan macam sales kat Malaysia jugak. Ada orang kata kalau nak shopping barang branded pi la shopping kat Jakarta. Kat sana lagi murah katanya. 
Hit: 20 Laman Asal