Saturday 26 September 2020

 



VKMB 1021
PEMBANGUNAN  MASYARAKAT II

TUGASAN 2


MASYARAKAT BERETIKA

 KUMPULAN 15

BIL

NAMA

NO MATRIKS

1

MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH

269138

2

MOHD AMIRRUDDIN BIN PUTIT

269368

3

NORZAN ANAK UATE

269380

4

UMMAIRAH BINTI MARJUNI

269310

5

MUHAMMAD NABIL BIN ABD MANAF

269136


KAMPUS: UUMKL
PENSYARAH: DR MAWARNY BINTI MD REJAB

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat, kami sebagai pelajar-pelajar dari UUMPACE Kampus KL telah memilih untuk menjalankan satu aktiviti kemasyarakatan berkaitan dengan tajuk yang diberi iaitu " Masyarakat Beretika".

Sebagai pelajar yang prihatin dan peka kepada kebajikan kepada masyarakat, kami telah memilih tajuk ini dan butiran seperti berikut:

Lokasi: Sekolah Menengah Seri Gombak,  Gombak Selangor.
Tarikh Cadangan: 30 Oktober 2020
Masa: Waktu Persekolahan. 
Peserta: Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5




Kami  memilih satu program kemasyarakatan yang dilakukan di Sekolah Menengah adalah kerana:
Objektif kami
  • Memupuk masyarakat yang beretika sejak dari bangku sekolah lagi, sasaran remaja lingkungan 16-17 tahun.
  • Menyemai nilai-nilai murni, penerapan disiplin dan semangat kasih sayang diantara anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang penuh berwibawa dan cintakan agama, bangsa dan tanahair.
  • Menerapkan unsur-unsur etika yang akan menjadikan seseorang itu membentuk keperibadian yang sempurna melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  • Sebagai satu langkah sokongan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak bangsa dan memberikan khidmat masyarakat kami sebagai pelajar-pelajar UUM PACE.
  • Satu usaha murni yang kami ingin berkongsi ilmu dan kemahiran kami demi menyemaikan rasa cinta kami kepada negara Malaysia yang kami sayangi ini.
Contoh-contoh Latihan Dalam Kumpulan ( LDK) yang kami cadangkan.

LDK 1 - Tarikan Kasih 

Objektif; 

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan 
-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta 
-melatih sifat kepimpinan peserta 

Kaedah; 

-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali 
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut 
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing 
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut.


LDK 2 -Telefon rosak 

Objektif; 

-melatih sifat peka dalam diri peserta 
-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir 

Langkah; 

-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat 
-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut 
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tersebut dalam bentuk lukisan


LDK 3 - Akukah Itu? 
         
Masa              :           30 minit 
Alatan                        :Kertas A4 dan pen/pensel 

Objektif          :          
1.  Peserta mengenal diri mereka yang sebenar. 
2.  Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka. 
3.  Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri. 

Langkah        :
           
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting) 
2.  Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.
 3.  Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut.. 
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut.. 
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi  kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan. 6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi. 
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua  akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul. 

Pengajaran/ Rumusan      : 

1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar.   
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita.


LDK 4 - Menaiki Rakit 

Tajuk : ‘Menaiki Rakit’ 

Sasaran : Semua Golongan 

Objektif Aktiviti : 

1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta. 
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. 

Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar 

Jangka Masa : 45 minit 

Langkah- Langkah : 

1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai. 
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 
3. Fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi     kecil. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar di atas lantai
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh. 
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan) 

Falsafah : 

1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha penting.   
3. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 
3. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 
4. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.


LDK 5 - Puzzle dan Lukisan

MASA: 30 minit 

Alat : kad manila berbentuk segiempat  yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama. 

BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad. 

OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.                   

LANGKAH-LANGKAH: 

1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil  satu keratan kad sahaja. 
2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari  5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna. 
3. Apabila satu  segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan. 
4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki  contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya  dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-enam keratan kad tersebut. 
5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.



Nilai murni dan sopan santun masyarakat Malaysia semakin lama semakin terhakis. Etika berasal daripada perkataan 'ethos' (Greek) yang didefinisikan sebagai keperibadian dan akhlak, merangkumi aspek prinsip dan kelakuan individu mengenai kepercayaan antara betul dan salah. Etika juga merangkumi tingkah laku seseorang yang menggambarkan sesebuah masyarakat. Dari perspektif Islam, etika amat penting kerana Islam menggariskan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, tawaduk dan wasatiyyah dengan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.Etika dan nilai murni yang baik amat penting kepada diri seseorang individu kerana ia berupaya membantu memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Etika dan nilai murni milik generasi muda kini kian pudar selaras dengan perkembangan teknologi yang dikecapi. Penggunaan media sosial telah digunakan sebagai platform oleh generasi muda bagi mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan atas segala aspek yang dirasakan tidak adil pad perspektif mereka.

Ini menyebabkan nilai murni dan sopan santun masyarakat Malaysia semakin lama semakin terhakis. Etika berasal daripada perkataan 'ethos' (Greek) yang didefinisikan sebagai keperibadian dan akhlak, merangkumi aspek prinsip dan kelakuan individu mengenai kepercayaan antara betul dan salah. Etika juga merangkumi tingkah laku seseorang yang menggambarkan sesebuah masyarakat. Dari perspektif Islam, etika amat penting kerana Islam menggariskan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, tawaduk dan wasatiyyah dengan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.

