Salam alaik,
Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement " ( TPPA ) mungkin akan dimeterai pada October 2013 antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore dan Viet Nam. 
Ciri-ciri  TPPA : 1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah RAHSIA.  2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai.
Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.
Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi?
Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa mengambil pandangan daripada RAKYAT. 
ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai :
1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED ( orginal ). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat. 
2. Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 
3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABU ASING juga bebas daripada semua bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa plihan TPPA adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor. 
Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat perjanjian : 1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA  ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh : http://www.cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp
NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup.
2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US2.4 billion oleh Occidental Petroleum ( Oxy - syarikat minyak Amerika ) kerana telah terminate perjanjian pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk terminate perjanjian kerana menjejaskan hasil-mahsul kerajaan. Namun begitu, Oxy telah menggunakan perjanjian dua-hala BIT ( US-Ecuador Bilateral Investment Treaty ) dan membawa hal ini ke Tribunal Antarabangsa yang jelas pro-investor. Artikel penuh : 
NOTA : Syarikat Memungkiri Janji + Kerajaan Mengenakan Peruntukan Perjanjian = Kerajaan Terpaksa Membayar US$2.4billion kerana tidak adil. Bagi saya, formula ini cukup merepek kerana seolah-olah SYARIKAT PELABUR ASING lebih berkuasa dan meletak kedaulatan sesebuah kerajaan ditahap sangat rendah dan hina.
Bahagian  PERJANJIAN TPPA yang berbahaya untuk rakyat Malaysia
Bahagian yang paling berbahaya ialah Investment Chapter, Section B. Semua negara terlibat telah bersetuju dengannya tetapi Australia telah MENOLAKnya bulat-bulat. Provision ini seolah-olah memberi KEDAULATAN kepada mana-mana PELABUR dan SYARIKAT ASING membuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang perundangan domestik negara yang dilaburnya. 2 contoh telah saya berikan di atas di mana PELABUR ASING TETAP menang jika mana-mana negara bertindak dalam perundangan domestik untuk menjaga keselamatan pengguna dan keselamatan pelaburan kerajaan.
Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di sana : http://www.citizen.org/documents/AFTINET-TPP-letter.pdf Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 klausa dari Chapter tersebut. Ini amat membimbang. Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca lebih lanjut di sini http://ftamalaysia.org/article.php?aid=292 . 
Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di sini http://www.scoop.co.nz/stories/PO1212/S00273/tppa-will-remove-consumer-rights.htm dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus disini ht tp://www.itsourfuture.org.nz/what-is-the-tppa/
Hantu paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa.
Lihat ba gaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kerana TPP! A :  ;http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary dan akibatnya akan meningkatkan KOS PERUBATAN untuk rakyat.
Dan ini ialah Press Release oleh Persatuan-Persatuan Perubatan  dan Kesihatan di Malaysia yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai TPPA : http://www.citizen.org/documents/Joint-Statement-Against-TPPA-Access-to-Medicines.pdf
Pandangan saya
Jangan lalai dan leka dok melayan permainan kaum politik BN dan PR. Sambil kita semua sibuk dok bergaduh sesama sendiri pasal politik, negara kita terjual dan tergadai oleh mereka.
Dah lah kita terkodong dari Pulau Batu Putih, ini pula meletak risiko TPPA terhadap kedaulatan negara dan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. 
Rakyat miskin akan jadi semakin miskin, yang kaya akan bertambah-tambah kaya. Akibatnya 1% akan mengawal 99% kekayaan Malaysia. Hasilnya kita akan harungi kesusahan sepertimana yang diharungi oleh rakyat negara-negara lain.
Sila perihatin terhadap hak generasi akan datang - iaitu anak-anak dan cucu-cucu kita. Mereka memerlukan tindakan kita yang waras dan tegas terhadap TPPA ini. Mereka akan mengenang usaha kita yang ikhlas dan kita mendapat pahala yang berterusan.
Buat permulaan, tingkatkan pengetahuan kita supaya bijak memilih dan membuat keputusan. Bacalah link-link yang telah saya unjurkan dalam artikel ini dan juga di sini : http://ftamalaysia.org
Semoga pembaca mendapat manfaat dunia dan akhirat. Ambil tindakan yang waras dan tegas. ...................................................................................................................... PANDANGAN di atas telah dikemukakan oleh seorang rakyat Malaysia di dalam ruangan forum SIM. Bagaimana pula dengan korang? Adakah korang bersetuju dengan pandangan tersebut? Atau sebenarnya tidak langsung tahu apakah yang dikatakan dengan TPPA? Sebenarnya masih ramai yang tidak langsung tahu akan TPPA sehinggalah isu ini menjadi hangat pon kita masih tidak tahu sebenar-benarnya TPPA ini termasuklah penulis. Walaupun terdapat akhir-akhir ini forum dan pendedahan terbuka di media yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia, Dato Seri Mustapha Mohamed. Namun penjelasan beliau sebenarnya seperti tidak benar-benar sampai kecuali hanya diulang-ulang bahawa kerajaan tidak akan memperjudikan maruah negara. Ada juga yang mengatakan apabila termeterainya perjanjian ini maka kita akan kembali dijajah secara tersirat dan kita terpaksa tunduk dengan kemahuan US.Benar atau tidak segala yang negatif ini semuanya masih kelihatan samar. Harapannya kerajaan dapat memikirkan yang terbaik untuk negara dan rakyat dan bukan hanya untuk pihak-pihak berkepentingan yang minoriti sahaja. Jika tidak mendatangkan sebarang kebaikan, bertegaslah untuk menolaknya

TPPA ini sebenarnya bukan sahaja menjadi polemik di negara kita bahkan turut menjadi isu di negara-negara lain terutama negara yang terlibat secara langsung dalam perjanjian ini ............................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Hit: 13 Laman Asal