January 10, 2010

Doa Ibu Al-Qomah...


Dalam kitab Al-Kaba'ir ada diceritakan mengenai seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yg bernama Al-Qomah. Dia seorg yg taat lg patuh dlm menjalankn perintah Allah. Suatu hari, dia telah jatuh sakit dan keadaannya sgt tenat. Perkara ini membimbangkn isterinya lalu segera dipanggilkn Rasulullah. Baginda telah mengirimkn Bilal,Ammar dan Suhaib ke rumah Al-Qomah bg mengajarkn kalimah tauhid...

Sungguhpun Al-Qomah seorg yg dekat pd Tuhannya, namun beliau tidak mampu menyempurnakn kalimah tauhid itu. Hal tersebut segera disampaikan kepada Rasulullah.

Setelah Rasulullah melihat sendiri keadaannya, lalu baginda bertanya, "Apakah ibunya masih hidup?"
Jawab isteri Al-Qomah, "Ya, tetapi sudah tua."
Lalu segeralah dipanggil ibunya dtg berjumpa dgn Rasulullah.

Kata ibu itu, "Wahai Rasulullah! Anakku seorg yg taat kpd Allah dan Rasul-Nya, begitu jg terhadapku. Tetapi aku merasakn yg dia lebih menyayangi isterinya berbanding aku. Inilah yg amat menyedihkanku."

Tahulah Rasulullah, disebabkn dosa terhadap ibunya, maka Al-Qomah tidak dpt melafazkn kalimah tauhid.

Rasulullah lalu memerintahkn para sahabat mengumpulkn kayu api utk membakar Al-Qomah.
Mendengarkn keputusan yg dibuat oleh Rasulullah, maka menangislah ibu Al-Qomah dan membantahnya.

Jawab Rasulullah, "Sebenarnya azab Allah nanti lebih dahsyat bahkan kekal, kalau engkau mahu dosanya terampun, maka eloklah engkau maafkannya sekarang."

Pada ketika itu jg ibu Al-Qomah bersumpah dgn nama Allah yg dia telah mengampunkan dosa anaknya.

Lalu Bilal segera ke rumah Al-Qomah dan mendapatinya telah dapat menuturkn kalimah tauhid dgn sempurna.



No comments:

Post a Comment