Islamic Widget

Friday, February 25, 2011

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK GELUGOR
13300 TASEK GELUGOR
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG


1.    TAJUK            : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1432H.
2.    TARIKH          : 07 HINGGA 25 FEBRUARI 2011
3.    MASA             : SEPANJANG BULAN RABIULAWAL
4.    TEMPAT         : SEK KEB TASEK GELUGOR
5.    KUMPULAN SASARAN:
SEMUA GURU DAN PELAJAR SKTG
6.    ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

7.    AKTIVITI         :
7.1          PELANCARAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
7.2          PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH, TAHUN 1 DAN TAHUN 2.
7.3          PERTANDINGAN KUIZ “ CINTAKAN RASULULLAH SAW “ TAHUN 3,TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6.
7.4          PERTANDINGAN SEPANDUK TAHAP 2
7.5          CERAMAH MAULIDUR RASUL
7.6          PERARAKKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH.

8. PERJALANAN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN.

-       Diadakan majlis pelancaran Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah yang dijalankan semasa perhimpunan mingguan.
-       Pengerusi Panitia Pendidikan Islam telah memaklumkan kepada semua warga sekolah berkaitan aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah diadakan.
-       Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan oleh Tn Hj Ahmad Baker b Othman selaku guru besar Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.

8.2          Tarikh : 16, 17 dan 18 Februari 2011 ( Rabu, Khamis Dan Jumaat )

-       Semua murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor terlibat dalam aktiviti yang dirancang iaitu:
i.              Pertandingan Mewarna ( Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 )
ii.             Pertandingan Kuiz “ Cintakan Rasulullah “ ( Tahun 3.4.5.dan 6 )
iii.            Pertandingan Sepanduk antara kelas Tahap 2 ( tempoh diberi sehingga 24 Februari 2011 )
-       Pertandingan Mewarna dijalankan semasa P&P Pendidikan Islam yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam.
-       Soalan kuiz diedarkan kepada murid semasa P&P Pendidikan Islam dan murid diminta menjawab soalan dan menulis slogan di rumah.Penyerahan jawapan kuiz beserta slogan adalah pada atau sebelum 24 Februari 2011.

8.3          Tarikh : 19 Februari 2011. ( Sabtu )

-       Semua guru dan murid tahap 2 terlibat dengan ceramah sempena Maulidur Rasul.
-       Ustaz Mohd Rusdi b Mat Noor dari SK Pasir Gebu dijemput untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.
-       Ceramah bermula pada jam 7.40 pagi hingga 9.30 pagi di dataran perhimpunan.
-       Semasa sesi ceramah ini. murid diberi soalan kuiz tentang isi ceramah yang disampaikan dan hadiah diberikan kepada murid yang menjawab soalan dengan tepat.

8.4          Tarikh : 25 Februari 2011/ Jumaat

-       Semua guru dan murid sesi pagi terlibat dalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.
-       Perarakan telah dimulakan pada pukul 7.40 pagi.Murid dan guru bergerak sambil berselawat menuju ke padang sekolah.
-       Aturcara program yang dijalankan di padang sekolah ialah:
i.              Selawat beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Jalaluddin bin Ramli.
ii.             Bacaan doa oleh Ahmad Naufal Hafiy penolong pengawas 1.
iii.            Bacaan al-Quran dan terjemahan disampaikan oleh Muhd Amiruddin dan Mohd Danish Haikal dari kelas  5 Zamrud.
iv.           Bacaan Sajak oleh Nur Adli Farhan dari kelas 6 Berlian.
v.            Bacaan puisi oleh Jannati Husna dan Farah Nabila dari 5 Berlian.
vi.           Bacaan Syair oleh Mohd Khairil Kusyairi dari kelas 6 Intan.
vii.          Ucapan Tn Hj Ahmad Baker B Othman, Guru Besar SKTG.
viii.         Penyampaian hadiah untuk semua pertandingan yang telah dijalankan.
ix.           Bacaan doa penutup oleh Ustaz Jalaluddin B Ramli.


8.1          Tarikh : 14 Februari 2011/Isnin

Sunday, February 13, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2011/1423H.


1.         PENDAHULUAN

            Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )

            Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ 1 Malaysia,1 Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

           
2.         MATLAMAT

            Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.


3.         OBJEKTIF

3.1  Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2  Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
3.3  Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4  Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
3.5  Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.

4      SASARAN
Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.

5.         ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Tasek Gelugor.




6.         SUMBER KEEWANGAN

            1.                                                                       RM__________           
             2.                                                                      RM__________
            JUMLAH                                                             RM __________

                       
7.         ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
Hadiah Pertandingan
1.     Pertandingan Mewarna ( Pra sekolah & Tahun 1,2 )
Tempat Pertama RM___ X ___ kelas
Tempat Kedua    RM ___X ___ kelas
Tempat Ketiga    RM___ X ___ kelas

2.     Kuiz maulidur-Rasul ( Tahun 3,4,5,dan 6 )
Tempat Pertama RM  X  kelas
Tempat Kedua    RM Xkelas
Tempat Ketiga    RM X  kelas

3.     Sepanduk ( Tahap 2 )
Johan sahaja  RM  X tahap 2



2.
Ceramah Maulidur Rasul
 
3.
Bahan
1.     Risalah
2.     Kain sepanduk
3.     Banner
4.     Lain-lain


 

JUMLAH





             
8.         PERANCANGAN AKTIVITI

8.1  Edaran Risalah Maulidur-Rasul
8.2  Bacaan Yassin Mingguan.
8.3  Tazkirah Pagi Isnin ( tema : Sirah Rasulullah )
8.4  Selawat Harian
8.5  Pertandingan mencipta sepanduk.( Tahap 2 )
8.6  Pertandingan Mewarna Pra sekolah Dan Tahun 1 dan 2
8.7  Pertandingan Kuiz “ Cinta Rasulullah” Tahun 3/4 dan Tahun 5/6.
8.8  Perarakan Maulidur Rasul
8.9  Ceramah Maulidur Rasul

9.         JADUAL TINDAK IKUT

            Seperti lampiran



10.        AHLI JAWATANKUASA
           
            Seperti lampiran


11.        PENUTUP 
            Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Disediakan oleh;                                    Disahkan oleh;                                      Diluluskan oleh;


……………………..                                ……………………..                                ……………………..

Monday, February 7, 2011

Tazkirah Mingguan ( Isnin 7/2/2011)

AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, 'Laa ilaaha illallah Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'

Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?'

Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya'

Sunday, February 6, 2011

Ciri-ciri anak Mithali

10 Ciri Anak Mithali


Imam Ghazali di dalam kitabnya  (Ihya Ulumuddin)menulis mengenai ciri-ciri anak mithali antaranya:

1. Berbicara dgn Ibubapa dengan suara lemah lembut.
2. Tidak melarikan pandangan mata ketika berbicara dengan Ibubapa
3. Tidak berjalan di depan Ayah dan Ibu melainkan tunduk tanda hormat.
4. Tidak mendahului Ayah dan Ibu duduk.
5. Sentiasa Doakan kebaikan IbuBapa
6. Tidak Bercekak pinggang di hadapan Ibu dan Ayah
7. Tidak menghina Ibu dan Ayah (Dengan kata atau perbuatan)
8. Mengurus Ibubapa yang uzur tanpa berkira
9. Menyediakan keperluan Ayah dan Ibu seperti makan dan minum
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil.