Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Khamis, 31 Mac 2011

ISLAM DIPERSENDAHKAN..

Hari ni saya betul2 terkejut dengan orang ni (orang ke apa?)begitu sekali menghina islam..dia ingat ugama dia tu hebatkah..tak pun mungkin sudah gila. Masih muda lagi.....tak habis2 buat kecoh dalam Facebook. kalau nak lihat jom korang lihat ini iya. ( tak sanggup aku nak buat n3 )
  http://www.facebook.com/profile.php?id=100002227536150. buka wall nya iya..malas nak tengok..

lepas korang baca aku nak buang n3 ni ok..

LEMAK,LEMAK,LEMAK..



Aduh!!!.. sejak lima minggu berblog ni..berat aku bertambah 1kg..perut pula makin buncit..seluar jeans makin ketat..ukur-ukur di ukur lagi mcm tak percaya,  banyaknya lemakkkk.., pinggang seluar dari saiz 28 ke 32..


tulah mungkin kesan duduk lama depan laptop, sudah tu siap ada minuman, keropok, biskut dan gula-gula kalau tak pun asam-asam. tu baru sebulan, macam manalah kalau setahun. tak bole jadi ni....apa nak buat ni, nak jogging.. beberapa hari ni asyik hujan saja..jogging dalam rumah lahh..
heheee ketawa anak-anak ku "mak buat apa tu" tanya abang Eirfan. tak jadilah..macam mana ni..tolong tolong tolong, macam mana nak buang lemak perut ni....


Selasa, 29 Mac 2011

BILA MAMA DAN CHIA JADI MODEL.




Hari ini mama dan chia jadi model, c hubby saya teringin mencuba lighting / pencahayaan dalam studio kecil kami. Lama suda c hubby suruh, tapi chia terlalu aktif main,  tak menjadi saja. Asal masuk bilik tu habis lampu kamera ayahnya dia kacau. c hubby jadi malas nak buat. Tapi ari ni bagus pula chia mau bagi kerjasama. Ikut saja apa ayahnya suruh buat.
                     





memandangkan hari ini merupakan hari jadi chia yang 3 tahun . Elok juga ambil gambar chia ada kenangan time umurnya genap 3 tahun..besar suda anak daraku ini, pandai pula posing, lihatlah gelagatnya sama mamanya.





Isnin, 28 Mac 2011

TIPS HEADER LEBIH CANTIK DAN MELETOP..

Hari tu saya pernah janji untuk kongsi2 tips  membuat header agar lebih meletop..sebenarnya anda semua pun boleh buat dan mungkin tau buat. apa yang saya kongsi adalah cara yang saya guna. Jika anda rasa tak sesuai bagi anda, tak apa mungkin anda ada cara tersendiri.. saya hanya berkonsgi cara membuat header saya iya. Jadi  " kalau ada yang tercacat tu bagi taulah saya, kalau suka bagi tau kawan ".semua yang saya kongsi ni saya dapat dari ebook yang saya pernah belajar dan saya buat keatas semua gambar yang saya edit..memandangkan ruang yang tak cukup, saya tak ajar Edit gambar, cuma saya ajar bagaimana nak uplod gambar dalam web dan anda bolelah buat header yang lebih besar dan jelas.




Langkah 1 ~ mula2 dan yg paling penting sekali anda kenalah berlawa2, soleklah muka  anda secantiknya. Serlahkanlah bakat makeup bagi yang ada bakat, tacap cantik2 tau..biar colorful. yang bertudung pakailah tudung yang warna2 dan ceria biar lagi nampak meletop..heheh. Pastu bolehlah suruhlah cik abang gambar  mcm ambil gambar paspot, apa kamera pun bole, betul2 zoom kat muka anda, jadi cermin2 lah muka tu mana tau ada tahi mata ke.. 
Langkah 2 ~ Anda editlah guna Adobe photoshop Cs5. Saya guna  Adobe Lightroom untuk kasi naik warna dan terangkan guna Adobe Photoshop Cs5. Seloknya guna yang Raw, JPG pun bole tapi tak banyak bole buat..tak mau edit pun tak apa asal anda suka dengan gambar tu..tapi edit sikitlah iya buang jerawat tu atau apa2 yang tak elok dipandang..
Langkah 3 ~ setelah puas hati gambar hendaklah dikecilkanlah saiz nya..dalam cs5 itu anda buka Image> pililah image size - tukarlah Resolutionya kepada 75 (bagi gambar yang saiz kecil cam gambar diatas ni / atau korang sekadar nak masuk web saja)atau Resolution 240 (kalau nak gambar besar cam header aku tu / atau korang nak cuci kat kedai ke)..ok 
Langkah 4 ~ Anda kena shrpkanlah gambar anda dulu..supaya lebih terang dan menyerlah..dalam cs5 anda buka Filter> pililah Sharpen>Unsharp Mask-tukarkan Amountnya kepada 85%, Radius 1.oo pixes dan Threshoid 4 levels. Pastu klik ok...nampak gambar anda jelas sudah.
Langkah 5 ~ kalau nak kasi masuk gambar kat dalam internat (FB,Blog apa sajalah) . . . Anda kena convert dulu..caranya buka Edit>Pililah Convert to profile> anda pilih kat dalam-Profile Adobe RGB(1998) / Profile sRGB IEC61966-2.1 / Engine Adobe (ACE) / Relative colorimetric. Bila sdh siap anda  savelah dalam File> save as dalam bentuk JPG dengan quality 10 pun ok juga..


  
Bila proses sudah siap anda bolehlah masukkan dalam blog jadi header anda..untuk gambar yang lebih cantik biarlah banyak warna menyerlah. Anda boleh letakkan bunga atau rama2 atau gambar dengan belon2 atau kipas kah..apa2 sajalah yang anda suka.

Selamat mencuba, lepas ni mesti banyak header besar2 mcm saya punyakan..
Jangan takut untuk mencuba.







Khamis, 24 Mac 2011

CUBAAN NEKAD MEMBUNUH DIRI DI KB MALL

kelmarin  pada 24 mac kita dikejutkan dengan kejadian bunuh diri seorang perempuan yang nekad terjun dari bumbung bangunan atas KB Mall, Kota Bharu Kelantan..
lihatlah video yang saya ambil dari youtube; tq videonya.
http://www.youtube.com/watch?v=0Ij66lQSl1E 


tahniah kepada si baju oran yang menjadi sang hero penyelamat.


walaupun terjatuh tapi terselamat dengan tilam.


apakah puncahnya sehingga sanggup membunuh diri?
ada hura2 mengatakan yang dia tengah mengandung hei!! ada2 saja ...
harap ia sedar atas perbuatannya  itu...
dan kepada adik2 jangan tiru perbuatan ini ..apa pun masalah kenalah hadapi dengan fikiran yang tabah dan jangan ambil jalan mudah dan menyusakan orang ok.

kepada adik2 yang gagal SPM..peluang masih terbuka luas jadi berusahalah lagi dan lagi.







HEADER AKU YANG MELETOP.


Header Meletup!!!



Meletop ke?..makasilah pada yang memuji..tak perasan pula..hinggalah ada yang puji iris mata bak nilam, ada juga yang suka rama2 tu..tak kurang yang terkejut..masuk2 blog aku..tiba2 muncul muka besar aku..besarkannn!!.. sampai nampak bulu roma, dan jerawat, malunya aku ..heheee, naib baik tak senyum kalau tak nampak tahi gigi..
apa2 pun makasihlah iya, akan ku simpan header ni sampai hujung tahun. ... tapi yang paling aku banggakan ada sorang pelawat yang fames juga dalam dunia blog ni (tak nak sebutlah nama dia) nak tukar header dia bila nampak header aku....hai!! terharu betul aku, atas pujian korang. 
blog aku ni banyak kekuranganya, hanya header ini saja jadi penyeri.  sebenarnya header ni biasa saja, cuma mungkin kerana terlebih besarnya tu kot..
mudah saja nak buat tu, korang pun boleh buat. Gini sajalah memandangkan aku tak tau nak buat tutorial apa kata aku kongis2lah dengan korang camana aku buat header aku ni. tunggu sambungan N3..tak muat nak buat  kat cini...


