Pada tanggal 3 Februari 2012 hingga 6 Februari 2012, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah membuat serbuan ke Langkawi setelah mendapat laporan terdapatnya beberapa kes yang perlu diselesaikan segera sehingga memerlukan seluruh tenaga kerja PAID terlibat dalam kes tersebut... Fail siasatan telah dibuka bagi mengetahui hal sebenar diketahui sebelum menjawab soalan-soalan para wartawan media cetak... Pada hari pertama fail dibuka kami telah membuat siasatan secara berkumpulan dengan menaiki bot berkuasa Turbo disediakan oleh pihak Polis Marin Langkawi untuk membuat tinjaun di sekitar 3 pulau... Lokasi pertama ialah di Pulau Beras Basah...kami mendapati jejak bukti kes amat kelihatan... memang terdapat Beras Basah disitu.. Kami makin terasa yakin bahawa kami akan dapat menyelesaikan kes tersebut... kami bergerak seterusnya ke Pulau Helang yang dikatakan oleh masyarakat disana bahawa kami akan mendapat bukti-bukti lain untuk menyelesaikan kes kami...setibanya di Pulau Helang terdapat pemangsa-pemangsa yang agak berbahaya berada disitu.. iaitu... Helang.. kami cuba menjinakkan binatang tersebut dengan roti gardenia yang diimport khas dari Negeri Sembilan... namun amat mendukacitakan... Helang tersebut hanya menjeling sebelah mata kerana hanya memakan makanan Fast Food.. kami tidak patah semangat.. kami tinggalkan Pulau tersebut untuk merungkai kes yang kami siasat... kami bergerak pula ke Pulau Dayang Bunting...Keadaan sekitar Pulau tersebut amat menarik pada pandangan kami..kelihatannya Tasik yang jernih warnanya... setelah menyoal siasat penjaga Tasik tersebut.. mendapati Tasik tersebut mempunyai mitos yang menarik.. dikatakan lagenda menceritakan perkahwinan antara Putera kerajaan bumi dengan Puteri kayangan.. anak kelahiran dari perkahwinan mereka ini telah mengkat  dan memberi kesedihan kepada Puteri Kayangan..Beliau telah menyemadikan anaknya ke dalam Tasik ini.. Setelah itu.. Beliau telah kembali pulang ke kayangan, tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang belum mempunyai anak.. dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi dan minum di tasik ini...anda fikir-fikirkanlah....Jawapan yang diberikan oleh penjaga tersebut amat memuaskan hati kami.. siasatan hari pertama telah berjaya... Laporan siasatan hari ke2....hari ini kami rasa amat bertenaga untuk meneruskan tugasan.. lokasi seterusnya ialah di Cabel Car... menaiki kereta yang unik sehingga ke udara.. ada dikalangan warga kerja kami yang kecut perut melihat pemandangan dari atas.. cantik tertarik menarik.. tiba-tiba suara Ning Baizura silih berganti di kalangan kami..ala-ala anuar Zin pun ada semasa Cabel Car laju menghampiri puncak..terasa puas menikmati pemandangan indah dari udara.. syabas kepada semua kakitangan kami kerana berjaya melawan perasaan gayat masing-masing.. tanpa diduga ada  segelintir kami yang masih bujang  digelapkan matanya sehingga sesat nak kembali ke kenderaan kami..  kerana di bayangi cinta  tujuh puteri selepas diceritakan pihak tertentu bahawa amat beruntung sesiapa yang berjumpa dengan tujuh puteri yang amat jelita. Staf tersebut ialah Hidayat, Kamaruzaman dan Zaid.. Moga impian mereka dimakbulkan Amin ...  pemandangan Telaga Tujuh Puteri dapat kami lihat dari udara semasa menaiki Cable Car.. Perasaan teruja kami makin mendalam.. nampaknya siasatan hari ke 2 semakin mendapat petunjuk.. kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu di Geoforest Park untuk menjejaki Gua Kelawar.. Ikan Pari yang membuat Kuak Lentang.. baru sahaja meraih pingat emas di Sukan Olimpik baru-baru ini.. Ikan Sumpit juga ada didapati disini.. nampaknya mereka telah dilatih oleh pihak Geoforest Park untuk masuk pertandingan Sumpit Peringkat Kebangsaan.. Semoga ikan-ikan tersebut dapat mengharumkan nama negara.. Chauk-chauk.. nampaknya di sini juga terdapat  haiwan Belangkas.. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Belangkas kulitnya bercengkerang ala-ala kura-kura, ekornya panjang sedikit .. nampaknya perut sudah bergendang kelaparan.. jadi kami tamatkan setakat ini sahaja siasatan kami di lokasi ini.. kami bergerak kembali ke kenderaan untuk jalan-jalan cari makan.. di kawasan Geoforest Park terkenal dengan Nasi Goreng Berudang.. Udang-udangnya besar sehingga ada yang terduduk memakannya.. Siasatan kami seterusnya adalah ke Gedung Ramz dan Ismail Group.. Staf-staf kami ada nak membuka perniagaan periuk belanga dengar khabarnya... sebab itu memborong habis barang-barang di Ramz.. sehingga kenderaan kami hampir disita oleh pihak imigres.. setelah menunjukkan kad pengenalan Jabatan kami di lepaskan.. (tipu jer.. ) tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh para staf ialah acara membeli coklat terbanyak... agak terperanjat kami kerana kedatangan pihak kami dapat dihidu oleh pihak-pihak tertentu sehingga Coklat DAIM yang kami dambakan telah habis di Ismail Groups dan kedai sekitarnya.. Kami buntu bagaimana perkara ini terjadi.. perasaan sedih,kecewa menghantui kami.. mugkin jodoh kami bukan dengan coklat DAIM tetapi dengan coklat yang lain.. Dengan hati yang berat kami kembali pulang ke tempat penginapan.. Siasatan pada hari ini amat mendukacitakan.. kami terpaksa pulang bagi membuat persiapan untuk malam makan di hotel terkemuka.. bagi meraikan kakitangan kami yang akan bertugas ditempat lain.. Hari ini kami tutup fail siasatan.. semua keterangan, bahan bukti telah kami ambil untuk simpanan.... tidur kami mlm ini nampaknya tidak lena kerana tidak berjumpa coklat   kekasih hati kami.. DAIM.. keesokan harinya berat hati kami nak berpisah dengan Langkawi... Selamat Tinggal.. SEMOGA KITA AKAN KETEMU KEMBALI... jeng-jeng... Pejam celik kami sudah sampai di Padang Besar Perlis.. hari ini kami membuka buku baru.. hati yang sedih semalam kami tinggalkan.. hari Acara Jom Heboh beli barangan di Padang Besar. Besar jugak lah padangnya... nampaknya Bas kami akan terlebih muatan lagi hehe... sebelum tu isi perut dulu baru ada tenaga nak shopping..  masa kat Padang Besar semua staf kami  rambang mata nak beli barang .. lepaskan dendam tak jumpa coklat kekasih hati...pergerakakkan seterusnya ialah ke Pekan Rabu.. bagi Peniaga Pekan Rabu.. setiap hari adalah Hari Rabu.. sebab hari-hari duk kat Pekan Rabu...Sekarang saat untuk kembali ke Negeri tercinta... dalam perjalanan pulang kami menonton wayang dalam bas.. cerita Ombak Rindu.. ramai yang mengalirkan air mata termasuk lah Ketua Operasi kami Ustaz Muhammad Hatta bin Ghazalli.. (luaranya nampak tegas tapi hati lembut) hehe...maka siasatan kami sudah sampai penutupnya.. dengan rasminya Fail Siasatan Ditutup.. Para media diharap bersabar.. kami akan adakan sidang akhbar untuk menjawab persoalan anda semua.... sekian.... moto kami.. "Kami Kupas, kami makan..  Edisi khas untuk tatapan anda....              
Hit: 34 Laman Asal