Detik 2010 kini bermula. Syarikat Mutiara Hikmah perlu selangkah lagi menuju kehadapan dalam memastikan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" akan terus didokong oleh warga kerja HPA.

Kini 2 orang pegawai latihan mutiara hikmah telah bertukar pusat operasinya. Jika dulu di Sungai Petani dan kini mereka di Pusat Operasi Zon Timur (POZTimur) dan Pusat Operasi Zon Tengah (POZT). Setelah 5 bulan berkhidmat disini kini mereka meneruskan khidmat mereka di tempat masing-masing. Walau dimana pun mereka berkhidmat mereka tetap warga HPA=Harapan Paling Akhir.

Ustaz Ab Fatah Rajab telah berhijrah ke POZTimur dan Ustaz Mohd Safuan Zakaria ke POZT. Mereka berdua banyak menyumbangkan tenaga dan bakti dalam menjalankan program-program syarikat.Ustaz Fatah yang boleh menyampaikan tazkirah dan banyak membantu unit multimedia seperti rakaman video, montaj, pa system dan sebagainya kini tiada disini bersama kita.

Ustaz Safuan juga begitu, dia yang sangat terkenal dengan usrohnya kini tidak lagi kedengaran suaranya memulakan usroh. Dia juga mampu untuk menyampaikan slot dalam Kursus Penghayatan selain mampu mengendalikan majlis dengan baik kini hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun usroh yang telah dibentuk oleh ustaz safuan akan diteruskan oleh staf baru.

Sempena hari warga HPA pada 24-01-10 ini di Kedah dapat menjadikan pentas untuk kita kembali bersua. Datang jangan tak datang.

Diharapkan mereka berdua dapat meneruskan menabur bakti kepada HPA dan ummah. Amin.

Petikan dari sumber blog Mutiara Hikmah
Hit: 20 Laman Asal