KEPUTUSAN SPM ..


Tahniah!

kepada adik2 yang lulus SPM tu iya...semua berkat usaha anda sendiri , tentu adik2 happy kan...tahun ini ramai yang dapat 100%.

kepada guru2 korang jangan lupa ucap terimahkasih..tampa guru-guru sapalah kita semua..penggorbanan mereka kena dihargai, begitu juga dengan ibubapa adik2..teringat masa ambil keputusan SPM..mak siap buat kenduri kesyukuran.





semoga semua adik2 dapat masuk ke menaragading.


Isnin, 21 Mac 2011

PATUT PUN HANTARAN KAHWIN TINGGI.


Kenapa saya kata begitu? ini sebabnya baru2 ni cuti sekolah..kami dapat berapa jemputan kahwin kat dewan..kat dewan tauu.... orang sekarang tak mainlah kahwin kat rumah.
$
$
$ 

itu salah satu sebabnya kenapa hantaran kahwin sekarang ni paling rendah RM10,000. tupun masih tak cukup. Barulah aku faham mengapa kazen aku time kahwin ari tu mak dia minta hantaran RM25,000, terkejut beruk aku, mengalakan artis. Napa tak nya kawin kat masjid, pastu sanding kat rumah dan malam sanding lagi kat dewan .
$
$
$
dah lah tu jemput Datu2 dan YB. Sewa dewan tu nak kira meja tau..agak2 satu meja RM400, kalau yang ramai nak jemput naaa..belum lagi souvenir nak bagi kat tetamu yang datang..paling kurang pun 2 jenis  nak bagi,malu tau bagi souvenir murah kat Datu atau YB.
$
$
$
keluarga pengantin juga tak mahu kalah nak juga bergaya hari bersejarah tu..maka keluar lagi duit nak beli kain baju sedondong ngam dengan tema pengantin. Tempah mak andam lagi, baju pengantin lagi, pelamin lagi, kinopi lagi main2 RM3000 tau. Itu belum kira lagi kenduri kendara paling kurang pun RM4000. hei pening mak bapa dia..kalu kat cini ramai yang suka tempah kugiran (bend) untuk hiburkan tetamu yang datang. Setau saya satu hari upahnya RM1000.
$
$
$
ada satu lagi ni yang baru tapi harga servis pun punyalah mahal RM2000 tupun pakej konon, alasan banyak yang tempah..jurugambar atau fotografi..heheheee, kata pengantin nak abadikan kenangan..tapi yang pening mak bapanya juga selaku pengurus kewangan.
$
$
$
jadi lojiklah kalau mak bapa pengantin minta hantaran lebih dan bagi alasan harga barang semua dah naik.
dan yang
makin pening kepala
tentulah lelaki yang belum kahwin. 
$
$

Sabtu, 19 Mac 2011

JADI JURUMAKEUP DALAM BENGKEL 14/15 MAC 2011



Pada bengkel yang dianjurkan oleh my hubby dengan tenaga pengajar pada 14 dan 15 mac lalu ..kemudian urus pakaian model juga, mereka kena tukar pakaian ada 6 pasang gaun pengantin, nasib baik ada yang sudi seponser pakaian.


sempat juga mamachia, tu tengah pasang bulu mata palsu.

muka2 yg bertungkus lumus ari tu


ingat model saja pandai posingkah.


walaupun meletihkan tapi puas hati, bukan saja bengkel berjaya, ilmu sampai pada sasaran,..

Jumaat, 18 Mac 2011

BENGKEL FOTOGRAFI ASAS POTRET DAN EDIT/HARI KEDUA


Untuk bengkel berikutnya, sesi mengambil gambar outdoor pula..memandangkan cuaca mendung dia menekankan penggunaan lampu / lighting..jadi menggusung lampulah satu ari tu..nasib baik modelnya bagi kerjasama...kami ambil peluang juga mengambil gambar pengantin .

antara gambar2 yang kami ambil dengan tema pengantin.
tengoklah iya semua gambar dalam setting dan exposer yang berbeza
gambar adalah ori x ada masa nak edit. bubuh nama sja.



















Khamis, 17 Mac 2011

BENGKEL FOTOGRAFI ASAS POTRET DAN EDIT/HARI PERTAMA



Tiga hari tinggalkan blog, bersawang sudah, rumah pun bersepah, banyak kerja. 14 dan 15 hb saya sibuk urus bengkel bersama c hubby dan rakan fotografi, ..penat tau satu hari urus tempat lagi, model lagi dah tu kena makeup model lagi, tapi best tau kerjasama kami, tambah lagi model yang sporting, ..


selepas di edit pagi tadi ditambah dengan sibuk mengemas rumah ini saja yang sempat upload..

gambar indoor diambil pada hari pertama 14/03/11 



Semua editan saya menggunakan Lr dan Cs5. dlm Lr x banyak saya ubah hanya warna dan sharpkan..manakala dlm Cs5 saya cuba naikan cureve dan level sikit, bersihkan muka dan sapu2 kat mana yang gelap..
model diambil dengan penggunaan dua lampu depan dan atas..



Editan khas fokus kepada warna dan cahaya.lampu di tepi dan depan...dalam Lr saya naikan warna saturation hanya warna red,yellow dan orang..ini semua warna kulit. warna luminance hanya naikan warna blue, yellow dan margenta..warna rama2. dlm Cs5 kasi bersih kulit sja.


Latar belakang gambar sebenarnya kotor dan berserabut telah dibuang. manakala model naikan warna baju sahaja..



Edit tumpu kepada mata dengan amount 50 / 70 dan licinkan muka dengan opacity 18 / 20. kemudian kasi blur kulit dan naikan warna..









Ahad, 13 Mac 2011

KASUT LAMAKU..







Ari ahad ini tak ada buat apa2 jadi rajin pula aku pegi kemas almari kasut, terjumpa pula kasut lama ku. Hei! gembira macam dapat kasut baru..padahal kasut lama..Beli ari tu nak pakai time raya puasa tahun lalu...konon nak bergaya lah dengan kasut  tumit tinggi 4 inci, paham2 sajalah orang pendik ini nak juga nampak tinggi, tapi terpaksa pakai kasut 2 inci saja...sbb masa tu chia kecil lagi, asyik nak dukung saja....sapa sanggup pakai kasut 4 inci sambil dukung anak. tak rela aku..

nasib baiklah kasut, kau kulit  kalau tidak berkarat lah jawabnya..jadi ari rabu ni bersiaplah kau akan ku bagi cium kau dengan bau tanah, lama sudah kau rehat. Tak apalah kan kita pergi majlis kawin kazen c.hubby bergaya sakan kita iya.




Jumaat, 11 Mac 2011

JEPUN DILANDA TSUNAMI.






1.Video lapangan terbang Sendai Jepun dilimpahi ombak tsunami dalam sekelip mata sahaja.



2.  kejadian yang mengerikan tentang tsunami , ombak besar dengan kekuatan 8.9 skala richter sehingga mencapai ketinggian 10 meter. Mengheret bangunan, kenderaan, pokok dan apa saja termasuk manusia bagaikan longgokan sampah mengalir kelongkang....lihatlah semuanya ditolak sejauh ini ke tengah bandar. ..memperlihatkan kita betapa kuatnya gempah hingga terhasinya ombak tsunami dan melihatkan kita kuasa Allah maha dahsyatnya.


3. lihat pula video ni kenderaan hanyut macam kereta mainan...kereta mahal tu taulah orang jepun ni pakai kereta2 mahal spt toyota, honda. tengok betapa tingginya hingga mencapai jejantas jalan paling atas. ngeri saya bayangkan kalau ada orang dalam kereta tu...membuktikan kita ini makhluknya yang sanggat kerdil.


4. ombak tsunami melimpahi seluruh tempat..bagaimana pula dengan orang2 yang berada dalam keretapi bawah tanah...kadang kecanggihan tidak dapat menolak kejadian bencanah alam.


 5. kilang2 meletup tiada apa yang bole diselamatkan lagi. Bayangkan jepun negara yang paling moden di dunia boleh musnah sebegini..bagaimana pula dengan negara kita. Apakah langkah2 yang kita ambil bagi menghadapi gempa seperti ini?..


6.  Musnah ranap bangunan2, kilang2, pelabuhan menjadi lautan yang luas. Semoga malaysia terlepas dari bencana ini. Bagaimanalah kita nak selamatkan diri kalau bencana ini menimpa kita? setelah dua negara jiran kita Jepun dan Indonesia ditimpa gempa tsunami.. kena fikirkan juga tau.



Apapun berita mengembirakan semua rakyat malaysia yang berada di Jepun selamat.






Khamis, 10 Mac 2011

UMUR 30an KEATAS TAPI TETAP ANGGUN DAN JELITA.




Tak ada sesiapa dapat teka umur mama?
Jadi saya tambah entry ni pula ..umur saya dalam              lingkungan 30an keatas.
 |
 |
 |
Bercerita mengenai umur. Saya tertarik untuk menulis entry ini. Setelah melihat ertikel Berita Harian mengenai mereka yang berumur sekitar 30an keatas terpilih sebagai 10 wanita paling jelita dunia. Jadi anda tak perlulah risau  umur semakin meningkat. Tengoklah mereka ini tetap anggun dan jelita.



No.1
 Menduduki tangga pertama Penelope Cruz. Model dan juga pelakon berusia 36 tahun hampir setiap tahun mengungguli sebagai wanita paling jelita dunia.

No.2

Berada di tangga ke dua pula, Sapa yang tak kenal Claudia Schiffer, model jelita yang tersohor hampir 500 majalah memaparkan wajahnya di muka hadapan. Dengan umur 39 tahun masih kekal jelita.

No.3

Bersederhana pun kita bole kelihatan cantik juga. Petuanya senyum selalu macam sorang ni. Kristin Scoot Thomas pelakon filem The English Patien. berusia 49 tahun. 

No.4


yang saya bangga ini dia. Ratu Rania Al Abdullah. Isteri kepada Raja Jordan yang juga wanita muslim pertama terpilih sebagai wanita jelita dunia..berusia 39 tahun dengan 4 orang anak.


No.5

ditangga ke 5 Catherine Deneuve. Dalam usia 68 tahun. Pelakon dan nenek kepada 4 orang cucu ini masih menjadi perhatian media


No.6

Charlize Theron pelakon filem Mighty Joe Young,  peserta paling muda dari 10 peserta yang tersenarai, itu pun sudah berumur 34 tahun. 

No.7

c.nenek ini terpilih juga, jangan jaless.. tetap cantik walaupun berumur 64 tahunHelen Mirren Penerima Academy Award for Best Actress.

No.8

pelakon Underworld selain terpilih dalam 10 wanita jelita, juga tersenarai dalam 100 wanita paling seksi walaupun suda berusia 36 tahun, Kate Beckinsale.


No.9

umur 37 tahun Natascha McElhone. Pelakon kelahiran Englend. menduduki tangga ke 9 wanita jelita dunia.

No.10
ini lagi best c.nenek yang tetap anggun. siapa lagi Sophia Loren tak nak kalah juga, telah tersenarai wanita paling jelita  dalam dunia ..walaupun berada di tangga ke 10. umurnya 75 tahun tau..tapi ni macam tak ori saja..sudah banyak buang sana sini, cucuk sana sini...

pemilihan berdasarkan kadar liputan media terhadap selebriti antarabangsa. walaupun mereka berada dalam lingkungan usia 35-75 tahun tapi mereka masih anggun dan jelita..

No.00

ini mamachia berusia 40 tahun, Oktber ini.penerima award sebagai jaga rumah. tetap ayu dan perasan sendiri...hehee.
Walaupun dah lanjut umur. Saya bersyukur, diberikan kesihatan, kesenangan, kebahagiaan  dan anak2 yang comel.
TQ ALLAH, TQ ALLAH, TQ ALLAH





*** kalau nak boleh komen dibawah***

***Kalau suka boleh Klik iklan***




Selasa, 8 Mac 2011

MEREKA SAHABAT TERBAIKKU.




Hari ni genap sudah 3 minggu saya berdating dengan blog, dan 3 minggu ni juga saya tinggalkan facebook..dan hari ni genap sudah pengikut yang ke100 haii!..sikittnya..tak menggapalahkan yang penting ikhlas..koranglah kawan2 yang paling ikhlas.
  kenapa saya cakap begitu sebabnya dari 223 (catit supaya tak lupa) yang saya follow, hanya korang saja mau follow balik, dan dari semakkan bagi mereka yang mempunyai blogger ramai, tak follow saya balik walaupu saya dah follow. wew3 nangis ni..biasalah orang dah ramai follower manalah nak pandang kita orang baru dan blog bukanya cantikpun.
jadi bolehlah saya katakan follower saya yang ada ni semunya yang ikhlas2 belaka, korang bukan pandang pada cantiknya blog atau pada gaya penulisan yang sesetengah orang heboh2kan tu. saya bukannya pandai menulis, dalan SPM sasterapun cukup makan saja. yang penting bagi saya ialah isi kandungan mahu disampaikan tu saja..dan paling penting juga tentulah persahabatan.
 Terimahkasilah yang teramat sanggat kat korang semua mau bersahabat dengan saya..


kata orang nak bersahabat kenalah menggenali sahabatnya, jadi  
 saya nak perkenalkan diri saya yang sebenar2nya, manalah tahu ada yang terserempak ke..hee bolehlah tegurkan.


Siapa MAMACHIA?










inilah sebenarnya Chia ..... AALEYAH ( LEYAH tapi abangnya panggil CHIA)  dia suka kasi marah abangnya dengan memeluk saya dan cakap "ini Mamachia" sedap pula nama tu..tu yang terlekat dalam Blogku.



nama saya sebenarnya Norintan A.Amier. umur..ini yg aku malas nak bagi tau ramai tak percaya terutamanya kawan FB, nak tahu umur saya, apa kata korang teka, berapa? 
janganlah pula sebab tahu umur saya korang takutlah pula kawan dengan saya, walau dah tua masi boleh terima pendapat orang2 muda 
ada 3 orang anak 2 anak kandung Eirfan dan Aaleyah dan seorng anak angkat  Izan dan suami Bensar maaflah iya, suami saya ni tak suka terlalu ditonjolkan ..kerja saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa hehee. tapi dapat gaji bulanan juga tau. merupakan anak ke2 dari 10 orang adikberadik.
 Kepada sapa2 dah jadi follower saya, korang jangan segan2 nak komen, cuma biarlah yang membina, saya ni jenis terbuka juga

Bolehlah panggil saya kak intan, mamachia, jangan panggil nenek tau (walaupun layak jadi nenek) saya belum ada cucu lagi.
Jadi follow saja iya, saya bukan makan orang pun.
kalau korang klik HB dan Nuff  saya klik juga korang punya iklan tau.


Tolong Menolong Membawa Berkat



***kalau nak bole komen***


***kalau suka klik iklan*** 













Jumaat, 4 Mac 2011

Apple iPad 2...PUJAAN HATI.








Apple iPad 2...inilah rupanya pujaan hati suamiku yang dinanti2kan selama ini, saya ingatkan siapa tadi, geram sungguh, katanya dahlah slim, cantik dan bergaya..rupa2nya si Apple iPad 2. Kalau ini tak kisahlah kan lega saya...saya pun tertarik terutama yang warna putih tu..harganya pun ok juga, tak lah mahal sanggat  sama juga dengan harga sekarang...tapi bilalah sampai ke malaysia, tak sabar sudah suamiku nak berjumpa dengan pujaan hatinya itu.


apple ipad 2
Steve Jobs dengan produk terkininya...

Smart cover yang berwarna-warni..berkenan dengan warna pink tu.

Lebih tipis dari ipad sekarang..tak lama ada yg setipis kertas hehee...

Smart cover boleh jadi stand...wow! tak perlu beli stand





smartnya..patut pun jadi pujaan..