Alhamdulillah akhirnya pada tarikh 28 January 2012, genaplah usia perkahwinan umi 6 tahun.Sebenarnya umi tidak lah plan nak celebrate ke pape ke...Sebabnya tahun lepas tak sempat pun celebrate sebab macam-macam kekangan.Tetiba plak tahun ni rasa mcm excited lak nak celebrate.Ada pernah sekali tu umi celebrate dengan masak special resepi dan makan bersama.Tapi tahun ni rasa mcm malas nak masak2 lagi..Nak-nak pulak umi skang duduk di tempat yang banyak akses untuk pelbagai jenis restoran.Pilih sahaja nak yang segera ke,selera melayu ke, selera Siam ke semua boleh pilih.Tapi umi pilih kali ni untuk makan ala-ala chinese...hahahah...Makan steamboat je pun...mcm la pelik sgt kan??:-)

Apa yang umi nak plan ea?Pagi Rabu lepas umi saje risik-risik ngan ayah pasal tarikh Sabtu ni..Memula ayah puas gak dok memikir, maklum lah..orang lelaki ni bukan dia ingat sangat pun...Tapi nasib baiklah ayah tak ambil masa yang lama untuk recall tarikh tu.So bila dah dapat greenlight dari ayah, umi pun memulakan plan seterusnya.

Petang Khamis lepas kerja, umi terus p tempah kek.Sekarang kalau bab2 kek ni very sensitif.Umi nak cari kedai kek orang Islam @ Melayu buat jek...Kalau dulu umi ni main hentam semberono jek.hehehe.Bukan tak pernah dengar orang bercerita pasal kek2 selain dari made from Islam Malay ni memang ada letak ARAK.....tapi degil gak.Yang tu jugak yang sedap especially kek dari Secret Recipe...huhuhuh...Alhamdulillah,skang ni umi dah bertekad tak mau lagi sentuh kek2 sebegitu.Harap2 semangat umi ni terus kuat.Berbalik pada cerita tadi,selepas hampir 15 minit memilih jenis kek yang sesuai, umi pun terus tempah kek Chocolate moist yang memang umi pun minat.So ni lah hasilnya.....
Ermmmm nampak sedap sangat....



So pada hari Jumaat pulak umi p tempah makan steamboat lak.Di restoran umi pernah p makan sekali dulu.Ok la jugak makanan dia.Sri Affa Restoran , Kuantan.
Main entrace.
Set Steamboat yang disediakan. So pada hari yang dirancang , kami sekeluarga pun bergerak ke Restoran berkenaan seusai Maghrib.Alhamdulillah orang masih belum ramai.Oleh kerana kami dah membuat tempahan dan sampai tepat pada waktunya so agak selesa sikit la untuk celebrate sebab orang tak ramai.

Acara yang biasa la, ambil gambar la..Dan untuk acara memotong kek kali ini kami memotong bersama anak-anak umi , Aisya dan Naufal sekali.hehehe..

Excited nya Aisya dan kek Anniversary kami So selepas potong kek, baru la kami mula acara makan kami.Nyum..nyum...Jom joint sekali...hehehe.

Steamboat dengan 2 perasa sup dan tomyam Ayah jek yang minat steamboat tomyam.Umi minat yang sup biasa ni.
Ni umi tgh tuang Chinese Tea
Ni kuah yang dah habis...hehehe

Apapun, menu kat restoran ni memang enak untuk dicuba...
Hit: 21 Laman Asal