Thursday, March 30, 2006

Khat Bookmark

Introducing MysCorp's first product - KHAT BOOKMARK

Wednesday, March 08, 2006

Selamat Datang ke MysCorp

Setelah hampir dua tahun menyepi dari industri kesenian Islam, MysCorp muncul semula bagi meneruskan perjuangan memartabatkan kaligrafi Islam yang kian pudar di kalangan umat Islam hari ini.

MysCorp (dahulu dikenali sebagai Misteri Sunggoh) adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berasaskan kaligrafi Islam. Penubuhannya adalah hasil lontaran idea dua sahabat karib, Sdr Shafiq dan Sdr Fayyadh sejurus selepas lawatan tidak rasmi mereka ke Taman Seni Islam di Shah Alam. Seterusnya, bagi merealisasikan impian, mereka berusaha mencari rakan kongsi dari kalangan rakan-rakan. Hasilnya, Sdr Hakim menyertai mereka dalam perjuangan ini.

Sebagai langkah awal, MysCorp kini sedang sibuk melakukan tinjauan di kalangan rakyat Malaysia untuk mengesan sejauh mana minat kecenderungan mereka dalam kaligrafi Islam. Kepada sesiapa yang berminat menyertai perjuangan memartabatkan kesenian Islam ini, anda bolehlah mengirimkan butir diri anda kepada myscorp@gmail.com

Sekian, Terima Kasih

MysCorp