Assalamualaikum
Okay. Rasenye dah terlalu lama tak muncul kat sini hah. Berkulat dah kot. Heh. Al maklumlah sem ni melampau sangat busynye berbanding sem sem lain. Tapi Alhamdulilah, semua kesibukan tu akan berakhir 2 hari lagi sebab hari Isnin ni last paper (physics) then going home the next day. Sajelah balik lambat, nak fefeeling sikit dok Jengka lagi sebab nak balik sebulan ni. Lagipun paper habis petang. Mane nak mengemas lagi. Nak bawak turun barang lagi. Tingkat 4 pulak tu. Semput mak aih. Then lepas abes paper, planning dengan gegirls semua nak kelua. Al maklumlah masing masing nak balik kampung. Nanti sebulan tak jumpe, rindu pulak kan.

Sekarang aku dah mula menghargai masa masa aku spent time with le gegirls. Alah sebabnye kan sem depan dah sem terakhir (insyaAllah). Then semua nak bawak hala tuju masing masing. Ade nak sambung belajar lagi, Ade nak keje. Ade gak yang nak kawen. So keep the memories now la kan supaye nanti boleh ingat balik sebahagian kehidupan kiya yang lepas. Nanti rindu rindu sangat bolehla buat reunion.
Sem depan pon aku bakal mulakan kehidupan sebagai NR (non-resident) sebabnye kan dah senior ni payahlah nak dapat kolej. Bagilah kat adik adik ni hah. Dah jumpe rumah dan dah bayar deposit dah pon. Dekat Taman Jengka Impian 2 (TJI 2). Dekatlah dengan rumah akak yang lama.

Sekarang walaupun ade masa setengah tahun lagi nak grad, aku dah mula risau nak sambung ape degree nanti. Tapi for surelah still dalam course lain. Takkan la diploma dah ambik sains, degree nak ambik engineering pulak en. Macam sesat sangat tuh. Haha. Tapi pengkhususan tu masih belum dipikirkan. Balik ni mesti abah dok menanya nanya. Biaselah abah aku tu jenis nak keputusan cepat. Kang tak cepat die pulak buat keputusan untuk aku. Kang tak pasal pasal jadi dokter pulak aku ni. Walaupun tu memang hajat aku sendiri. Okeylah. Mohlah kita sambung study semula. Ni selingan je sebab kepale dah tepu. Relax relax jap.
Okay bai.

Wasalam.
Hit: 21 Laman Asal