Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Saturday, October 1, 2011

MVVM = Mission, Vission, Value, Meaning.....

Apa itu MISI?
Misi bukan panggilan orang kampung kepada NURSE atau JURURAWAT tapi MISI adalah bagaimana cara kita mahu mencapai VISI... boleh dikategorikan sebagai tindakan untuk mencapai hasrat dan matlamat kita...

Apa pula VISI?
VISI merupakan matlamat atau lebih senang kita ungkapkan sebagai cita - cita... Tentu semua mempunyai cita - citakan? Apa yang di cita - citakan suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dengan cara kita berusaha untuk mencapai cita - cita. Tetapi untuk mencapai cita - cita kita perlu mempunyai NILAI atau VALUE dalam diri kita sebagai guide atau dalam bahasa melayunya dipanggil PANDUAN.

Apa VALUE yang perlu ada dalam diri kita??
VALUE atau NILAI yang perlu ada mestilah nilai yang baik seperti JUJUR, TANGGUNGJAWAB, RAJIN dan macam - macam lagi nilai yang baik... Untuk mencapai VISI atau cita - cita, kita perlu terapkan nilai - nilai murni dalam diri dan belajar dari nilai - nilai tersebut untuk terus berjaya. Jika kita berjaya mencapai cita - cita berlandaskan nilai - nilai murni yang ada pada diri kita maka kejayaan yang kita ciptakan itu akan lebih bermakna

Apa pula MEANING?
MEANING kalau kita lihat dan baca dalam kamus DBKL.. eh silap pulak kamus DBP a.k.a Dewan Bahasa Dan Pustaka... maksud dibalik perkataan MEANING ialah MAKNA.. Jadi, makna yang kita harus semaikan di sini adalah MAKNA di sebalik MISI, VISI dan NILAI yang kita telah keluarkan dari dalam diri kita untuk mencapai segala yang kita impikan...

KENAPA TOPIK MVVM?
Al - kisah pada 1 Oktober 2011, Langit Biru telah menyertai program yang sungguh bermakna dalam kehidupan seharian kita yang mana pihak syarikat tempat LB bekerja mengadakan satu kursus MVVM.. Pada mulanya ramai yang memprotes dengan alasan banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum date line.. Nak siapkan bajet 2012 lagi, nak tutup akaun lagi, bermacam - macam alasan yang dicipta. Namun atas desakan GM (General Manager) maka semua staff turut hadir ke bengkel tersebut.

Setelah menyertai bengkel tersebut, rata - rata peserta lebih bersemangat untuk memperbaiki diri dalam pekerjaan. Nak tau kenapa? Sebabnya hanya satu mahu menjadikan syarikat tempat kami bekerja mencapai matlamat kami bersama dengan menjadikan syarikat kami syarikat yang terunggul. Demi mencapai matlamat syarikat, kami sepakat membina MISI baru dimana kami akan menjadi sumber pendapatan utama untuk membina modal insan yang berilmu. Dan kerana itu, kami perlu menerapkan NILAI MURNI dalam diri setiap kakitangan kami supaya usaha yang kami jalankan tidak sia - sia. Nilai - nilai yang telah dipersetujui oleh semua pihak adalah JUJUR, TANGGUNGJAWAB, IKHLAS, KERJASAMA, RAJIN dan PRIHATIN.

Diharap dengan terlahirnya VISI, MISI DAN NILAI yang baru ini dapat mencapai matlamat kami semua.... dan diharap kakitangan YP Plantation Holdings Sdn Bhd dapat berusaha dengan lebih gigih dan berkualiti... SATRIA YPPH.... GO GO GO, FIGHT FIGHT FIGHT, WIN WIN WIN....................... YPPH BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment