Rezeki ada di mana-mana?......Betul ke?........apa buktinya?......Carilah, kita pasti akan menemuinya….dengan izin TUHAN…..

Mungkin dulu kita pernah terTIPU, diTIPU atau kita sendiri yang menipu diri sendiri…….walau apa pun, percayalah kita mampu berusaha….. untuk jadi lebih baik, lebih BERJAYA, beralih ke takuk yang BARU, yang lebih baik….dengan izin TUHAN.

Untuk berjaya…….pasti ada risikonya….iaitu GAGAL….tapi kita BUKAN gagal untuk selamanya….kita cuma gagal BERJAYA pada masa itu……..kita masih berpeluang BERJAYA pada masa akan datang!.........

Cakap memang senang, kita boleh cakap apa saja…….tapi untuk terima kenyataan KEGAGALAN lalu……bukan MUDAH, tapi…BOLEH! Kalau diizinkan TUHAN….

Kita semua pernah gagal BERJAYA (bukan tak berjaya), dalam perniagaan mungkin kita pernah hilang/rugi beratus ringgit, beribu ringgit, berpuluh ribu ringgit atau berjuta ringgit! tapi bezanya ialah sama ada kita BELAJAR sesuatu daripada ketidakberjayaan itu atau kita hanya kecewa samata-mata (merugikan diri sendiri) mengenangkannya tanpa ingat itu satu pelajaran…

KETIDAKBERJAYAAN adalah satu proses WAJIB bagi sesiapa sahaja yang berpotensi jadi orang yang BERJAYA, ini bermakna kita akan gagal sebelum kita berjaya. Tapi ingat JANGAN ulangi kegagalan lalu….itu syarat untuk BERJAYA! Kata pakar motivasi terkenal…”Orang yang hebat, orang yang berjaya ialah orang yang paling banyak menerima cabaran dan dugaan (ketidakberjayaan)”….tapi saya TAK setuju! Sebab bagi saya ramai orang yang pernah gagal terus gagal dan tak berjaya………tapi kenapa?...................mungkin sebab mereka LUPA menjadikan ketidakberjayaan itu sebagai satu pengalaman dan pelajaran yang berguna!

Ada orang kata biarlah kita hidup cukup-cukup makan aje…..dapat sara diri dan keluarga….tak perlu fikir kesusahan jiran-jiran, ibu bapa di kampung, saudara mara, kawan-kawan, masyarakat sekeliling, dan sebagainya………Anda setuju?............

Saya setuju….tapi itu dulu semasa saya dibangku sekolah……tapi hari ini saya yakin kita diciptakan TUHAN bukan semata-mata untuk sara diri dan anak-anak aje….banyak lagi tugas kita……….

Walaupun tidak ada siapa yang akan tanggung hidup kita dan beri makan isteri dan anak-anak kita……bagi saya, kita masih ada tanggungjawab terhadap agama….. ibu bapa kita di kampung…..jiran-jiran, saudara mara, kawan-kawan, masyarakat, bangsa dan negara yang memerlukan sumbangan kita. Memang kita boleh duduk diam je, tanpa beri apa-apa sumbangan, tapi apa maknanya hidup macam tu?

Kalau kita ada ilmu, kita boleh sampaikan, itu satu sumbangan….kalau kita ada harta, kita boleh bantu…….tapi kalau ilmu kita hanya cukup untuk diri dan keluarga, kalau harta kita pun hanya cukup-cukup makan (kadang-kadang tak cukup)…..macam mana kita dan beri sumbangan?..........takkan kita nak jadi seperti orang bodoh yang menyusukan kera di hutan sedangkan anak di rumah mati tak makan??........

Sama-samalah kita FIKIR…..ada insan hebat pernah berkata…..”sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”…….tak teringin ke nak jadi sebaik-baik manusia?................tapi macam mana, cakap senanglah!........caranya TAK susah…….USAHA, USAHA, USAHA dan terus berUSAHA……….jangan sekali-kali berhenti berusaha dan jangan sekali-kali putus-asa…………tapi ingat! Kalau usaha, biarlah BIJAK….kalau tak berjaya, jangan lupa BELAJAR…..SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA
Hit: 8 Laman Asal