followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, September 5, 2013

SERUNDING DAGING


biasanya kalau dapat daging kurban, akak suka sangat buat serunding daging sebab stok daging banyak sehingga x muat untuk disimpan. caranya yang terbaik akak basuh bersih ketulan daging ni dan masukkan  dalam pressure cooker rebus hingga lembut. setelah sejuk baru akak buka dan dapati daging telah mengecut ke semuanya... jika nak simpan pun boleh tahan berbulan lamanya di dalam freezer... dan jika rajin bolehlah mula menyiat daging ni untuk dibuat serunding...
setiap kali membuat serunding memang akak selalu guna resepi ni.. sedap, secukup rasa semuanya... makan pulak dengan nasi panas beruwap tu.. aduhai.... boleh bertambah nasi...!

SERUNDING DAGING
saji 3/01

600 g daging lembu - dipotong 6 & bersihkan
1 biji kelapa parut - perah santannya

bahan kisar:
4 tangkai cili kering
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

2 helai daun kunyit - hiris halus (jika suka wangi)
3 sudu gula + gula merah
1 sb ketumbar  disangai
1 sb jintan manis   } disangai &
1/2 sb jintan putih } di blend
garam secukup rasa

daging direbus hingga empuk kemudian disiat siat sehingga halus.
masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali kemudian jerang di atas api.
kacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak kemudian masukkan daging, bahan bahan tumbuk, garam, gula dan daun kunyit (*jika suka)
kacau hingga rata dan biarkan hingga kering. masukkan biji ketumbar tabur ke dalamnya. keringkan lagi dan angkat.

6 comments :

  1. Salam kak..good idea ni. sedap tengok serunding ni. Kalau buat dalam pressure cooker mesti cepat. Masuk dlm list dululah. nak cuba nanti. Thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Nor...Rajinnnnnnnnnnn nya....tapi serunding buat sendiri mmg lagi sedap...

    ReplyDelete
  3. mekaseh fiza dan Amy... cubalah ye...

    ReplyDelete
  4. mekaseh fiza dan Amy... cubalah ye...

    ReplyDelete
  5. sedap nyer serunding, memang kesukaan kak ruby ni

    ReplyDelete
  6. Memang sesuai kalau dapat buat serunding daging dari stok daging qurban yg ada. kalau buat serunding daging leh simpan lebih lama. Bukan ajer daging tapi ayam atau ikan yang tak habis dimakan pun boleh diproses untuk dibuat serunding ayam dan juga serunding ikan. Tak lah membazir kan ?

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...