3 Tahun yang lalu terasa terlalu berat untuk melangkah mengajar di negeri Sabah...Terasa bagaikan bot atom menghimpit diri tatkala mengetahui negeri tempat aku ditempatkan buat kali pertama ialah negeri SABAH...perasaan kurniaan Ilahi ini bercampur baur kerana akan pergi ke satu tempat yang kita tidak punya saudara mara atau pertalian darah dengan sesiapa pun di sana...
Di sini lah dipertemukan oleh ALLAH dengan 2 orang housemate yang sangat baik dan indah budi perkerti..alhamdulillah ALLAH masih sayangkan kita kerana tempatkan kita di kalangan orang yang baik baik...kami mengharungi kehidupan di bumi pinggan pinggan mencedok segala ilmu dan menimba seberapa banyak pengalaman untuk memperbaiki diri masing masing...dan kini...tatkala ini wajah mereka dua kerap bermain difikiran dan lantaran sebak menjelma diri yang lemah ini...kuatkan aku YA ALLAH..moga mereka semua bahagia dan dipermudahkan urusan..
Ana Uhibuka Fillah Abadan Abada Juga dipertemukan dengan sebuah keluarga "besar" yang terdiri daripada guru-guru semenanjung.. kebanyakkan nye merupakan ustaz-ustaz dan guru guru daripada pantai Timur...kelate gomo kelate...dan di sinilah bahasa pertuturan aku berubah daripada Melaka ke bahasa kelantan....aku maen taram je kecek kelate dgn sek sek ni....yang mana aku sgt seronok dan mereka boleh faham..kira ok lah tu..huhu...
Gotong Royong Di sinilah aku melibatkan diri dengan usrah dan buat aktiviti kami bersama-sama mengeratkan ukhuwah masing masing....setiap kali aktiviti kami lakukan bersama...

Rumah Sewaku...
Kenangan Ketika Hari Raya Korban
Majlis Lepaks Sambil Makan
Majlis Berbuka Puasa
Nasi Kerabu Hidangan Wajib di sini
Usrah Mingguan Di Masjid SMKPP Dan semuanya menjadi kerinduan tatkala ini...benarlah kata orang...kalau mahu menyayangi orang..sayang lah sesayang sayangnya...namun kene akur andai perpisahan menjelma nanti....kerana itu sudah ketetapan Ilahi...hargailah seseorang itu kerana kita akan menghargai sebuah pertemuan apabila perpisahan menjenguk ukhuwah itu....mudahan kami semua kuat..allhumma amin...
Hit: 22 Laman Asal