Bagi saya ketiadaan Kapten Pasukan Kelantan Indra Putra menjelang pertemuan separuh akhir kedua malam esok bukanlah penghalang buat pasukan wira merah untuk melakukan kejutan di kangar. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa ketiadaan Indra Putra akan merencatkan perancangan pasukan untuk mara ke saingan akhir Piala Malaysia buat kali pertama tahun ini.


Namun begitu, saya masih lagi percaya bahawa ketiadaan Indra pada malam esok bukanlah satu masalah besar bagi Kelantan, terutama untuk mencari pengganti yang sesuai untuk beraksi di posisi tersebut.


Berdasarkan analisis dan pemerhatian yang saya buat, dapatlah disimpulkan calon atau pemain yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh indra di sayap kiri pasukan Kelantan ialah pemain muda yang cukup vesertail iaitu Zamri Ramli. Walaupun baru berusia setahun jangung, namun bakat dan kebolehan anak muda ini tidak perlu dipertikaikan.


Analisis ini berdasarkan kepada persembahan yang ditunjukkan oleh pemain tersebut. Memiliki susuk tubuh yang kecil bukanlah batu penghalang buat zamri untuk mengalas tugas tersebut. Jika aksi dan persembahan semasa yang dipamerkan diambil kira, saya dengan penuh berkeyakinan bahawa zamri mampu menggalas tugas untuk mengemudi jentera tengah sambil dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Kelebihan larian, gelecekan dan semangat waja yang dipamerkan pasti akan mengerunkan setiap benteng pertahanan pasukan lawan.


Ditambah pula dengan kelebihan yang beliau miliki iaitu mampu beraksi di segenap posisi seharusnya digunakan sebaiknya oleh Kelantan. Jika B.Sathia tidak mahu menggunakan zamri disebelah kiri, calon kedua yang terbaik oleh digunakan ialah pelatih skuad kebangsaan bahawh 19 tahun iatu Wan Zahrul Nizam, nama yang sudah mula dikenali. Aksi bersama skuad bawah 19 tahun Negara tidak perlu dipertikaikan lagi.


Jika Kelantan mahu menambah jumlah desifit gol mungkin B. Sathia boleh menggunakan kombinasi zamri dan wan zahrul nizam untuk merencakan pergerak jentera tengah Kelantan. Saya begitu yakin bahawa jika kedua-dua pemaian muda ini digandinkan pasti akan memberikan impak yang besar buat pasukan Kelantan. Tidak mustahil saya katakan pahlawan merah boleh membuat sang singa utara rebah dikandang sendiri.

Barisan pilihan saya :


-------- Halim Napi ----------


---------Farisham----------------Nazrul--------------Rizal---------------Daudsu---------


Zamri------------- Khairan -----------------Zahrul Nizam------


--------Farhan--------Khalid-------------C.Hisamuddin----


Hit: 17 Laman Asal