Friday 29 June 2012

Pangkor Island

Aiii...dah lama x menulis entri-entri extreme nih,extreme ker? xder pon...cuma nak lanting-lantingkan gambar & scene sayer & en.suami jer kat sane sambil cuci mato....pulau pun kechik jer,dlm 1 jam dah bley tawaf 1 pulau pepon layan la korank yerk,mana tao korank teruja tengok gambar nih & terus decide nak bercuti ke saner kan..kan kan..?heee...
update belog ..harus heee...




kong topekong..topekong bercakap bohong...(eh..eh..bukan sayer yg ckp, org yg cakap)
Batu timbul..x ringan sangat tp mcm magic jer terapung atas air.

batu timbul~ (dipercayai batu ini boleh menyembuhkan sakit(migrain,dll, wallahualam)
tegak bebenor..."negaraku..lalala..la..la..
buai laju laju,sampai gunung santubong...
korank nampak x,ape yang sayer nampak?tuh..tuh...ha!...ikan paus..
mao balik dari pulau,setelah tidak lagi dipulaukan thehehe...next year x tao lagi...mao berjalan ke mana,any idea?lanting-lantingkan idea korank kat bwh ni yerk...adiooosss...


Thursday 28 June 2012

Giler Tepon



Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

8 TANDA-TANDA ANDA SERONOK BEKERJA

kengkawan superb kat opis


Bagaimana dengan kerja anda hari ni? Adakah anda seronok dan menikmatinya? Mari kita sama-sama lihat tanda-tanda yang menunjukkan anda enjoy dengan kerja anda.

1. Datang awal ke tempat kerja

Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati tetap ada. Tetapi berbeza bagi mereka yang seronok bekerja. Kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula.

3. Air muka berseri-seri
Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segeraInilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Anda asyik dengan kerja anda sehinggakan anda telahpun menyiapkannya. Anda sudah bersedia untuk kerja yang baru.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda
Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan apa kerja anda lakukan.

6. Personaliti kemas
Anda seronok bekerja. Jadi anda akan menunjukkan penampilan terbaik untuk diri anda. Pakaian anda menonjolkan siapa anda. Anda memberikan penampilan terbaik sebagai siapa diri anda sebenarnya. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda.

7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lainSaya rasa ini adalah jarang-jarang yang dilakukan oleh pekerja. Bagaimana anda nak membantu orang lain jika kerja anda sendiri masih belum siap. Namun bagi mereka yang seronok bekerja, bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan kerja orang lain.

8. Mendapat gelaran workaholic
Mungkin sebahagian dari rakan-rakan anda akan menggelarkan anda dengan gelaran ini. Tetapi jangan risau. Mereka mungkin tidak dapat menghayati keseronokkan kerja seperti anda. Ingat selama mana anda tidak termasuk dalam tanda-tanda menjadi workaholic anda masih boleh enjoy dengan kerja anda.

Wednesday 27 June 2012

5 CARA MUDAH KURANGKAN TEKANAN KERJA



Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.

1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.

2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.

3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.

5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI


sekadar gambar hiasan

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.
  1. PEMERIKSAAN LUARAN
    1. Sila periksa pemegang pintu
    2. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
    3. Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat
    4. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
    5. Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
    6. Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik
  2. PEMERIKSAAN ENJIN
    1. Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
    2. Pastikan enjin tidak diubahsuai
    3. Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
    4. Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
    5. Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik
  3. PEMERIKSAAN DALAMAN
    1. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
    2. Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
    3. Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
    4. Pastikan lantai tidak berkarat
    5. Pastikan 'dashboard' tidak retak
    6. Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
    7. Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
    8. Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
    9. Pastikan tali pinggang boleh dipakai
    10. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik
  4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
    1. Cuba hidupkan 'switch' tetapi jangan hidupkan enjin
      1. Pastikan meter suhu bergerak
      2. Pastikan lampu minyak enjin menyala
      3. Pastikan lampu bateri menyala
    2. Cuba hidupkan enjin
      1. Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
      2. Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
      3. Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
      4. Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
      5. Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
      6. Tiada masalah semasa penukaran gear
      7. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
      8. Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
      9. Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil
  5. PEMERIKSAAN TERAKHIR
    1. Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Tuesday 26 June 2012

Petua Membersihkan Perkakas Rumah


Koleksi Petua

Petua yang kami ingin kongsikan kali ini walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih atau ‘white distilled vinegar’ boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah.
Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria dan juga kuman.
Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan  yang mesra alam dan sangat menjimatkan.
Cuka yang kami maksudkan di bawah ini adalah cuka putih yang biasa digunakan dalam resepi masakan. Berikut adalah petua-petuanya:-
Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur; Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula; Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai; Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah; Tuangkan sehingga rata ½ cawan  Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
Cuci Microwave oven; Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais; Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais; Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak; Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar; Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
Tanggalkan daki yang melekat pada cawan; Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik; Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan; masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’; Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.
Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dll; rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk; Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas; Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin; Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven; Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
Untuk menyegarkan bilik air; Campurkan 1 sudu kecil ‘baking soda’, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
Membersihkan tompokan kotoran pada karpet; Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau ‘baking soda’. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).
Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.); Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam; Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar; Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium; Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
Menghindarkan semut; Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
Memulihkan sponge atau pengelap pinggan; Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Selamat mencuba.

kisah lucu & tauladan

BANYAK SANGAT

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

adeh-adeh berat nih,aku kayap!.....


MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?

Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.

Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?

Jawapan Azim:A.SAMAD SAID

Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam: Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua: Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni. Soalan i mana A.Samad Said dilahirkan! ?

Jawapan Azim:SINGAPURA

Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.

Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?

Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.

Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!

buat-buat teror


3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... ."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

sila bercermin diri hew~hew~


PRAKTIKAL PSIKOLOGI

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel... ..

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang menghampirinya.

"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman... ... " jawab pemuda itu.

"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu. "Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya,  Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?" Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan lebih mencebik sini.

sekadar gmbr hiasan


Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.

Thursday 21 June 2012

Mari menyantekkan belog bersama lyssa secret

Tutorial-tutorial yang ader  kat bawah nih semua kepunyaan lyssa secret,dicopy pastekan untuk kegunaan para-para blogger  yang baru mao pun yang lama untuk  menyantekkan belog memasing...So tunggu apelagi...berenjoylah dengan tutorial nih ...*credit to lyssa secret*

Tutorial For New Bloggers :


Tutorial : Jenis Shoutbox Yang Simple  (new - for newbiee)

Tutorial Related To Facebook :


Tutorial : Adobe Photoshop
Tutorial : Download Adobe Photoshop CS5 (Bukan Link Blog Lyssa)

Freebies Doodles/Header/Cursor

Tutorial For All Bloggers :
Tutorial : Cute Cursor      
Tutorial : Flash Blockquote  
Tutorial : Background Berbeza Pada Sesebuah Entri
Tutorial : Button Show-Hide Spoiler
Tutorial : Letak Copyright
Tutorial : Ubah Warna Highlight
Tutorial : Tukar Home , OlderPost + NewerPost kepada Icon yang Cute
Tutorial : Hilangkan Navigation Bar
Tutorial : Letak Kesan Salji Pada Blog
Tutorial : Floating Button
Tutorial : Create Read More
Tutorial : Border di Luar Blog
Tutorial : Template And Background Yang Cute
Tutorial : Automatic Recent Post
Tutorial : Sticky Post
Tutorial : Falling Object Love
Tutorial : Moving Image ( Contest+GA Lyssa)
Tutorial : Link Exchange
Tutorial : Pop-Up Window Comment
Tutorial : Letak Link Dalam Post
Tutorial : Button Top of The Page
Tutorial : Divider Bawah Post
Tutorial : WishList
Tutorial : Centerkan Header
Tutorial : Buang Image Border
Tutorial : Menu Tab (Navigation Bar)
Tutorial : Double Underline
Tutorial : AutoHide Follower Box (Bukan Link Blog Lyssa)
Tutorial : Sweet Tooltips (Bukan Link Blog Lyssa)
Tutorial : Letak Button Dashboard
Tutorial : Kotak Kod Untuk Banner
Tutorial : Letak Button Follow 

Tutorial : Daftar @ Buat Account Untuk Heartbeat 
Tutorial : Shadow Effect Dekat Post Entry
Tutorial : Cute Icon Di Shoutbox
Tutorial : Tulisan Membesar
Tutorial : Signature Di Bawah Setiap Post  
Tutorial : Cute Icon Dalam Post
Tutorial : Letak Lagu Dalam Blog
Tutorial : Letak Fieldset (kotak kecil yang comel)
Tutorial : Double Dashed Hover
Tutorial : Slide Float Widget
Tutorial : Reply To Comment
Tutorial : Hide Lagu Untuk Gratisan Music
Tutorial : Round Hover With Shadow
Tutorial : Remove Attribution     
Tutorial : Live Traffic Feed
Tutorial : Centerkan Ayat Di Sidebar
Tutorial : Bubbles Cursor Effect
Tutorial : Bentuk-Bentuk Border
Tutorial : Meletakkan Gambar Di Sidebar Dengan Mudah
Tutorial : Tukar Jenis Font Untuk Post Title dan Sidebar Title
Tutorial : Create Page untuk Manu Tab (biasa)
Tutorial : Create Page Menu Tab Yang Comel
Tutorial : Accordian Tab Menu (jatuh ke bawah bila cursor menyentuh)
Tutorial : Cute Icon Tepi Sidebar Title
Tutorial : Letak Gambar Di Footer
Tutorial : Letak Lagu Youtube Tanpa Meletakkan Video (Old Version)
Tutorial : Letak Lagu Youtube Tanpa Video (New Version)!!
Tutorial : Letak SCM Music Player (kawaii style)
Tutorial : Hilangkan Subscribe To Post
Tutorial : Garis Penutup Di Bawah Post
Tutorial : Menukar Password Untuk Blog
Tutorial : Letak "My Status" di Blog.
Tutorial : Snow Ball Effect (pink , blue and black)
Tutorial : Letak Shadow Di Border Blog
Tutorial : Menukar Email Yahoo ke Google
VidTutor: Macam mana nak Ubah Warna Di Menu Tab Biasa        
Tutorial : Sign Up Geng Blogger (Letak Pelawat Terkini)
Tutorial : Meletakkan Widget Radin era.fm di Blog
Tutorial : Ubah Title Sidebar Kepada Bentuk Gambar
Tutorial : Cara Mengelakkan Post Menjadi Dua ( Double ) 
Tutorial : Scroll Box For Blog Archive ( Old Entry )
Tutorial : Scroll Box For Bloglist
Tutorial : Cute Icon Di Sebelah Tarikh Di Comment
Tutorial : Cara Letak Link Entry Dalam Comment
Tutorial : Private Shoutbox
Tutorial : Cute Icon di About Me
Tutorial : Letak Gambar Dalam Scroll Box
Tutorial : Elakkan Gambar Di Klik Di Entry
Tutorial : Automatik New Tab
Tutorial : Buang Iklan Image Cursor
 Tutorial : Tukar Ayat "Post A Comment" kepada Ayat Sendiri
Tutorial : Jumlah Pengunjung Blog
Tutorial : Comment Untuk Di-Approve (Awaiting Moderation)
Tutorial : Tukar Perkataan " Comment " 
Tutorial : Alert Message (e.g : Welcome To My Blog)
Tutorial : Cara Nak Tukar Link Blog
Tutorial : Dapatkan Image URL Sendiri Dengan Mudah
Tutorial : Download Font Yang Comel-Comel
Tutorial : Welcome Image ! ( Click Here To Enter )
Tutorial : Background di Post 
Tutorial : Letak Like Fanpage Facebokk dalam Entry
Tutorial : Marquee Bergambar ala~ala Lyssa
Tutorial : Scroll Box For Comments
Tutorial : LinkWithin dan Cara Tukar Perkataan Yang Best
Tutorial : Delete/Remove Follower From List
Tutorial : Buat "DaisyPath" Letak Dalam Blog
Tutorial : Tambahkan Ruangan Add A Gadget Atas Header
Tutorial : Effect Senget Bila Cursor Menyentuh Blockquote
Tutorial : Autopublish Post
Tutorial : Image Link Opacity Versi 1 

Tutorial : Image Link Opacity Versi 2
Tutorial : Post Title Bergerak Ke Kiri
Tutorial : Letak Jumlah Komen Di Atas Post Title
Tutorial : Disable Highlight
Tutorial : Ubah Perkataan Di Shoutmix
Tutorial : Cara Nak Privatekan Blog
Tutorial : Cara Nak Delete Blog
Tutorial : Letak Gambar Di Footer (Thanks For Reading...)
Tutorial : Hover Blockquote (Cute Icon Muncul Bila Cursor Meyentuh)
Tutorial : Letak Post Terkini Di Blog
Tutorial : Letak RSS @ Atom Feed ( Santai Bersama Ben Ashaari)   
Tutorial : Letak Perkataan "Assalamualaikum" Di Setiap Entry
Tutorial : Cara Nak Daftar Dan Letak Iklan Nuffnang di Blog Anda 
Tutorial : Letak Cute Icon Di Sebelah Nama Bloglist
Tutorial : Letak Top Commentor Di Blog (Pengomen Terhebat)
Tutorial : Cara Nak Buat Doodles Yang Mudah
Tutorial : Hapuskan Word Verification for Comment !
Tutorial : Sidebar Macam Lyssa
Tutorial : Cursor Hover (Cursor Bertukar Apabila Menyentuh Link)
Tutorial : Cara Nak Cari Kod Followers
Tutorial : Sparkling Cursor (Bentuk ♥)
Tutorial : Gambar Jadi Blur Melengkung Bila Cursor Menyentuh
Tutorial : Like Fanpage Sebelum Enter Blog
Tutorial : Gambar Membesar Bila Cursor Menyentuh
Tutorial : Jumlah Pengunjung Di Bahagian Atas Blog (Silent Reader[s])        
Tutorial : Button Show - Hide Spoiler New Version (RULES)     
Tutorial : Printscreen Cara Mudah
Tutorial : Bilangan "Views" Bagi Setiap Entry 
Tutorial : Jumlah Pengunjung Blog Cara-2 (Histats)
Tutorial : Shoutbox Di Bahagian Header 
Tutorial : Private Chatbox
Tutorial : Letak Donate Button Di Bawah Setiap Post
Tutorial : Letak Iklan Terapung Di Tepi
Tutorial : Cara Buat Header Gambar Sendiri (Transparent)
Tutorial : Close Button For Floating Ads
Tutorial : Privatekan Fibox.ws
Tutorial : Cara Tukar Classic Template ke Template Designer
Tutorial : Cara Nak Uninstall Meituxiuxiu
Tutorial : Cara Pasang Kotak Komen Facebook Di Blog
Tutorial : Scroll Bar Berwarna Yang Comel
Tutorial : Tulisan Berwarna Bagi Ayat Di  Bawah Setiap Post
Tutorial : Jadikan Gambar Di Entry Melengkung         
Tutorial : Letak CCTV Dalam Blog  
Tutorial : Letak MP3 Player di Blog      
Tutorial : Pengguna Twitter | Jom Buat AutoTweet ! 
Tutorial : Threaded Comment Untuk Blogspot  (Reply Comment)
Tutorial : Tukar Muka Anonymous Kepada Avatar Di Comment Blog