Artis: UkaysTajuk Lagu: Pahit Akan Manis AKhirnya


Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan darinya
Tidak salah kalau kasih
Dibahagi seadilnya

Telah ku fikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan jatuh airmataku

Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia
Walau hakikatnya
Hatimu terluka

Telah ku fikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan jatuh airmataku

Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia
Walau hakikatnya
Hatimu terluka

Moga suatu hari
Sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia
Hit: 25 Laman Asal