Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Sekolah, Daerah, Negeri Dan Kebangsaan Kali Ke-39, Tahun 2013 / 1434 H. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-39 Tahun 2013/1434H.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-39 Tahun 2013/1434H dan Senarai Ayat Tilawah al-Quran, Surah Hafazan dan Tajuk Bercerita Kisah Al-Quran. Bahan-bahan berkenaan boleh juga dicapai melalui laman web BPI (www.bpi.edu.my) atau klik[Bahan MTQSS 39].
Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang dilampirkan.
Semoga pelaksanaan MTQSS ke-39 pada tahun 2013 ini akan lebih memberikan impak kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaiatan
Hit: 12 Laman Asal