Sabtu, Februari 26, 2011

Tahniah kepada Hairuman

Hairuman mahu belajar agama

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Mangsa renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon melahirkan hasrat untuk mendalami ilmu keagamaan di sebuah sekolah tahfiz apabila keluar daripada hospital kelak.

Kata Hairuman, 22, dia tertarik untuk memasuki sekolah tahfiz kerana mahu meningkatkan keyakinan diri setelah menyedari terpaksa berhadapan dengan masyarakat dalam keadaan dirinya yang kini tidak sempurna.

"Apabila saya keluar hospital, saya akan menerima pelbagai ujian dan pandangan masyarakat terhadap saya juga mungkin sudah berbeza berbanding dahulu.

"Mudah-mudahan melalui ilmu agama, sedikit sebanyak kehidupan saya akan menjadi lebih tenang," katanya ketika ditemui di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kelmarin.

Namun, Hairuman belum memutuskan sekolah tahfiz mana yang akan dipilihnya sebaik sahaja keluar dari HKL.

Selasa, Februari 09, 2010

Peristiwa Dalam Islam

MUHARRAM
-Maal Hijrah/Awal Muharram pd 1 hr bulan

-Kematian Saidina Husein b. Ali ( cucunda Rasulullah s.a.w ) di Karbala pd 10 haribulan tahun 61 Hijrah.

SAFAR
-Peperangan Bani Qainuqak pd thn ke-3 Hijrah.
-Peperangan Khaibar pd thn ke-1 Hijrah
-Kegeringan baginda Rasulullah s.a.w

RABIUL AWWAL
-Perlantikan baginda Rasulullah s.a.w menjadi rasul.
-Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar di gua Hira' untuk berhijrah ke Madinah pd 2 , 3 dan 4 haribulan.
-Pembinaan masjid pertama di Quba' pd 8 haribulan
-Hari keputeraan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan.
-Ketibaan Rasulullah di Madinah dlm peristiwa Hijrah.
-Kewafatan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan.

RABIUL AKHIR
-Berlakunya peperangan Jamal (Unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
-Penyerahan kuasa pemerintahan dari Hasan b. Ali kpd Mu'awiyah.
-Tegaknya kerajaan Umaiyah.

JAMADIL AWWAL
-Kelahiran Saidina Ali b. Talib pd 8 haribulan.
-Berlakunya peperangan Bani

JAMADIL AKHIR
-Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia pd 23 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pd 8 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dlm tahun 13 Hijrah.
-Serangan atas Kota Makkah dan tembakan bangunan Kaabah tahun 7 Hijrah oleh tentera al-Hajjaj as-Saqafi.
-Pembunuhan atas Abdullah b. Zubir yg memerintah Kota Makkah oleh al-Hajjaj as-Saqafi bg pihak Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
-Kelahiran Siti Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah s.a.w pd 20 haribulan.

REJAB
-Berlaku peristiwa Isra' Mikraj pd 26/27 haribulan.
-Sembahyang lima waktu disyariatkan dlm peristiwa Isra' Mikraj.
-Berlakunya peperangan Tabuk, peperangan terakhir disaksikan Rasulullah s.a.w.

SYA'BAN
-Malam Nisfu Sya'ban pd 14 haribulan.
-Penukaran kiblat dr Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah pd 15 haribulan.
-Peperangan Bani Mustalik tahun ke-5 Hijrah.

RAMADHAN
-Bulan Ramadhan difardukan atas umat Islam mengerjakan ibadah puasa.
-Berlakunya peperangan Badar pd 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah.
-Penyempurnaan pembukaan Kota Makkah pd 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah.
-Permulaan turunnya ayat2 suci al-Quran pd 17 haribulan.
-Tragedi pembunuhan Saidina Ali dlm tahun ke-40 Hijrah,beliau wafat dlm kecederaan ketika memasuki Masjid Kufah pd 17 Ramadhan tahun ke-40 Hijrah.

SYAWAL
-Umat Islam merayakan Hari Raya Fitri pd 1 haribulan.
-Berlakunya peperangan Khandak pd tahun ke-5 Hijrah.
-Kejayaan tentera Islam pd zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Madain.
-Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Parsi yg dikenali dengan nama Istana Putih.

ZULKAEDAH
-Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan berlaku dlm bulan ini.
-Rasulullah s.a.w menunaikan Haji Wida'.

