Friday, February 8, 2013

MENCINTAI RASULULLAH

Assalamualaikum wbt.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.]


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…
Alhamdulillah…Bertemu lagi kita di lapangan blog ini,salam pagi jumaat buat anda semua yang tak pernah jemu menatap segala perkongsian ilmu yang telah saya kongsikan disini.Ada orang tanya saya,tak jemu ke asyik berkongsi ilmu di blog ni?saya jawablah tak jemu,sebab dah memang tanggungjawab kita untuk saling berkongsi ilmu yang kita ada bukan?Rasanya agak alam juga saya tidak berkongsi dengan anda semua bukan?Saya juga tidak terlepas daripada menjalankan urusan duniawi,namun dalam kesibukkan saya ini,saya tak pernah terlepas untuk menjeguk ke blog saya ini.Saya amat berterima kasih pada anda semua yang sudi menjengah ke lapangan blog ini,semoga saya dan anda semua akan sama-sama beroleh manfaat,InsyaAllah…

Baiklah,rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat anda semua pembaca blog saya yang budiman ini.Setiap tahun apabila tiba tarikh 12 Rabiulawwal kita akan meraikan hari ulangtahun kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Kita akan dapat lihat diserata negeri di Malaysia ini akan menganjurkan perarakkan.Betapa meriah sekali sambutan yang diadakan sebagai bukti betapa kita begitu mencintai Rasulullah,namun sebenarnya kita lupa bahawa Rasulullah tidak pernah minta agar hari ulangtahun kelahiran beliau disambut sebegini rupa,apa yang Baginda minta hanyalah agar umatnya sentiasa mengikut segala ajaran islam dan sentiasa mengamalkan sunnahnya.betapa hari ini kita dapat bagaimana cara kita mencintai Baginda?apakah sudah mendalam cinta kita pada Baginda?apakah sudah cukup kita kenal Baginda sekadar Rasul kita?apakah kita ini layak menerima syafaat daripada baginda kelak dihari kiamat kelak?

Hari ini kita terlalu mendewasakan manusia sebagai Idola kita,anak-anak muda hari ini terlalu mengagungkan artis barat dan juga artis korea sebagai idola mereka,fesyen pakaian mereka menjadi ikutan.Kita sepatutnya sedar bahawa sebagai orang islam kita tidak sepatutnya menjadikan orang kafir laknat itu sebagai idola kita,kita sepatutnya menceritakan pada anak anak muda kita hari ini bahawa dalam kehidupan kita ada orang yang paling banyak berkorban untuk kita.Ya Baginda paling banyak berjasa pada kita,kerana Bagindalah kita hari ini menjadi orang islam,kerana Bagindalah kita akan lebih awal dihisab pada hari kiamat kelak.Betapa beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian marilah kita sedar bahawa dengan segala pengorbanan yang telah Baginda lakukan telah menyebabkan hari ini islam tersebar luas ke serata dunia.marilah kita tanamkan rasa cinta yang mendalam pada Rasulullah,ikutilah segala sunnahnya.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment