HAHAHAHA...rupanya ramai jugak yang bersependapat dengan aku yang ending drama bersiri ini kurenggggg..hahahaah Baik yang dah baca novel ni mahupun tak,pasti berasa kekurangan pada episod akhir atau pengakhiran cerita yang seolah tergantung. 
Namun bagi aku sendiri dah boleh nak agak dah kerana begitulah kebiasaannya drama bersiri kita. dah memang selalu lagu tu, so memang bila dah tau ending jadfi macam tu, tak kecewa la kan..hehehe
Kebiasaannya drama bersiri melayu kita ni akan membawakan seberapa banyak isu mahupun konflik yang perlu dihadapi si hero mahupun heroin. Jika ada 100 episod maka 99 episod merupakan konflik sana sini sehingga membuai perasaan penonton untuk sama-sama terpaku di kaca tv untuk mengetahui apa kesudahan konflik tersebut. Kebiasaannya konflik yang diberikan dalam drama kita ni amat baik dan berkesan terhadap kesetiaan penonton terpaku di hadapan tv.
Namun amat malang kerana konflik, pertelingkahan serta masalah yang kelihatan amat berat dan kompleks pada penonton yang pasti gembira menantikan bagaimana konfliks ini ditangani (yang pastinya tak mengharapkan ianya begitu mudah dan bukan dalam satu episod) akhirnya membawa klimaks terhadap segala konflik dalam hanya satu dua episod. Tak ke mereban camtu..hahahaa
Tak rare langsung. Satu episod terakhir segala-gala konflik dalam puluhan episod terungkai dan happy ending....memang camtu la setiap drama bersiri melayu di tv kita sekarang ni, bukan sekadar drama ni saja..tak klimaks langsung, hahaha
Nasib kau la jah oiii
Hit: 10 Laman Asal