Kouta Rumah - Dulu 50% untuk Bumiputera BN akan ubah semula ke 30% Bumiputera.... Terbaik....!! Nilai semula kuota perumahan

ROSLINDA HASHIM ALOR SETAR - Polisi perumahan kerajaan terdahulu akan dikaji semula supaya lebih kondusif dengan situasi semasa termasuk menilai semula kuota lot bumiputera kepada kuota asal iaitu 30:70 peratus bagi semua projek perumahan.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, polisi baru yang akan diumumkan kelak lebih pro-pembangunan selain mengutamakan keperluan penduduk.

“Kita akan dapatkan maklumat dan pandangan dari Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) bagi memastikan kelancaran pembangunan ini di Kedah."

“Kita akan bincang semula kesesuaian dan buat keputusan yang menepati kehendak semasa,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2013, mewakili Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Rehda Kedah/Perlis, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.

Beliau berkata, beberapa perkara akan dinilai semula bagi memastikan perjalanan sektor hartanah dan pembangunan perumahan negeri ini tidak terbantut.

Kerajaan PR Kedah sebelum ini merangka draf dasar perumahan negeri Kedah yang baru, antaranya menetapkan kuota 50 peratus untuk bumiputera selain dua syarat yang dipertikai banyak pihak iaitu syarat pemilikan rumah di daerah Kuala Muda dan Kulim dihadkan kepada penduduk Kedah selain kuota rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah dinaikkan kepada 60 peratus.

Bagaimanapun, draf berkenaan tidak sempat dilaksanakan sebagai dasar baru berikutan ditangguhkan beberapa kali kerana belum dimuktamadkan.

Badrol Hisham turut menasihatkan pemaju memberi tumpuan terhadap pelaksanaan projek perumahan dilengkapi sistem pengawasan pembangunan perumahan bersepadu bagi memudahkan pemantauan.

“Pemantauan ini dilakukan oleh kerajaan negeri melalui kelulusan pemberian hak milik tanah termasuk butiran pelaksanaan projek yang diluluskan untuk mengelak projek perumahan terbengkalai,” katanya.   Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie
Hit: 25 Laman Asal