Tekanan emosi dorong lelaki nekad bunuh diri

April 13, 2010, Tuesday

Tagged with: suicide

KUCHING: Tekanan emosi mendorong seorang lelaki berusia 30 tahun nekad membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Santubong.

DITENANGKAN: Mangsa (ditutup dengan kain) berjaya diselamatkan daripada membunuh diri.

DITENANGKAN: Mangsa (ditutup dengan kain) berjaya diselamatkan daripada membunuh diri.

Bagaimanapun dalam insiden yang berlaku sekitar jam 9.30 malam Ahad Lepas itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut seorang saksi, lelaki terbabit melangkah keluar dari keretanya yang diparkir di tepi jalan dan tidak melihat sebarang tindakan mencurigakan dilakukan oleh mangsa.

Namun beberapa minit kemudian saksi melihat lelaki tersebut berdiri di atas selusur jambatan dan terus melompat dari situ.

“Lelaki itu telah berdiri di atas selusur jambatan dan kemudian telah lompat dari situ,” kata saksi.

Melihat tindakan mangsa, saksi memberitahu dua lagi rakannya yang sedang memancing di bawah jambatan itu, tanpa melengahkan masa meminta tolong daripada penduduk kampung berdekatan.

Penduduk kampung kemudiannya meminjamkan sebuah sampan kepada mereka manakala salah seorang daripada mereka menghubungi pihak berkuasa.

Kedua-dua saksi tadi berjaya membawa mangsa keluar dari air dan dibawa semula ke atas jambatan sementara menunggu ambulans tiba.

Pihak polis tiba di tempat kejadian sejurus dimaklumkan kejadian itu.

“Dalam siasatan awal, lelaki tersebut memberitahu yang dia tidak mempunyai jalan lain selain daripada membunuh diri,” kata saksi.

Lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes itu kini dalam siasatan polis.

Hit: 11 Laman Asal