Saturday, December 29, 2012

morning love.


haha. betul3.
tapi saya tak dapat selamat pagi pun sebab dia bangun bukan time pagi, camne tu?
haha. dapat- dapat je,
baru bangun, mandi dulu ye sayang..
tapi bagus jugak. tak membuang mase ye tak?
kalau betul la awak tu terussss pegi mandiii kan....heee..

Lately ni, dia selalu panggil dengan satu panggilan ni
suka suka suka
rasa disayangi! haha.
teruskan ye? ye?
heee..

btw, assalamualaikum, good morning blog!
perlu menumpukan perhatian pada study
since final is coming just around the corner.
wish me luck...=)

XOXO- zura

Tuesday, December 25, 2012

jealous much.

Perempuan boleh pendam perasaan yang dia sukakan seseorang bertahun-tahun lamanya, 

tapi dia  TAK BOLEH nak pendamkan perasaan cemburu dia walaupun sesaat...


ini adalah benar sebenar benarnya.

kan perempuan?

admit it laaa. buat apa nak sorok- sorok

lagi mereka tahu, lagi bagus

supaya mereka juga menjaga hati kita, kan?

having a great time lately with my family and ehem- ehem

haha. i will update later.

this topic coming out in our conversation

on our way to Johor from Seremban.

TO YOU,

YES! Im jealous much!

But that because..

iloveyou.

Wednesday, December 19, 2012

hai.

saya tahu awak baca blog saya.
saya tak tahu kat mana dan macam mana lagi saya nak cakap pasal ni.
ye, saya kecik hati. saya kecik hati sangat.
saya betul- betul tengah lapar, penat dan letih.
ye, saya tahu, awak suruh saya makan sebelum pegi tu.
tapi saya memang tengah busy dengan design building saya.
dan saya terkejar- kejar balik nak cepat untuk teman awak
sebab tu saya tak sempat nak makan pun.
saya tak nak bagi awak tunggu saya lama- lama

saya tak tahu la kenapa.
saya nak nampak sempurna di mata awak
saya tak nak tengok awak susah sebab saya
betul ke apa yang saya buat ni?
betul ke?
dan kalau saya jadi macam tu, awak akan hargai saya ke?
kalau ye, kenapa saya tak rasa macam tu pun?
huuuuuu..=(

saya sedih..
kenapa saya tak boleh jadi macam awak?
kenapa hati saya lembut sangat?
kalau awak marah, macam mana awak mampu marah saya lama- lama
sampai buat saya rasa yang awak dah benci kat saya?
kenapa saya tak mampu nak buat perkara yang sama macam awak?
kenapa hati saya tak setegar hati awak?
kenapa? kenapa? kenapa?
kenapa bila awak marah, saya akan pujuk sampai awak okay
dan saya yang akan pulihkan balik keadaan macam yang awak nak.
tapi kenapa bila saya yang marah, end up, awak akan marah saya balik
dan berbalik pada saya yang kena pujuk awak dan make things better again.

kenapa? kenapa? kenapa?

kadang- kadang, saya nak tahu mana letak saya dalam hati awak sekarang
bukan kadang- kadang, tapi SELALU
tapi tak mampu saya nak tanya lagi
sebab saya selalu tak pernah dapat jawapan.

kalau awak nak saya pergi, saya pergi.
hm.. saya betul- betul kecik hati.
Assalamualaikum.

malaslah

me too.

Tuesday, December 18, 2012

Assalamualaikum..

Hai ! Semalam seharian bercuti dari blog.
Tidur pun awal. hish hish hish. letih gamaknyaa!

Cerita semalam la ye?
pagi- pagi lagi temankan pakcik
nak pegi LHDN kat Plaza Angsana tu
For his important document
But then, still tak dapat buat pun
since the document have not been completed yet.
apa daaa braderr.
now, go and complete your document faster!
the due date is just around the corner right?

Ehem, since the important thing being stuck there
kami pun pergi breakfast dulu kat area Bandar Baru Uda
kedai apa tah namanya. haha.
that is my lack. cant even remember the name of shop
even i went there for several of times! oh myyy..

yang agak lawaknya, kami makan nasi putih at 10 am!
awai naa. tapi saya dah pernah la makan nasi putih seawal tu
waktu pergi langkawi dengan girlsss dulu.

Done having our breakunch, ( breakfast+ lunch! haha )
we heading to Plaza Angsana.
motif awalnya nak mencari sangkar buat encik tata saya (fyi, encik tata ialah seekor hamster)
since its wife baru beranak, saya kenalah asingkan mereka. ( nanti cerita pasal mereka next entry!)
Kami berjalan- jalan dalam Angsana tu with my baju kurung
and he is with his shirt tuck in and the slack! oh myy hensemm!haha
sungguh sopan kami, yang pelik nya
dengan baju sebegitu, berjalan dalam mall seawal pukul 10.30 am
most of the shop pun baru nak start operation. haha
memang banyak la mata yang memandang. banyak kemungkinannya
salah satu mungkin mereka ingat kami ponteng keje! haha
yang lain biarlah saya assumed sorang- sorang. haha

But i had pleasure time together
its been so long since we go and wondering around mall without any target
Our last time doing that is when we are in UTMKL. so long huh?
Thanks pakcik for your time
then i realised something
we might not doing the crazy things as often as before
but the value is we enjoyed everytime being together
that is more important right?

Thanks again for that enjoyable moment sayang! <3


Update blog sambil dengar lagu Aku Yang Tersakiti
berhenti sekejap melalak 
since rumate keluar. haha.

Sunday, December 16, 2012

dreaming.

melihat orang bernikah memang membuatkan
hati berasa mahu juga bernikah
tapi sedar diri masih muda
banyak yang harus didahulukan
bukan tak penting
cuma banyak lagi perkara yang penting

terutama seorang gadis seperti saya
sebelum menjadi isteri kepada suami tercinta nanti
saya perlu berbakti kepada kedua ibu bapa
kerana selepas bernikah nanti
syurga saya pada sang suami
mesti menangis waktu itu
kerana sedih dan gembira
sedih kerana saya bukan lagi tanggungan ayah dan mak
gembira kerana bakal ada putera yang menemani suka duka saya

sekarang baru 22 tahun
memang sekarang ramai yang kahwin muda
mungkin saya bukan dikalangan mereka itu
insyaAllah, saya yakin Allah dah caturkan yang terbaik buat saya
cepat atau lambat pasti ada hikmahnya

kalau ikut target dahulu, masih ada beberapa tahun
untuk menikmati zaman dara
dan bermanja- manja dengan keluarga

semoga semuanya dipermudahkan
wahai sang suami
bersiaplah untuk menjadi imam yang terbaik
buat saya dan anak- anak kita nanti
kerana saya sedang belajar menjadi
bidadari terbaik buat kamu.
aminnnnn..

Saturday, December 15, 2012

hai babe.

Hai! Assalamualaikum.
saya tahu awak baca blog saya.

thank you for last night..
thanks bawak saya makan- makan, jalan- jalan.
it is such a lovely memories for me

Im sorry
bukan saya tak happy
saya happy sangat
kalaulah awak tahu betapa happynya saya bila awak ada dengan saya
maaf kalau awak rasa yang awak tak mampu buat saya happy
tapi, sungguh, saya happy bila awak ada dengan saya

hmmm.. saya tahu, kita bukan macam dulu lagi
saya tahu, tapi saya perlukan masa untuk adapt dengan keadaan ni
memang saya lambat, saya lambat sangat

terima kasih redakan tangisan saya
saya tak tahu kenapa dengan awak, saya mudah menangis.
even waktu saya baca comment, tweet your friends pun,
saya tak nangis.. dan saya tahu sendiri
bila awak tak ada dengan saya, saya kena kuat
saya tak boleh menangis, kan?
mungkin tangisan saya semalam
adalah tangisan yang saya kumpul,
yang saya tahan selama ni..
Maafkan saya ye..

maafkan saya kalau saya macam paranoid sikit
berada di tempat saya, keadaan saya
jujur, memang tak best
sangat tak best

tapi bila ada awak,
saya boleh tolak rasa tu ke tepi
buat macam tak ada apa yang jadi

bukan saya tak nak marah,
bukan saya tak nak luahkan,
cuma saya rasa,
waktu untuk kita jumpa sekarang, dah terlalu terhad
saya tak mahu bazirkan kesempatan yang ada
untuk saya lihat muka awak, berada dalam keadaan
yang tenang dengan awak
dengan perselisihan yang akhirnya,
tak ada siapa yang berubah.

saya akan belajar jadi yang lebih baik untuk awak
InsyaAllah..

Thursday, December 13, 2012

Pelik.

Dia pelik malam ini.
kenapa ye?
ke saya je yang berperasaan seperti ini.

betul ke kadang- kadang,
untuk memahami diri satu sama lain
perlukan pergaduhan yang besar?
barulah akan saling memahami selepas berbaik
itu pun kalau berbaik

kalau pergaduhan itu menjadi semakin teruk?
dan tak ada siapa yang nak mengalah?
haa, padan muka dua- dua.
kan?

penatnya nak study.
esok ada 2 test.
sangat seronok!

XOXO- Z -

Wednesday, December 12, 2012

Great!

dimana anda

wahailah mood untuk study,
di mana kah anda.
jauh betul kau tinggalkan aku ye?

Balik lah cepat..
i need you..
my test is just around the corner..
come back soon ya?
for me..
pretty please..
i miss you, mood.

Tuesday, December 11, 2012

Let bygone be bygone.

Lately ni saya kurang sihat.
muntah- muntah..
kepala pun selalu sangat pening.
Mungkin terlalu mengadap si blacky
mana tak nya..
semua assignment saya
memerlukan saya bercinta lebih dengan si blacky
nasib baik hensem.

Natijahnya, (err, betul ke perkataan ni? ahh, suka hati la kan!)
mungkin mata saya yang bermasalah
dan effect pada kepala
saya sebenarnya dah diwajibkan memakai spek
ada pun kat rumah
tapi tak bawak
lawak la muka bila pakai spek
no good. haha
eleh, tak pakai pun bukan cantik pun mu tu zuraaa..

eh, macam lari topik eh?
malas la nak cerita pasal topic post kat atas tu.
next post la ye..
gonna be Let bygone be bygone II.
haha. bye!

XOXO -Z-

sometimes.

kadang- kadang rasa nak stop every single things yang saya buat sekarang.
everything.. stop every - every - every- everything.
and start all over again.
so that i can undo everything.
kalau lah manusia mampu buat macam tu kan.
Doraemon je yang boleh..
Doraemon pun manusia jugak yang cipta.
hai.. ape pun tak boleh..

Dugaan datang lagi..
tapi saya rasa macam kuat sikit pulak kali ni..
good job zura!

Tapi ustaz ade cakap..
benda yang kita paksa- paksa diri kita untuk buat,
lama- lama akan jadi sebati dengan diri jugak
macam kalau paksa diri makan,
lama- lama perut sendiri yang duk bising nak makanan, kan?
err, tak ada kaitan kan? haa..itulah motifnya!
hahaa..
dah, tak tahu nak merepek apa lagi..

tapi saya tak ada mood langsung..
maaf semua kesayangan saya..

Monday, December 10, 2012

Don't Judge Person When You Know Nothing Bout Them

My mum always told this to me..
That's really true..
but sometimes, we often forget..
that's what human is right?





I love the THIRD one. Nice and hurt. heee..=)


I miss my mum..=(

Sunday, December 9, 2012

iloveyou.=)

Assalamualaikum..
morning my sweet little blog.. we meet again!

Yesterday was a tiring day for me..
Its my fault..
a day before tu memang tak dapat nak tidur the whole night,
then, terus siap- siap nak temankan bestfriend
Alhamdulillah.. everything going well..
Even terhuyung hayang macam mat pet layan dadah semalaman.

-----------------------------------------------------------------------

Pagi ni saya rindu sangat kat dia..
sangat rindu..
tapi macam mana ye saya nak cakap kat dia
saya tak bolah nak demand apa- apa lagi
saya berusaha keras untuk memahami keadaan kami
tapi keadaan dan hati saya, ada ke orang yang nak faham?

kalau dulu, apa pun jadi dekat saya, dia jadi kekuatan saya..
peneman saya, pemberi semangat untuk saya.

boleh bayangkan bagaimana saya sekarang tanpa kekuatan, peneman dan pemberi semangat?
kadang- kadang saya nak cakap kat dia.. bagi dia faham..
sebab saya tahu, lelaki ni janganlah cakap berkias,
better straight to the point..
tapi.. tapi.. saya tak tahu saya layak ke nak cakap macam tu..
tapii.. saya sayang diaaaaa...

