Apa itu Bisul?

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bisul

AMARAN! JIKA KURANG SEMANGAT NAK TENGOK BISUL PECAH, JANGAN DUK BACA NAAA..

Tanggal 13 Disember 2013 menyaksikan aku terpaksa bercuti sakit selama seminggu kerana bisul pecah. Lokasi bisul amat tidak strategik, menyukarkan untuk aku bergerak, apatah lagi nak naik motor. Memang menyakitkan setelah kali terakhir aku kena penyakit bisul ni kalau tak silap masa Darjah 4 di zaman dulu kala. Masa tu, Allah saja la yang tahu betapa sakitnya bila Ummi aku "dressing" luka bisul (ummi aku jururawat, memang kerja dia).

Ia bermula dengan bengkak menggunung, pada asalnya kecil sahaja dalam 1cm. Saban hari, bengkaknya makin besar sehingga secekak tangan (kira-kira dalam 4-5cm, sebelum aku dah tak boleh tidur pada malam sebelum bisul tu pecah.

Bengkak Bisul pada 12 Disember 2013
Malam Khamis tu memang cukup menyeksakan bila tempat bengkak bisul tu berdenyut-denyut sepanjang malam. Rupa-rupanya, bisul tu nak pecah pada pagi penghulu segala hari.

Keadaan Bisul sebelum betul-betul nak pecah pada 13 Disember 2013.
Perghh.. Aku dah tak tahan. Aku minta isteri aku ambil jarum dan cucuk di puncak gunung bisul tu bagi pecah. Nanah keluar macam telur pecah, memang banyak. Lepas semua nanah keluar, barulah keluar darah dan air bisa kejernihan. Aku tekap dengan gouze bagi betul-betul kering, sehingga menampakkan kawah bisul sebesar ibu jari tangan dengan kedalaman yang amat mengerikan.

Pada hari tu aku terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan. Bila doktor tengok bisul tu, langsung dia minta untuk uji kandungan gula dalam darah. Keputusannya : 17.0 mmol/L. Masya-Allah, tingginya!!. Apa yang aku makan sampai result gula dalam darah setinggi tu. Kebetulan pada masa tu aku memang tak makan lagi dari semalam, memang keputusannya sah untuk FBS (Fasting Blood Sugar). Diagnosis doktor : Bisul - retaled to DM (Diabetes Mellitus). Kena rujuk pula ke hospital berdekatan.

Doktor preskribkan kepada aku Metformin 500mg, sebiji makan dua kali sehari untuk sebulan, Sultamicillin 356mg sebiji makan dua kali sehari untuk seminggu dan Fusidic Cream. Dan, bermulalah lembaran baru dalam gizi pemakanan aku untuk tempoh sehingga bisul sembuh... dan mungkin selamanya.



Luka bisul pada 16 Disember 2013
Inilah keadaan selepas 4 hari luka bisul. Empat kali sehari cuci sendiri di kawasan luka tu. Pada hari keempat ni nanah masih duk ada di tepi tebing kawah luka dan sebelah dalam.


Luka bisul pada 17 Disember 2013
Dalam tempoh berehat, aku ada juga ambil pemakanan tambahan Gamat Gamogen. Memang cukup efektif dalam proses penyembuhan bisul dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Luka bisul pada 21 Disember 2013
Lepas lapan hari dengan pantang makan kaw-kaw nya, minum gamat gamogen dan ubat kencing manis, proses penyembuhan menunjukkan tanda-tanda yang cukup positif, walaupun masih pedih bila buat cucian luka.

Luka Bisul pada 23 Disember 2013
Pada masa ni, aku dah boleh bergerak dengan baik dan mula naik motor tapi dengan kadar yang cukup berhati-hati. Kawah bisul pun dah timbul keluar dan nanah dah tak banyak.

Luka Bisul pada 3 Januari 2014
Lepas 2 minggu lebih, luka bisul dah jadi besar hujung kuku jari kelingking. Muat-muat handyplast. Jadi, aku dah tak guna gauze untuk tutup luka. memadai guna Handyplast ja..


Luka Bisul pada 7 Januari 2014
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. Luka bisul dah bertangkup setelah hampir 3 minggu selepas pecah. Seminggu selepas tu, aku mula meng"aktif"kan diri dengan senaman di Makmal Fitness..
Hit: 48 Laman Asal