...

Monday, September 13, 2010

Its everything about Allah



Ya Allah Ya Tuhanku,masih terasa hangatnya Ramadhan.Masih terbayang subuh Ramadhan yg hening  disebalik jendela kenikmatan ibadah yg dilalui.Kini Ramadhan itu telah berlalu,aku terasa redhaMu mengiringi perjalanan ku yg makin hampir kepada pertemuanku dgn kekasih Abadiku.Betapa aku diuji dgn pelbagai,satu demi satu ujian hanya kerana kasihMu kpd hamba sepertiku.Ya Allah,tolonglah jgn Kau hentikan ujian ini sehingga aku benar2 kembali kpdMu.
Ya Allah,aku hanya ingin Engkau menjadi pelindungku,pelindung dari segala kejahatan dunia yg sarat menyeretku ke daerah paling aku takuti.
Ya Allah,aku hanya mahu Engkau menjadi cinta sejatiku.aku juga mahu cinta manusia,cinta manusia yg membawa aku kepadaMu.Cinta manusia yg Kau cipta sebagai pembimbing aku mendakap agung kasih sayangMu.
Ya Allah,jgn biar aku sunyi  dari ujian-ujianMu ini.Kerana ia semakin membuat aku tabah,cekal dan redha berada dibawah lindungan Mu.Ia mendidik aku supaya lebih terpesona pada SyurgaMu.Ia menjauh aku dari segala bentuk godaan dunia.
Ya Allah,jalan yg aku lalui dipenuhi palitan hitam nafsu,dosa gendongan pentas dunia.Aku tak berjaya menaklukinya dgn nikmat syukur yg didamba.kerana aku selalu lupa bahawa aku ada Engkau di sisiku setiap masa.
Ampunkan aku Ya Allah
Ampunkan segala dosa kedua ibu bapaku,keluargaku,guru-guruku,sahabat-sahabatku,serta seluruh umat Islam.Ku pinta hidayah kasih dan cintaMu pada kami semua.amin
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Its everything about Allah

2 comments:

Nak healing tepi laut🏄

Tgh meeting tengahari tadi,dapat wasap drpd org atas,tiba2 kan dia nak buat pemantauan instrumen dekat sekolah bulan ni.Ya Allah dlm kepala ...