XOXO - Z -


Saturday, December 8, 2012

empty.

kenapa saya suka tanya soalan yang akhirnya saya yang sedih.
saya pun pelik.
kadang- kadang nak tahu jawapan tu.
tapi sedar, kalau tahu saya mesti sedih.
dan kalau dia tak mahu jawab,
saya akan berfikir sendiri sorang- sorang
dan kalau dah berfikir sorang- sorang tu,
mestilah banyak yang negatifnya.

hai laaaa..
mengapa saya jadi begini..
saya yang dahulunya positif
umpama hilang kuasa kepositifan dalam diri
kuasa kenegatifan sedang melanda
tak tahu sampai bila
penat jugaaaaaa

wahai diriku yang positif dahulu
cepatlah kembali dalam diriku semula
janganlah dikau merajuk sebegitu hebat
rindu sungguh daku padamuuu
pulanglah sayang. haha

XOXO - Z- =D

Friday, December 7, 2012

Assalamualaikum..

hello blog... we meet again!
Alhamdulillah.. masih diberikan kesempatan meneruskan hidup di muka bumi..
Pernah tak terfikir, macam mana kalau tidur, pagi esoknya kita dah x ada lagi..
yang mampu kita lihat, jasad kita yang terbaring je..
Astagfirullah..

saya selalu terfikir..
macam mana dengan keluarga saya waktu itu? orang yang saya sayang..
kawan- kawan.. roomate..
............................

Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah..
Ayah selalu pesan macam ni..
setiap apa yang dah ditakdirkan,
walau macam mana kita elak, kalau itu untuk kita,
maka kita akan tetap dengan perkara itu..
dan walau macam mana kita kejar, kita pegang,
kalau itu bukan untuk kita, tetap kita jauh dari perkara itu..

Ayah selalu pesan...
tapi saya selalu leka..
bukan saya tak tahu..
cuma saya leka.. sangat leka..
InsyaAllah akan sentiasa tanamkan diri..
Istiqomah.. Itu yang penting..
(dan susah untuk dilakukan, kan?) 

XOXO - Z - heeee..=)


shah rukh khan..

tiba- tiba teringat dia pernah cerita dulu..

dia ada tengok satu show ni.. pasal shah rukh khan..
dalam show tu SRK cakap,
dia and wife dah di tahap yang
masing- masing dah tak yah nak cakap
i love you, you love me lagi dah
tapi masing- masing faham yang they need and love each other..

are we in the same situation sayang?
if so, then i have to work harder
to be more understanding..

i know our situation is not like before anymore
but give me some time.. some space..
to try to adapt to situation..

i am much more slower than you..

im dying.. im dyinggg...

oh myyy.. disasterrr.. disasterrr..

from last weeks and will continue till the study week which is on 24th dec,
my life will be in soooo miserableeee...
its disasterrr.. much- much disasterrr..

woahhh.. wanna see something??

my things to do list
ohh greattt! best kan??
bukan great takat numbers of things to jeeee.. cube tengok kat date tu skalii
bertindih2.. dah bukan bertindih2 lagi.. bertindih3456789!

maka dengan itu saya isytiharkan dunia saya sekarang adalah dunia zombi
di mana asyik bergerak kesana kesini
dengan muka yang tak semenggah dan tidak terjaga.

Luckily saya tengah makan ubat pmc..
haaa.. bestttt..
so, since i dont really have time to care about my skin,
that things do it for me..
i just need to be discipline in drinking it..
hope to be a great results soon..
wish me luck!!
for my workssssss and my skin too..

xoxo - d-  publish!( like dian in istanbul aku datang! that movie is sooo sweeeettttt!)

Wednesday, December 5, 2012

crazy listening to this song

One More Night - MAROON 5
You and I go hard, at each other like we going to war
You and I go rough, we keep throwing things and slammin' the door
You and I get so, damn dysfunctional we stopped keeping score
You and I get sick, yah I know that we can't do this no more

But baby there you again, there you again making me love you
Yeah I stopped using my head, using my head let it all go
Got you stuck on my body, on my body like a tattoo
And now i'm feeling stupid, feeling stupid crawling back to you
So I cross my heart, and I hope to die, that I'll only stay with you one more night
And I know I said it a million times
But i'll only stay with you one more night

