Assalamualaikum w.b.t
Pada 12 Ogos 2009 iaitu pada malam rabu yang lalu, Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan satu Majlis Makan Malam Graduan bagi menghargai graduan - graduan KUIM yang telah berjaya menamatkan pengajian di KUIM.



Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Dewan Banquet, Hotel Equatorial, Melaka. Majlis bermula dari 7.45 malam hingga 11.00 malam itu dimulakan dengan perasmian oleh YB Datuk Haji Yaakub Bin Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia.



Pada Malam Graduan itu, YDP MPM KUIM dan Mantan YDP MPM kUIM sempat merakam gambar kenang-kenagan secara bersama. Pastinya ia menjadi satu memori indah kepada Kedua-dua YDP ini.



Pelakon dan Pelawak veteren iaitu Saudara Ali Mamak telah dijemput khas bagi menghiburkan para Graduan KUIM pada malam itu. Para Graduan dihiburkan dengan dendangan beberapa buah lagu popular daripada beliau.



Selain itu, Para Graduan turut dihiburkan dengan nyanyian nasyid KUIM iaitu kumpulan Wijdan. Mereka menyampaikan lagu-lagu dari kumpulan Inteam seperti lagu Pemergian mu, Kerana Cinta, Putra putri, dan Sahabat dari kumpulan Devotees,



Acara pada malam itu diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah yang mencuri perhatian ramai. Dan apa yang menarik, Professor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Bin Hj.Hashim, iaitu Naib Canselor KUIM turut mendapat hadiah cabutan bertuah pada Malam Graduan tersebut.



Apa yang pasti, Malam Graduan Kuim 2009 banyak meninggalkan memori indah bagi Graduan - Graduan KUIM yang telah menamatkan Diploma mereka di KUIM. Kami warga KUIM mendoakan agar Graduan - Graduan KUIM berjaya dalam bidang kerjaya mahupun bidang ilmu yang bakal mereka tempuh selepas tamat pengajian di KUIM.
Hit: 11 Laman Asal