Assalamualaikum. Salam Bertemu kembali.

Sejak-sejak ini, saya sudah banyak memberi artikel dan selalu update blog. Namun blog yang paling ketara adalah blog RnD ini. Sebabnya saya dalam perancangan untuk menghasilkan banyak idea produk dan cuba mencari dana bagi menampung kos RnD saya dan grup.

Selepas cerita mengenai saya masuk dalam akhbar Berita Harian (10 tahun dulu akhbr Metro), saya dicari oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Namun urusan tersebut telah diuruskan oleh ahli grup yang dilantik sebagai PR. Ia ditugaskan untuk menguruskan semua perbincangan dan keperluan yang dikehendaki. Namun tidak semua urusan perancangan akan berhasil dan memperolehi kejayaan. Apa pun terima kasih kerana ada pihak yang sudi membiayai saya terutama sekali bayaran kos pengiklanan.

Kini saya masih mencari dana. Saya memerlukan pihak yang boleh memberi dana untuk menanggung kos RnD saya dan seterusnya mencipta kejayaan. Pengalaman saya pernah membuat permohonan kepada banyak pihak yang boleh memberikan dana. Antaranya adalah Cradle, Mosti dan beberapa individu yang bergelar jutawan. Namun semuanya gagal. Tidak memperolehi apa-apa pun malah dihentam sekeras-kerasnya.

Sebab permohonan ditolak ada banyak sebab. Kebanyakannya sebab pembahagian dana yang tidak betul dan cara yang nampak salah. Contohnya duit dana akan masuk ke akaun kroni dahulu dan dana akan diberikan jika ada keperluan. Contoh lain pula sebab kegagalan saya untuk membuktikan konsep idea berpandukan teori sedia ada. Jika saya ada teori saya sendiri, ia akan reject. Sebab mungkin juga saya bukan Albert Einsteien (ntah camne nak eja) atau Nikola Tesla atau Ibnu Sinar yang boleh cipta teori sendiri.

Jadi sekarang ini, saya banyak menggunakan dana dari duit poket saya sendiri, duit simpanan isteri saya, duit hasil jualan produk-produk saya sendiri. Dan juga duit dari sumbangan orang-orang tertentu termasuklah pihak Muzium Angkatan Tentera. Apa pun, dana yang saya dapat tidak mencukupi. Melainkan saya perlu cari duit dengan cara bekerja makan gaji atau part time.

Sebelum ini saya pernah kerja makan gaji tetapi gagal. Ingat ya, bukan berniaga saja gagal, kerja makan gaji juga boleh gagal. Saya bekerja hampir setahun semata-mata untuk tampung kehidupan dan kumpul dana sedikit tapi gaji tiada. Malah saya ada guna wang simpanan hasil jualan produk untuk melakukan kerja yang bergaji itu. Sudahlah tak bergaji, guna pula duit simpanan sendiri habis sehingga lebih RM15K.

Selama ini saya berniaga dan perniagaan saya ok. Untuk lebih ok saya tubuhkan satu team atas permintaan orang yang mana dalam team itu ada bahagian yang menguruskan marketing, sale dan pengurusan kewangan. Saya lebih kepada productions dan product technical. Pendekkan cerita, semua kerja saya yang buat dari marketing, sale sampailah ke production semua sekali saya buat. Jadi, samalah saya berniaga sorang-sorang seperti sebelum tu kan?

Kini saya bergerak sendiri lagi. Dan tidak berhasrat untuk tubuhkan team baru buat masa ini. Saya pula mula berganding semula (bukan tubuh team) dengan Brader Hisyam yang pakar dalam water fuel untuk membina satu produk water fuel terbaru dengan menggunakan plasma power dan frequency wave. Saya akan uruskan bahagian elektronik dan high voltage. Manakala Brader Hisyam 100% pada technical water fuel.

Kementerian Pertahanan sangat berminat dengan idea produk water fuel dan mahu dijadikan produk untuk tentera. Tapi kami menunggu sajalah segala keputusannya nanti. Sebab ianya diuruskan oleh bahagian PR. Jika ada ketentuan rezeki, syukur Alhamdulillah. Jika tak, saya dan Brader Hisyam akan meneruskan projek kami sendiri secara solo.

Enam tahun dahulu saya dan Brader Hisyam pernah turun sama-sama ke Kelantan untuk mencari emas untuk dijadikan sebagai modal projek. Namun pencarian itu menghampakan. Pada masa itu juga alat pengesan emas saya masih tidak sabil lagi.

Terkini, saya dan Brader Hisyam berhasrat untuk menghasilkan produk Aircond dengan menggunakan tenaga solar dan tenaga-tenaga lain. Tanpa menggunakan elektrik TNB. Ini untuk dipasang pada tempat tertentu seperti pondok guard sebagai contoh dan rumah-rumah terpencil yang takde TNB tetapi mampu untuk keluar duit beli system ini.

Pengujian pertama dengan menggunakan Air Cooler sudah berjaya. Air cooler umpama kipas saja. Jadi penggunaan solar panel kepada air cooler 100% memang menjadi. Tetapi jika disambung pada aircond walaupun horse power yang kecil sekali pun tidak menjadi. Jadi saya memerlukan masa dan kos untuk menghasilkan satu alat yang boleh dipasang pada system aircond solar ini sehingga ia menjadi. Oleh itu, jadilah ia dengan nama aircond elektrik free.

Untuk capai hasil ini, saya perlu kumpul dana semula. Cara yang lebih baik adalah kerja makan gaji semula tapi kena pastikan gaji dibayar, jika tak harulah untuk kali ketiga. Target untuk jual produk saya pun saya tidak utamakan sangat. Sebab itu saya jarang untuk buat marketing sebab tidak mampu untuk buat banyak unit produk sekali gus dan modal yang masih tidak cukup untuk membuat stok. Saya lebih utamakan tempahan saja. Siapa nak kenalah tempah dulu dengan meletakan bayaran deposit dahulu.
Hit: 11 Laman Asal