Etika dan nilai murni yang baik amat penting kepada diri seseorang individu kerana ia berupaya membantu memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat kami berikan setelah apa yang kami cadangkan ini, Latihan Dalam Kumpulan ( LDK) ini boleh memberikan impak yang positif dikalangan anak-anak muda. Diharap cadangan ini dapat diterapkan demi membentuk masyarakat yang beretika dan mempunyai nilai-nilai murni.
































Friday 10 April 2020

UMMAIRAH BINTI MARJUNI 269310


BURASAK HIDANGAN WAJIB DI HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Menikmati Burasak pada setiap perayaan Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha. Memandangkan kampung saya di Pontian, Johor, maka tidak hairanlah kalau saya dapat menikmati makanan ini kerana warga pontian di negeri ini kebanyakannya datang dari daerah yang berbeza di sekitar Johor. Jika ada kalangan mereka yang asal dari keturunan Bugis atau Banjar dari daerah Pontian atau Batu Pahat misalnya, maka Burasak menjadi salah satu hidangan wajib pada hari raya.

Apakah Burasak ?

Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya digoreng tanpa minyak. Setelah digoreng, ia kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis. ( Sumber : Wikipedia )


RESEPI MEMBUAT BURASAK
Bahan-bahan (untuk 10 orang)
·        Beras Wangi 1kg,
·        Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
·        garam secukup rasa.
·        Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
·        Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.

CARA-CARA MEMBUAT BURASAK
1.      Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih api dikecilkan.

2.      Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api.

3.      Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4.      Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.

5.      Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

CARA MEMBUNGKUS BURASAK
·        Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu).

CARA MENGIKAT BURASAK
·        Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.



CARA  MEMASAK BURASAK
·        Rebus burasak selama 8-10 jam. Lagi enak lebih dripada itu (sebaiknya direbus dalam periuk besar kayu api yang marak) Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Lazimnya Burasak lebih enak dimakan bersama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan .Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.
Wah, ni dah macam edisi khas makanan orang Bugis ni.hehe.Kalau anda memang asal dari keturunan Bugis, maka wajiblah anda tahu  atau belajar cara membuatnya kan ? Saya pun belasah je makan apa yang ada time pi marhaban hari tu.Kalau tak rasa, sampai bila saya pun tak akan tahu Burasak tu apa kebendanya..ok. Selamat Mencuba!


NORZAN ANAK UATE 269380


KAUM SELAKO DI SARAWAK..
Yuhouuu, so kali ini aku ingin cerita tentang salah satu kaum di Sarawak. Sudah pastinya kalian tahu bahawa Sarawak mempunyai banyak kaum, antaranya ialah kaum Iban, kaum Bidayuh, kaum Kenyah dan kaum Selako. Jadi kali ini aku akan bercerita tentang kaum aku iaitu kaum Selako. Aku akan bercerita tentang, pakaian, makanan perayaan dan adat kaum aku. Jadi apa tunggu lagi, mari kita mula.
1 Jun adalah tarikh yang amat dinantikan oleh orang Sarawak, kerana masa ini kami akan berkumpul bersama keluarga, saudara mara dan kawan-kawan untuk meraikan Hari Gawai. Seperti dalam gambar, itulah salah satu aktivti yang kaum kami akan lakukan pada 1 Jun. Selalunya sekumpulan penari dan pemain alat musik tradisional akan menari dan bermain alat musik dari rumah pertama sehinggalah rumah terakhir di kampung. Setiap penghuni rumah akan berasa sangat teruja untuk menerima kedatangan mereka, kerana kedatangan mereka dianggap sebagai membawa tuah/rezeki. Bukan sahaja penari dan pemain alat musik akan berjalan, malah penduduk kampung juga akan turut serta dalam meramaikan suasana. Gambar di bawah akan menunjukkan betapa meriahnya sambutan hari gawai untuk kaum kami. 
Mesti kalian tertanya-tanya apa yang kami hidangkan pada Hari Gawai. Kaum kami sama seperti kaum yang lain, kami juga menghidangkan kueh-muih, kek lapis Sarawak dan yang paling penting, biskut dan minuman. Bercerita tentang minuman, orang selalu bertanya, adakah wajib untuk kami minum minuman beralkohol? Sebenarnya, ianya bukan satu kewajiban kepada kaum kami untuk meminum minuman itu, ianya bergantung kepada pendiriaan seseorang. Masih dalam cerita makanan, makanan yang paling sedap dan jarang dijumpai adalah nasi yang dibungkus dari daun dan dimasak dalam buluh. Panggilan untuk nama makanan itu adalah “Bontong”. Selain itu, ada juga kueh seperti kueh “Tumpik” atau lebih dikenali sebagai kueh penjaram dan juga seperti kewajiban iaitu lemang.
So itu sahaja untuk kali ini cerita tentang kaum aku. Kita akan berjumpa lagi di blog yang seterusnya dan aku akan terangkan lebih lagi tentang keistimewaan kaum selako kepada kamu semua. Jadi terima kasih kerana sudi untuk membaca cerita aku dan jangan lupa untuk baca blog yang seterusnya.Bye,Bye…


MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH 269138

Bekerja, Berkeluarga.... Belajar? Apabila kita dah meniti satu pengalaman hidup dengan bekerja dan berkeluarga, cuma ada satu perk...

Calender