Selamat Datang Ke Blog Cikgu E-zah
Mari bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan..Selesaikan segala permasalahan berkaitan Bahasa Melayu dan apa jua soal jawab di Blog ini ^_^
Sunday 13 January 2013
Sunday 30 December 2012
Peperiksaan
Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah berjaya menduduki peperiksaan PJJ UPSI kertas KRT3013 pada hari ini 30/12/2012(Ahad).
Insya Allah panjang umur kita akan menduduki 2 lagi kertas.
Good Luck dan Semoga Berjaya.....
Insya Allah panjang umur kita akan menduduki 2 lagi kertas.
Good Luck dan Semoga Berjaya.....
Sunday 23 December 2012
Monday 10 December 2012
Soalan Berimbuhan
CONTOH SOALAN IMBUHAN
Latihan 1
Lengkapkan kata dasar di bawah dengan
imbuhan me-.
Contoh
: potong memotong
1.
Panjang -
2.
Palu -
3.
Kesat -
4.
Kejar -
5.
Serang -
6.
Selam -
7.
Tipu -
8.
Tenung -
9.
Pesan -
10.
Perah -
Latihan 2
Lengkapkan ayat di bawah dengan imbuhan me- yang sesuai.
1. Pak Karim
__________________ ( potong ) sebatang tebu untuk diberikan kepada anak
jirannya.
2. Kakak ________________ ( siang ) beberapa ekor ikan
kembung yang dibeli oleh ayah di pasar untuk hidangan tengah hari.
3. Kami perlu ____________ ( ketuk ) pintu sebelum masuk ke
dalam bilik guru.
4. Datuk ________________ ( tebas ) lalang di belakang
rumah menggunakan sebilah sabit pada hujung minggu.
5. Ibu dan kakak
______________ ( susun ) pasu-pasu bunga di halaman rumah agar nampak kemas.
6. Abang ______________ ( sepak ) bola dengan kuat hingga ke pintu gol.
7. Pak Basir dan anaknya
sedang ___________ ( kurung ) anak-anak ayam yang baru menetas di bawah rumah.
8. Abang dan rakan-rakannya
sedang ______________ ( petik ) buah rambutan di dusun datuk.
9. Adik takut untuk
____________ ( telan ) ubat kerana rasanya yang pahit.
10. Emak sedang ____________ (
suap ) adik bubur nasi di bawah pokok jambu di halaman rumah.
Sunday 9 December 2012
Contoh Latihan Kata Adjektif
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang sesuai.
Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :
A. bujur B. lonjong C. bulat D. segi empat
Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :
1.
Pakaian pengemis itu
kelihatan _______________ sekali.
A.
hodoh B. lusuh C.
cantik D.
indah
2.
Emak saya menggunakan pisau
yang _________ untuk menyembelih ayam.
A.
tumpul B. baharu C. tajam D. panjang
3.
Balai polis di kawasan
perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A.
jauh B. dekat C.
hampir D.
samping
4.
Rasa peria itu __________
seperti hempedu.
A.
manis B. masam C. pahit D. masin
5.
Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A.
gopoh B.
lampat C.cepat D. cermat
6.
Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu
dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
A.
gembira B. degil C. peramah D.
berahi
7.
Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan
sesiapa saja.
A.
degil B. peramah C. gopoh D. jelita
8.
Pemandangan di Bukit Tinggi
memang ___________ dan mempersonakan.
A.
cantik B.
jelita C. indah D. dingin
9.
Perempuan yang ___________
itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
A.
indah B. jelita C.
tegap D. lusuh
10.
Lee Chong Wei mestilah berbadan
_______________ untuk menyertai
pertandingan badminton antarabangsa.
A.
tegak B. gopoh C. tegap D. cantik
11.
Emak saya suka menggunakan pisau yang
tajam dan tidak ___________ semasa memotong
sayuran atau daging
A.
tumpu B.
lumpur C. tumpuh D. tumpul
12.
Rasa buah limau itu
___________ seperti cuka.
A.
masin C. manis C. masam D. pahit
13.
Para penyelidik di Switzerland telah
berjaya menghasilkan robot ___________ untuk disuntik ke
dalam mata tanpa bantuan ubat bius.
A.
halus B.
kasar C. hodoh D. gopoh
14.
Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.
A.
tenang B.
gopoh C. biru D. lumpur
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :
15.
Pintu rumah saya mempunyai kaca yang
berbentuk _____________ .
A. bujur B. lonjong C. bulat D. segi empat
Contoh Latihan Kata Kerja
Latihan - kata kerja
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi
9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat
11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan B menyerahkan
C memulangkan D menghulurkan
12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai
C mengumpul D mengais
13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup
14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut C mengajak D menanti
15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan
17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas
18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan C mencantumkan D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi B melangkahi C mengharungi D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap B tertelan C tersedut D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang
22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga
23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh
guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek B menyentuh C menggores D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah
26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan
28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan B dinyatakan
C dibahaskan D dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan B melemparkan
C menebarkan D mencampakkan
31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis B menyiram C menyimbah D menuangkan
32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok B mencocok C mencucuk D merodok
33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung
34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit B menekan-nekan
C menepuk-nepuk D menggenggam-genggam
35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing B memandu C mengajar D mengawasi
36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan B mengadu C meracau D meleter
37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis B mengikir C mengasah D mengilat
38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh
39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki B mendapati C mempunyai D memperoleh
40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat B menyisip C membubuh D menyangkut
41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan D menampilkan ... menaikkan
42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar B disalai C didiang D dikukus
43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap B menjalar C memanjat D menyelinap
44Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan B memberitahu C meramalkan D melaporkan
45Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan
46Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ______ itu.
A terhenti B terbantut
C terkandas D terbengkalai
47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek B menggeletar C menggelepar D menggeliat
48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang B menguncup C menebal D menipis
49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng B mengelap C menyapu D mencalit
50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah
satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala B memukat C mencandat D memancing
Saturday 8 December 2012
Kata Kerja
Contoh Kata kerja :
* merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
* merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.Penyambut | Kata Kerja Transitif | Pembuat |
---|---|---|
Radio itu | didengari | Atan |
Burung itu | ditangkap oleh | seekor kucing |
Sayur itu | dijual oleh | seorang perempuan |
Ikan itu | dijala oleh | Pak Abu |
Surat itu | sedang ditulis oleh | bapa |
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).Pembuat | Kata Kerja Tak Transitif | Keterangan |
---|---|---|
Kami | mandi | di tasik |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Air sungai | beransur | surut |
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.Pembuat | Kata Kerja Tak Transitif |
---|---|
Rumahnya | roboh |
Radio itu | berbunyi |
Subscribe to:
Posts (Atom)