Trying to tell you no, but my body keeps on telling you yes
Trying to tell you stop, but your lipstick got me so out of breath
I'd be waking up, in the morning probably hating myself
And i'd be waking up, feeling satisfied but guilty as hell

But baby there you go again, there you go again making me love you
Yeah I stopped using my head, using my head let it all go
Got you stuck on my body, on my body like a tattoo
And now i'm feeling stupid, feeling stupid crawling back to you
So I cross my heart, and I hope to die, that i'll only stay with you one more night
And I know i've said it a million times
But i'll only stay with you one more night

Yeah baby give me one more night
Yeah baby give me one more night
Yeah baby give me one more night

But baby there you again, there you again making me love you
Yeah I stopped using my head, using my head let it all go
Got you stuck on my body, on my body like a tattoo
Yeah, yeah, yeah, yeah

So I cross my heart, and I hope to die, that i'll only stay with you one more night
And I know i've said it a million times
But i'll only stay with you one more night

(yeah baby give me one more night)

So I cross my heart, and I hope to die, that i'll only stay with you one more night
And I know i've said it a million times
But i'll only stay with you one more night

(I don't know, whatever...)

                                                                                                                                      this is just like us.

Altar Cinta by Sixth Sense

Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi

Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap

Tak mampu kuterbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku


simple lyrics. but meaningful..

found this.

The Fact that We 
Sometimes Trying So Hard 
To Please At Least People We Love
And Eventually
We Are The One
Who Hurt Ourselves 
THE MOST

Tuesday, December 4, 2012

...

saya terpaksa berkorban lagi kesekian kalinya.
menjaga hati orang tanpa memikirkan hati sendiri,
bukan semua orang mampu lakukan.

tapi InsyaAllah saya mampu.

namun, saya juga seorang manusia.
seorang perempuan.
lagi lemah dari awak.
Janganlah mengharap sesuatu yang tak mampu saya nak tunaikan.
kerana saya juga ada hati
ada perasaan
ada keinginan

kerana saya juga manusia.

hm.. mampu ke saya bahagia sebelum saya tutup mata selamanya?

Saturday, December 1, 2012

the ugly truth.

perempuan mesti nak tahu what happen to their beloved one kan? yang best or xbest. yang manis atau pahit.
kan? kan? kan?

Last night, one of our topic.
I admit, i want him to tell me what is happening surrounding him.
yaaa, here is not like UTMKL.
where my surrounding is also his surrounding.
but here since both of us is in different faculty, his is his and mine is mine.

we only met once in a week.
itu pun kalau a week.
if weekend tu saya balik,
once in two week!
rindu, tapi nak buat macam mana
need to adapt this quickly.

back to story,
he told me something.
something that is not good to be hear by me. haha
yes, im hurt a little bit.
but the good is, he is telling that to me
rather than keep it silent.
Better kan?

I promise ill try my best to adapt the situation
hello zura, its been almost 3 yrs and 7 months laa.
what are u afraid of haa myself??
myself : Im just afraid. haha.

He is there for me. He is being honest to me.
Thank you sayang. <3


Friday, November 30, 2012

Saturday, November 24, 2012

home

i need to be there.
im not happy here.
this isnt my place.
i need to be there.

Friday, November 23, 2012

coward

lately selalu sangat rasa coward. everything.
every single thing yang saya buat.
yes, saya admit, saya memang manusia yang berfikir
secara melampau.
kadang- kadang pemikiran ini melebihi batas.

tapi salah ke ye?
nak buat macam mana nak avoid ye?
orang senang la cakap,
ignore, ignore, ignore.
ohh.. how i wish i can act like telling words.

ada ke orang lain yang macam saya ni ye?
kalau ada, macam mana dorang tu face dis kind of situation?
teringin nak interview.

Ya Allah, bantulah aku yang lemah ini.
gerakkan rasa hati ini.
tenangkan diri ini.
damaikan perasaan hati ini.

semakin lama belajar mengenali diri.
semakin mengenali bahawa diri ini
sebenarnya agak kuat daripada yang disangka.

tapi di kala ini kenapa aku lemahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, November 2, 2012

birthday blast!

saya dapat banyak hadiahhhh! hee..

