GOLLLLLLLL!!!!!! Penyerang tegap Man City berlari ke tepi padang meraikan jaringan gol yang telah dihasilkan. Sambil berlari kecil, Carlos Tevez menyelak jersinya memaparkan baju T tanpa kolar di pakai, yang turut menyaksikan beberapa tulisan yang mempunyai ayat tersirat.
Pernah ke kita terfikir maksud ayat-ayat tersebut? Jom kita usha kejap. Baru-baru ini dalam perlawanan Perisai Komuniti, Tevez mempamerkan baju T yang tertera  LUGANO 1 Y 2. Apa tu? Sebenarnya itulah adalah no rumah dan blok apartment tempat beliau membesar di Buenos Aires. Sampai begitu sekali beliau menghargainya. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri swendiri kan.hehehe
Manakala rakan sepasukan beliau Nasri pula mempamerkan EID MUBARAK. yang merujuk kepada bulan Ramadhan dan Syawal yang disambut beliau sebagai seorang yang beragama Islam.Tanpa segan-segan beliau gah mengaku sebagai muslim..Caya la bro!! Sama sebagaimana Yaya Toure yang tanpa segan menolak untuk minum arak kerana beliau muslim katanya kepada rakan sepasukan sewaktu sambutan meraikan mereka sebagai juara liga musim lalu.
Semoga pemain muslim sebegini terus success!!

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Hit: 8 Laman Asal