Pada era
modenisasi ini, manusia sering mengejar peningkatan produktiviti dan kemajuan
diri sehingga alpa kepada pembangunan rohani. Walhal sahsiah diri juga
memerlukan perhatian untuk diisi. Adalah
menjadi tanggungjawab institusi pendidikan seperti MARA untuk mengambil
inisiatif seterusnya menyediakan medan yang sesuai untuk melahirkan generasi
yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana peserta ini
bakal menjadi golongan professional dan juga pemmpin masa depan.
Sehubungan
itu, Pogram Nadwah Islamiyah diadakan saban tahun yang melibatkan seluruh MRSM
di Malaysia. Program ini direka khas untuk membantu Bahagian Pendidikan MARA
(BPM) umumnya dan Unit Pendidikan Islam atau Bahasa Arab khususnya bagi
merealisasikan hasrat melahirkan insan yang berkualiti rohani dan bersahsiah
tinggi.
- Membina jati diri kepimpinan teladan dalam kalangan peserta.
- Menerapkan ciri-ciri daei terpimpin dalam diri peserta.
- Membimbing peserta menghayati adab dan akhlak seorang muslim.
- Mengukuhkah ukhuwah islamiyah dalam kalangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PETUNJUK LOKASI PETA MRSM PH