Aku sangat yakin that this suppose to be bad habit bukan sekadar milik aku sorang jer tapi aku share it wif most of all rakyat di dunia ni dan dunia-dunia lain gak sekali. Setiap sorang dari kita diberikan msa 24 jam sehari tap still kita tetap pilih untuk buat tugasan 30 minit terakhir gak.. Hmmm.. Ia telah berlaku, sering, sedang dan akan terus berlaku gak.. Hmmm...

Since dari sekolah lagi rasanya bad habit ni start. Masa cikgu bagi kerja rumah then bila balik rumah ada aktiviti lain. Malam pun ada aktiviti lain. Bila pagi di sekolah then baru berebut-rebut nak pinjam kerja sekolah kawan lain yang sebenarnya senasib ngan kita so berebut r nak salin kerja sekolah and bila dah hantar semua jawapan sama. 
Sama gak keadaan bila exam. Aku rasa exam PMR jer yang aku paling dedikasi buat ulangkaji awal-awal. Tapi after that aku just buat ulangkaji malam before exam jer. Sebab result jer kira wokey jer. Ingat lagi masa STPM, aku ambik paper Sejarah so kalu korang pernah ambik Sejarah STPM then korang guaranty tahu yang buku STPM sejarah ada 4 and each of it setebal 2 inci. Dan disebabkan aku masok form 6 bukan berobjektif untuk belajar (tapi sebaliknya sebab tak nak kerja lagi) plus subjek Sejarah bukanlah subjek kegemaran aku so aku aplikasikan tabiat ulangkaji pada malam before exam.
So aku baca 4 buah buku setebal 2 inci setiap satu tu di atas katil rumah aunty aku so kurang beberapa jam, aku tertidur. Dan bila dah masok exam, soalan yang kuar bukan daripada apa yang aku baca that last nite. Sebab tak nak biar kosong, so aku isikan jer essei-essei tu ngan ingatan ikan emas aku ni..








Resultnya: aku dapat A untuk kedua-dua paper Sejarah aku.. Menjadikan aku terlampau yakin ngan teori last minute nih dan aku start suka subjek Sejarah.. Poser sungguh..
















...

Sepatutnya hari ni tadi aku dah start memulakan perjalanan ke KL. So last nite aku sangat berebut-rebut nak siapkan bab 3 tessis master yang aku ambik upah dulu tu sebab kalu betul plan akan berada kat Kuantan sekitar 2 minggu gak r. So takut nanti lepas due date pulak. Baju pun belum masokkan ke dalam beg lagi. Mata dah start menantuk sebab siangnya banyak aktiviti. Tapi last-last Uda call kata dia beli tiket flight hari Selasa. Dengan serta merta aku tinggalkan semua kerja tu dan kembali rileks..



So esok aku akan berangkat. Awal pagi gak. Dan sekarang aku masih berblogging. Belum lagi siapkan bab tessis tu or mengemas barang yg nak dibawak. 











Memang last minit betul. Nanti guaranty akan tertinggal banyak benda terutama berus gigi... Hmmm...
Hit: 8 Laman Asal