WELCOME TO OUR BLOG!

Thursday, October 6, 2011

ilmu hari ini ~~


Psikologi dan pendekatan behavorisme 


           Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau selindung  (covert). Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara covert merupakan kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat ‘tidak nampak’ dan berupa dalaman.

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung  dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam  bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang ini untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan  prinsip psikologi pendidikan bagi mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan. Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam bilik darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam sebagai satu ikon untuk menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid mundur atau lembam memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. Oleh yang demikian, adalah diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan bagaimana untuk menangani keadaan ini berdasarkan pendekatan ahli-ahli psikologi yang dinyatakan.




 Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.

            Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan. Contohnya, Ghazali, seorang murid dalam tahun enam akan terus memperbaiki kelemahan matematiknya hasil dari tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya setelah ia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kepadanya.


        Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-lahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat sementara superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain seorang murid dalam tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya kepada guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan percubaan yang dijalankan.


         Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau hukum yang semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental dan peringkat umur manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang dengan mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat semenjak dari tahun empat lagi.




         Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi  dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi humanis. 

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.


  Pendekatan Biologi

            Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau Model Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak.
Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch (1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf  pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Contohnya, Salmah murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat suatu maklumat seperti tidak mampu mengingat sifir dua.


Friday, September 30, 2011

after spm ~~

assalamualaikum ,, hai peeps ,,, :)
lame giler tak update blog nie ,, yelah masing2 sibuk dengan preparation spm :)
now ,, all the munshian science da sambung blajar ,,, :
alhamdulillah ,,,
but the best part is ,, we are still contact each other ,,, :)













this is our latest gathering ,,,
masa ni hari raya kelima , kitorang baraan together !!! :)
hope we can gather again next time ,,,
maybe that's all for now ,,,
sayonara ~~
thanks for reading yaa ~~ :)

Countdown :)


Make your own Countdown Clocks