ZULHIJJAH
-Orang Islam yg mampu difardukan menunaikan haji di Makkah pd setiap bln ini.
-Peristiwa Haji Wida' berlaku pd 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah.
-Rasulullah s.a.w menyampaikan pidato kpd kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadah haji.
-Saidina Umar al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Parsi beragama Majusi pd malam Rabu akhir bulan ini pd 23 Hijrah.
-Saidina Uthman b. Affan dibunuh di rumahnya di samping tangannya memegang al-Quran pd 18 haribulan tahun 35 Hijrah.
-Penyerahan kuasa di Kufah oleh Saidina Hassan b. Ali kpd Muawiyah b. Abi Sufian.

Isnin, Oktober 05, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

7 Oktober 2009 masa yang ditunggukan oleh calon PMR setelah 3 tahun menuntut ilmu di sekolah. Jangan lupa tanggungjawab kepada ibu dan bapa dan yang paling penting untuk mencari keredhaan ALLAH.

Segala persiapan telah dibuat untuk mendapatkan kecemerlangan tinggal kepintaran dan kebijaksaaan saja yang menbezakan antara yang terbaik. Selain itu jangan dilupakan dengan kudrat ILAHI yang sayang kepada hambaNYa.

Selasa, September 22, 2009

OPS SIKAP MUSIM PERAYAAN



Sejak dilancarkan pada 13 September 2009 yang lalu sebanyak 164 kematian dicatatkan. Kenapa begitu.....

Jawapannya Sikap dan rasa tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Di mana letaknya nilai moral masyarakat Malaysia pabila berada di jalan raya, bongkak dan suka menunjuk-nunjuk menjadi agenda utama pengguna jalan raya di Malaysia. Bolehkah rakyat Malaysia memperbaiki sikap mereka ketika berada di jalan raya. Hebatnya pengguna jalan raya di Malaysia tidak pun melahirkan JAGUH dalam Formula One itu yang mengherankan...

Isnin, September 07, 2009

Program Singgah Sahur Bersama Saudara Baru.


Tepat Jam 4.30pagi 7hb Sept 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H kami bertolak dari Pejabat Pembela menuju ke Kg. Kemunting, Jitra, Kedah yang diselaras oleh Sdr Ibrahim Lai (Pengerusi Persatuan Saudara Baru Kedah/Perlis). Kami disambut dengan penuh kemesraan oleh Abg Din suami kepada Pn. Norhidayah (Saudara baru berbangsa Cina). Dalam persinggahan tersebut rombongan kami telah membawa juadah untuk bersahur bersama Abg Din dan keluarga. Selepas saja bersahur dan mengerjakan solat subuh berjemaah dan disertai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Yusof Hj. Ahmad (Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dan merangkap AJK PAS Kaw Kubang Pasu). Rombongan kami bersurai pada jam 7.30pagi.

Sabtu, September 05, 2009

Info DUN Bagan Pinang


Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Ramadhan Al Mubarak





Ramadhan bulan tarbiyyah untuk melahirkan insan yang kamil dan amilin kepada Allah. Kini sudah 15 hari kita telah berpuasa dan baki 15 hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita. Marilah kita berusaha untuk memenuhi bulan ramadhan 1430H dengan penuh ketaqwaan kepada Allah. Sepuluh malam yang terakhir dianugerahkan Allah dengan pelbagai insentif untuk hambanya yang beribadat kepada Allah dan mendapat anugerah lailatul qadar.

Ramadhan 1430H diwarnai dengan pelbagai isu yang menyentuh ciri budaya dan pemikiran rakyat Malaysia

1. Isu hukuman minum arak Kartika Seri Dewi. Antara Undang-undang Syariah Malaysia dengan Undang-undang Syariah Tulen, dan Undang-undang sivil.

2. PRK Permatang Pasir Kekal ditangan PAS YB Ustaz Salleh Man

3. Perarakan Kepala Lembu oleh Ahli UMNO boleh mencetus isu perkauman dan kelewatan pihak polis mengambil tindakan yang perlu

4. Overrule SPR ke atas bidang kuasa Speaker DUN Kedah dengan mengekalkan DUN Kota Siputeh kepada BN

5. Kematian ADUN Bagan Pinang (BN) Azman Mohd Nor, memeningkan kepala Najib Razak dan SPR

Salam Ramadhan untuk semua. Selamat Berpuasa