Tahun ini saya sambut tanpa dia ada. walaupun hari itu, hari raya haji. satu dunia menyambut. tapi saya tetap sunyi. tak apalah, saya harus faham dan belajar. keadaan bukan lagi seperti dulu. bukan lagi semudah dulu. saya harus faham dia. walaupun terkadang terluka jua saya.=(

berbalik pada hadiah! saya dapat banyak.
2! dan salah satunya apa yang saya inginkan.
dan satu lagi, adalah hadiah yang terbaik dari si dia.
kerana sehingga ini, hadiah itu menjadi peneman kala sunyi.
menjadi pendodoi lena.
menjadi pengubat kesedihan.

terima kasih pakcik jambu!
awak sangat manis. sangat sangat manis.
walaupun saya sedih. tetapi kemanisan awak telah melenyapkan segala kesedihan saya hari itu.
awak manissssssssssss..


lihat kad itu. siapa tidak cair. haha.
lihat yang besar itu, keingingan saya untuk bilik baru nanti. lengkap sudah.
lihat si kecil itu. kecintaan saya kini.=)

terima kasih sang pemberi.
kesayangan saya pada kamu semakin tinggi.
bukan kerana barang- barang ini. tapi kerana kesungguhan dan
kerja keras kamu.
saya tahu bukan mudah menyediakan semua ini.
terima kasih.

saya sayang dia.(^-^)

no comment.

haha.ape tah tiltlenye. hai blog! hai coolblog!err. saya terpaksa tunggu lagi 1 minggu 6 hari utk menikmati chocolate blog without pearl saya itu. ini adalah kerana pakcik jambu saya. tak apalah, demi kesihatan saya yang sudah terlebih sihat ini juga.=)

rindunya kat awak wahai blog. maaf dan ampun saya dah jarang bukak awak. rindu saya juga? aww..
sweetnya.. haha. merenyam dengan blog sendiri tidak apa kan? si dia sedang lena diulit mimpi.

saya sudah tua. woahh. sudah 22. besarkan nombor itu? hadoi. sungguh terasa sudah banyak umurku. semakin banyak yang perlu dijadikan tanggungjawab. bukan lagi mengharap bantuan dari orang lain terutama mak, ayah dan si dia. masa untuk saya menjadi lebih dewasa. berbekalkan pengalaman hidup yang tidaklah sebanyak mana, namun saya pasti, cukup meninggalkan kesan yang bakal menjadi penggera amaran kepada saya untuk membuat apa-apa lagi kesilapan kemudian hari. insyaAllah.

terima kasih ya Allah. masih tidak lokek Kau kurniakan kesihatan badan pada hambaMu ini.
masih tidak kurang kasih sayangMu padaku ya Rahman. alhamdulillah.
mereka yang aku sayangi masih lagi bersamaku dan aku masih bersama mereka.
dan aku masih Kau beri peluang untuk berusaha menjadi khalifahMu dimuka bumi ini.
terkadang aku tersungkur jua. Istiqomahkan lah segala amalanKu ya Rahim.

Ayah dan Mak masih tetap menyayangiku. syukur aku masih punya mereka.
masih berpeluang memeluk mereka, bermanja dengan mereka. bertuah sungguh aku.
memiliki kakak2 dan adik2 ku, sebagai pelengkap dalam kehidupan ku..
dan kini, 3 orang si kecil yang sangat2 aku sayangi.. alhamdulillah ya Allah..

bersama si dia yang aku cintai. terima kasih wahai sang adamku.
terima kasih atas perhatian, kasih sayang, tunjuk ajarmu.
terima kasih atas segalanya.
semoga segala-galanya kembali seperti biasa
malahan lebih baik dari yang sebelumnya. aminnn..

Syukran Ya Allah.. Alhamdulillah..

Friday, October 19, 2012

morning sunshine.

Every relationship has its problems but what makes it perfect is when you still want to be there when everything sucks.

memissyou.

us.

saya demam. dia pun demam.
macam comel pulak.
tapi sakit itu tak comel langsung.
sedih hati saya dengar suara dia yang teruk selsema.
mesti tak selesa. tidur pun mesti terganggu.
dia dah makan ubat pun tapi tak kebah-kebah lagi sakitnya.
sayang saya itu bila sakit, memang lama.
sebab itu saya sedih.
tak sanggup tengok dia sakit.
nasib baik masih hensem even sakit.
makin hensem. =)

sebenarnya nak ajak dia keluar hujung minggu ni.
memandangkan kami sama- sama free.
tapi dia macam tak ada plan untuk keluar pun.
tak apalah.
tak kan perigi cari timba kan.
lagipun, tak mahu mengharap lebih.
plus, kami sama-sama sedang sakit.
baru nak ajak pegi jogging.
tapi saya je yang ajak keluar.
entah-entah dia tak nak.
lupakan la ye wahai zura.

dia dah tidur. saya rindu dia.
cepat sembuh sayang.
semoga saya juga cepat sembuh untuk jaga awak.
saya jaga awak, awak jaga saya. err, yeke awak akan jaga saya? huhu..

saya rindu kita yang dahulu.
kita yang budak- budak.
bukan kita yang matang macam sekarang.
tak fun langsung kan.
selamat malam my lover.

Thursday, October 18, 2012

smiling.

baru naik post.
balik dari class, still check mail macam biasa.
then..
hehe.. dah dapat!
vacsin for my heart.
thank you, you. (^-^)

Wednesday, October 17, 2012

first thing i do when i meet blacky.

hello blacky!

fyi, blacky is one of my beloved. things. yup. thing.
haha. blacky is just my lappy. not more than that.
but i admit, my time with "him" is more than my time with mr right. huhu.

first thing i do when i met blacky.
Turn on of course.
connecting to the internet cable.
start clicking chrome.
opening number of tabs.
facebook, google, blogger and yahoo.

actually, every single time im waiting for an email.
most important email ever.
waiting every day.
every single second in a day.
even when i go to the toilet.
come back later, i will still hoping that email.

but lately, there's no any email from that sender.
quite sad.
quite dissappointed.
but, ill try to think positive.
that person is busy.
if not, that person will surely send me an email
just to make me smile.
i know.

still havent received any.

imissyou.

lagu lagi.

tak tahu mengapa asyik post lirik lagu. best. hehe.


SEMUA ISI HATIMU
Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

i miss u mr right.

Tuesday, October 16, 2012

if.

kalau saya berubah, awak akan tetap dengan saya ke?
kalau saya jadi lain dari dulu, awak akan tetap dekat dengan saya ke?

hati saya.
jagalah dia, ye?
banyak yang dia rasa waktu itu.
saya takut tak dapat jaga dia lagi.
saya tak mahu dia luka lagi.
kesian cik hati saya.

Muara Hati


Saya suka lagu ni. Rupanya di waktu itu, dia juga suka lagu ini. 
ye, tahu.. bukan kami je yang suka lagu ni.
tapi yang pentingnya, di waktu saya dengar lagu ni, dia juga mandengar.
berharap supaya dia juga rasa apa yang saya rasa bila dengar lagu ni.
berbunga sekejap hati. hee =)

MUARA HATI 
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Monday, October 15, 2012

my family. him . his family.

my family dah tahu!
my family including mak, kak ija, abg faizal and most important person, ayah!

glad. happy. wonderful. speechless. lovely. 

thank you mr right.

Saturday, October 13, 2012

JB City Hotel.

Malam semalam, kami ke hotel. 

Hohohoho. ayat mcm boleh mengundang fitnah kan? haha.
Jangan salah faham ye..

This is what happen.
His mama and papa is coming here in JB for his brother's convocation.
They're coming from Kelantan.
They stayed at JB City Hotel.

yesterday both of us were going out anywheree..haha.
really.. sightseeing in the car.
travelling every places and we just stay in the car.
interesting right? haha
that's what both of us really love to do.
it's not because we are pemalas
its just no interesting places to go. haha.

and.. by the night, he told me he's going to tell his mama
about us. about the "new" us.
ooh, btw, looks like his mama already know..
by instinct maybe.. a mum's instinct. dont play- play.=P

there comes the reason why we were going to JB City Hotel
Ya Allah, sangat menggeletar.
its not the first time i met them. 
but i don't know why, this kind of feeling is playing in my heart.
dup dup dup. haha.

I met them. They are just lovely as before. never change even a single things.
their reaction, they treat me just like before.
im glad, happy, excited! =)

and his word " welcome back to my family sayang "
really makes my heart smiling inside.
im about to cry. luckily im not. haha
smiling all the way back to UTM.
and what makes me smile more is when he said
he the one who will tell my mum about us.
=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)=)..

can't type anymore.
smiling syndrome has spread all over my face.
haha.=)

me yang malu- malu
i love u mr right.=)

Friday, October 12, 2012

pernah jatuh cinta kali pertama dengan orang yang sama 2 kali?

saya sedang melaluinya!

hohoho.. saya sayang dia! saya sayang dia sangat.. saya tahu banyak yang jadi before ni, tapi sekarang ni saya betul2 sedang jatuh cinta lagi.. <3!

tak tahu macam mana, bagaimana, dan mengapa. tak ada jawapan pun if orang tanya..
saya hanya ikut kata hati.. dan dia juga kata, dia ikut kata hati..

saya tahu kami silap. saya silap, dia juga silap.
dan kami juga sedang memperbaiki kesilapan itu.. 
doakan yang kami dapat tempuhi semuanya bersama.

saya cuma nak dia tahu, saya sayang dia.
and, dalam hati saya ketika ini, 
umpama bercinta lagi.
perasaan yang baru, keadaan yang baru, 
semangat yang baru, niat yang baru,
tapiiiii..
tetap kesayangan saya yang sama..=) 

takut sebenarnya nak rasa macam ni..
takut nak biar hati lebih- lebih lagi..
sungguh saya takut..
tapi hati degil.=D

my MR RIGHT, saya sayang awak!<3




Tuesday, September 4, 2012

Dia

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Andai benar rasa hati ku ini,
Damaikanlah hatiku,
Tenangkanlah jiwaku..
Tenteramkanlah keadaanku..

Aku yakin dengan petunjukMu
kerana Kau mengetahui apa yang baik untukku

Benar dugaan ini sangat berat bagiku,
namun aku tahu Kau sayangkan kami.

Jika benar dia untukku,
Jagakan dia buatku,
Persiapkan dia untuk jadi imamku,
dan jadikanlah pertemuan kami nanti
pertemuan yang dirahmati dan diberkati oleh Mu
Semoga kebahagiaan yang tidak terbanding dan terindah yang menantiku..
Aminn..


Wednesday, August 29, 2012

Kelebihan Surah at-Taubah ayat 128 & 129



Maksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Ayat ini juga untuk pengasih

6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Tuesday, August 28, 2012

Inspired.

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Allah Maha Adil





"Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut .. ~ Ustaz Pahrol "

Sunday, August 12, 2012

La Tahzan Wahai Hati..

La Tahzan.. La Tahzan.. wahai hati yang telah bersamaku selama 22 tahun, bersabarlah.. 
Maafkan kerana kamu terluka lagi.. Maafkan kerana luka kali ini lebih dalam kesannya.. Maafkan aku..
Terasa diri ini tidak layak memiliki hati ini.. Maafkan aku walaupun aku pernah berjanji kamu tak akan terluka lagi, tapi tewas juga aku akhirnya.. Maafkan aku..

Besar sungguh dugaanMu.. Besar sungguh kepahitan yang aku rasai.. Kadangkala, tersungkur juga hatiku.. Walaupun aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu hambaNya hadapi.. Tapi benarkah sekuat ini ketabahan hatiku Ya Allah.. Benarkah seberat ini dugaan yang aku mampu tanggungi.. 

Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, damaikanlah hatiku ini Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, janganlah Kau panjangkan kesedihan ini Ya Allah.. Janganlah Kau wujudkan rasa kebencian dalam diri ini Ya Allah.. Dan jika ini sebaliknya Ya Allah, aku yakin Kau mempunyai cara terbaik buat aku nanti.. aku sedar diri ini tidak layak, namun aku tahu, Kau maha mendengar, Kau maha mengetahui, Kau maha mengasihani dan Kau maha pengasih..

wahai KETABAHAN, datanglah kedalam hatiku,
wahai KEKUATAN, temanilah aku,
wahai KESABARAN, hiduplah di dalam diriku..
Sesungguhnya, kehadiran kalian amat aku perlukan..

Semoga Syawal yang bakal tiba membawa rahmat yang tidak terbanding.. Aminnn..

Monday, April 30, 2012

PUTUS ASA..
ya.. sangat putus asa.. kenapa rase ni dtg sedangkan beberapa hari je lagi untuk 3 tahun.. mcm dah xtahu nak cakap ape.. marah ape.. sedih ape.. entahlah.. maybe just 1 word. PUTUS ASA.